Secure Your Insecurities... Really?

9.6.15

((kena ah bagi briefing dulu kan. hai. saya dah lama tak blogging sebab memula busy dengan urusan nak fly. pastu dah sampai aussie tetibe lagi busy dengan study haha. so sekarang tengah study week so ko diam jap bagi aku merapu kat sini))

((satu lagi briefing lol. sabtu lepas, 6 jun, syeri dan saya join #speakersantai anjuran queensland umno club (quc) pastu termenang haha. so ini adalah sejenis post acah post-mortem dan acah deep))



sebenarnya, esok pagi tu, which is ahad, baru aku dapat grasp the idea yang aku dgn syeri menang benda ni. syeri mestilah dapat berpijak di bumi nyata terlebih dahulu, dia pernah menang speech battle kot. dan itu lah sebabnya kenapa aku lambat tersedar. seriously. sebab aku dah selalu sangat kalah. worse, selalu sangat kalah tanpa mencuba. last sekali aku masuk benda cemni, tu pun kena paksa dengan cikgu, adalah 5 tahun lepas. dan aku menang penforum terbaik. sebelum tu pulak, 3 tahun sebelum to be exact, menang public speaking. nak katanya, memang jarang masuk benda gini. dia macam kena ada gap pastu boleh berani join. menang kalah belakang cite ah, berani tu persoalannya. aku pengecut. aku penakut. aku hipokrit. aku tak tipu. aku ni kena jentik dulu baru bergerak. kalau tak kat situ je sudahnya aku tak berganjak.

jadi pebende yang aku cuba sampaikan ni? okeh cemni ah. tajuk kitorang secure your insecurities. syeri yang suggest. sebab aku mcm takde idea sangat. k cite dari mula ah lol. kak aten cakap pasal speaker santai ni pastu ajak join. sebab dia pernah baca puisi aku so gitu la encourage. tapi kan aku ni pengecut so nope. tapi dalam hati nak kah kah. rasa mcm nak cakap pasal cemane rasanya jadi kurus. brief sikit topik kat ain, ain tanya cemana topic ni boleh benefit orang. hm betul gak so bye speaker santai lemme lepak under my shell dulu. tapi ko paham tak perasaan berkobar-kobar ni tah cemana datang dari celah mana tak tahu. pastu terdapat ilham masa solat "pe kata ko buat slam poetry pastu ajak syeri pastu ko cakap bm syeri cakap inggeris?!" pastu terus ajak syeri and she said yes! pastu "syeri, kita nak cakap pasal apa eh?" "hmmmm pasal insecurities nak tak?" "hm ok gak tu" "ok tapi zaty uruskan application sebab kami malas" "ha ok" dah cemtu je tetibe terapply.

kitorang takde la letak harapan tinggi dapat ke tak jadi speaker sebab aku literally tulis tiga ayat je masa apply haha. lepas tekan butang submit baru rasa nyesal ngape ko tak tulis pepanjang ha but yeah whatevs. few days after, eh kita dapat ah syeri!!! aku diam je tak bgtahu housemates sebab diorang mmg ada encourage masuk tapi aku tak nak tapi eh dah terapply dengan syeri tak bgtahu diorang pastu eh terdapat hm k diam je ah. pergh bila quc announce siapa speaker lain ko tahu tak betapa kuatnya kitorang menggigil?! sebab semua orang hebat-hebat dengan tajuk yang hebat-hebat like watdehel pehal tajuk kitorang mcm cikai do. few days before baru perasan kat rules and regulation yang audience boleh tanya soalan! pastu audience boleh vote untuk best speaker! this is a freaking competition! pebende yang kita lakukan ni, syeri!!!

and the preparation... fuh. it was a hectic week. satu, sebab masih ada kelas. dua, syeri ada submission. tiga, aku ditugaskan buat video untuk event buyutuna fi ramadhan. kitorang baru start menulis skrip tiga malam sebelum. even masa last practice pun kitorang tak habis finalise lagi. practice pun dua kali je haha sebab sabtu tu ada event buyutuna masa siang pastu aku bangun lambat gila sebab stay up siapkan video. kitorang gerak g event awal sebab nervous gila sampai tak bercakap sepanjang berjalan haaa the feeling was real. eh pastu speakers kena duduk satu meja pula tu ko takleh ke terukkan lagi keadaan?! dah la turn no 8 wehhhh lagi la kena tahan azab menunggu. bila arief subhan, speaker ke-7 mula bercakap, i swear jantung aku dah tercabut pastu dia gerak g telinga aku pastu dia berdegup takleh nak kencang lagi sampai aku rasa macam nak cabut telinga pulak. duduk dah tak senang jap letak kaki jap silang kaki. my mouth was so dry berapa kali tah apply lip balm. and the performance went like this...





-.- cacat gak aku dengan tangan patah bagai. anyways, lepas habis aku tunduk tu orang tepuk lama gila sampai aku dah macam eh real ke ni eh berentilah aku ada salah cakap ke. but nope, orang tepuk lagi dan a few people were standing for us (tanak tulis standing ovation sebab masih merasai benda ni tak real). bila mc tanya sape ada soalan, ada orang angkat tangan dan cakap "nak lagi". aku kat depan tu sampai peluk syeri ko tahu tak sebab taaaaaaaaaaakut sangat. is this real?! ada orang ingat aku dah feeling menang but nope. aku takut gila k. aku takut orang tak faham apa aku cakap sebab aku guna bahasa melayu. (before, masa speech speaker lain, ada audience cakap malay is an ugly language ha aiyok tatayok) pastu aku terkejut sebab weh ye ke ni orang tepuk sebab performance kita, syeri? bila ada orang bebetul tanya soalan aku bagi syeri jawab sebab aku dah blank. aku terkejut sangat tahap takleh nak fikir. aku balik meja speaker pun tangan masih sejuk macam belum perform je. super duper takut.

but people were very nice. azim stood for us. arief was impressed sebab kitorang tulis benda ni sendiri. kak aten tak sudah-sudah bagi aku semangat. anisnad supporter paling tegar and yep, she stood for us as well. kak alyya & kak anis sadon kata dia nak ternangis. ada audience approach aku mintak copy puisi. hani kata aku kat depan tu buat bagus gila siap dengan muka sekali lol. zatijun whispered to me, "your parents must be so proud of you". kak farah dan ziha kata, "apa yang ditulis dari hati akan terus ke hati". i heard qila was touched with syeri's part. and the feedback form almost made me cried tapi malu sebab takut over. people were soooooooo kind with their positive words. syeri received 2 love messages ha hot tak hot syeri. lepas baca feedback form tu baru aku rasa kurang nervous.

pastu...


it was funny tho sebab syeri tengah makan masa announce tu so dia suruh aku pergi dulu ambik hadiah. tapi aku tak habis lagi terkejut dari masa orang tepuk tu so aku macam what? kena buat apa ni? okay kena pergi depan ambik hadiah pastu??? okay ambik gambar dengan hadiah okay kena senyum eh? okay senyum sikit (rupanya tersenyum lebar gila takleh nak kawal sebab tak tahu what am i doing right here!) la kat kamera tapi nak pandang mana? (hence takde satu pun gambar aku dengan syeri pandang tempat sama) okay pastu masa abu, the president, bagi sijil tu dia ada bisik, "ingat tau. aku jumpa syurga dunia dari mata seorang hawa". oh okay that was really nice, man tapi nak reply apa eh? oh rupanya tak sempat nak fikir pastu tergedik reply "oh my goodness!!! thanksss!!!" i felt so stupid okay like ko dah ngape tetibe jadi bimbo ko garang la zaty ko garang!!!

pastu aku dah tak ingat apa jadi. makan donat dengan bebijels, amek gambar, jalan balik rumah macam baru lepas habis event macam biasa. esok pagi bangun baru faham yang syeri dengan aku join speaker santai dan menang and it is a big deal! for me, especially. sebab aku dah lupa macam mana rasanya kemenangan bila lepas berhempas-pulas all out untuk sesuatu. and it is a big deal sebab aku masih takut. tajuk yang kitorang bawak memang nampak lebih remeh dari orang lain tapi sangat dekat dengan kita manusia. macam mana kalau satu hari nanti aku give up? orang akan gunakan benda ni balik kat aku.

tapi bila fikir balik, betul apa kak aten cakap. "kita ni cakap kat orang tapi kadang-kadang lupa nak dengar sendiri". inilah tujuan sebenar kitorang bawak tajuk ni. the gist is kita kena admit kita ada masalah pastu we act upon it. kita cuba. kita kena jadi diri sendiri. kita kena percaya dengan janji Allah. sebab macam mana besar masalah maha besar lagi Allah. kita manusia tapi kita jugak hamba. kita kena tunduk pada Dia. macam mana "aku" pun kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah, sebenarnya penyelesaian tu lebih dari "Dia". aku dah suarakan kerisauan terbesar aku pada ramai orang. diorang semua saksi yang aku pernah ajak orang untuk cuba dan bangkit dalam menyelesaikan masalah. diorang kena ingatkan aku balik kalau satu hari aku terlupa nak ingatkan diri sendiri. tu sebab dia. tu ibrah kemenangan ni. tu ibrah pinjaman rasa senang Allah bagi ni. dan dan dan, syeri selalu ingatkan bila aku nervous, we are here to touch people's heart. tak kisah ah walaupun ada org tak faham apa kita cakap, tapi cukuplah kalau kita tahu akan ada jugak orang yang kita boleh sentuh dengan kata-kata kita. gitu.

sekian.

((btw, dengan part "biar nalurimu beraja!" sebenarnya aku maksudkan NALURI bukan NAFSU. aku nak ajak orang untuk percaya dengan diri sendiri. bila kita rasa takut, rasa ragu-ragu, ada suara hati kita yang sayup-sayup katakan "kau boleh", "kau berani". dan aku nak orang dengar suara hati yang tu. yang gerak kita untuk mencuba, untuk pursue goal tu. sebab tu jugak aku ajak orang untuk "sampahkan negativiti". geddit? thanks.)) ((kena explain sebab ada orang take our words literally haih))

6 comments

  1. yelah aku pun terkesan juga dengan performance kalian. baru nak text imran ajak biarkan naluri kita beraja sayang tapi hmmm dosa pula hahahahahahah. good job <3

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaaaaa. how i wish i can speak out like guys. ;')

    ReplyDelete
  3. anis lololololol you jangan eh i cubit u kang

    ReplyDelete
  4. hey anon! kuncinya: cuba :)

    ReplyDelete
  5. Hi akak great job! Btw tangan tu apa hal? Dh la tangan tu kecik je.. haha btw do read my blog. http://sodiumrants.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. aznie: ni tgh naik isim ni haha

    ReplyDelete