IPOH GETAWAY Part 2

23.11.14

Ok hai. Bersua kita kembali dalam Part 2 of IPOH GETAWAY wohhh!!! *jerit* (mana tah semangat ni datang padahal…)

(K lupa nak bagitahu bila sampai2 je kat UTP, Sya bagi aku Brick By Brick by Jasmin Hassan yg ada signature penulis!!! Belated birthday gift katanya dan aku lupa nak belanja Sya balik as hadiah ke hape padahal birthday dia baru je sangat lepas ok sorry nyanyuk tapi thanks, Sya ailepyu powebahhh)

Day 2

Nyenyak dan mudah ye aku tidur malam tu dan terjaga pukul  5:01 pagi k awal gila tapi… seperti biasa aku tarik selimut dan subuh gajah -.-‘ Bukan nak tahajud ke blergh Zaty bila tah nak berubah menjadi muslimah sejati. Anyways, plan hari ini seperti yang dipersetujui semalam ialah ke pantai, Kellie’s Castle, Khizanat dan Plan B. (Apsal tah aku rasa mcm tak wujud dlm pembikinan keputusan ni tetibe eh kita g pantai esok ok lulz.) The guys arrived slightly late dan bertolaklah kita ke Pantai Teluk Senangin yang rupanya sejam dari UTP KENAPA SYA KENAPA ANDA BEGITU REDHA DRIVE JAUH DAN LAMA CEMNI (sorry emo). And the view was breathtaking… We ate laksa (ni pun mengada gak ni tak reti makan pakai sudu pastu Zuhaily kena gak g bangun mintakkan garpu emm so pwinses of me) and eskrem (Zuhaily tetibe MIA pastu muncul dengan 4 eskrem di tangan yey Zuhaily seperti Santa Claus yang memakbulkan permintaan kanak-kanak sepertiku) yang telah jatuh menitik ke atas shawlku yang berwana krim ha amek ko sape suruh degil sangat tak nak tadah kat meja kan dah meleleh.

We strolled around the beach pastu. I swear Zuhaily was the happiest man alive. Beliau berjalan dan berlari-lari anak di sepanjang pantai seperti tiada kekusutan di kepala. Fazwan pula ralit dengan hobi beliau mengambil gambar terasa seperti eh kita bertiga je ye ada kat pantai ni eh mana Fazwan. Aku sebenarnya reluctant nak join bebudak ni sebab 1) aku tak suka pantai, tu yang aku pelik eh kita nak g pantai padahal punya la aku tak nak g Pangkor kan dgn Ohio Bebijels 2) aku tak nak tanggal socks… sebab… tah! Aku rasa mcm awkward sebenarnya dedah kaki tapi tengok Zuhaily happy bebeno mengajak dan aku merasakan mahu mengecapi kegembiraan sebegitu rupa! And it felt nice (not because aku tanggal socks hepp bukan) so ok I’m fine thank you. Tapi balik carsick keh keh. Dan sampai sekarang bila dengar lagu Bang Bang, terngiang-ngiang Fazwan tarik suara ala Jessie J dalam kereta Sya sambil diselangi tawa Zuhaily. Dan bersin beliau yang berbunyi… pelik. (It sounded “PEH!” actually.)





penat2 aku edit pastu bagi beliau kat whatsapp pastu beliau buat dono je ok sorry tak lawa
 Educational trip to Kellie’s Castle was cancelled sebab nak bertolak balik dari pantai tu pun dah pukul 12 so bila sampai UTP memang cantik dah masuk Zohor. Ok ni lawak sebab aku dgn Sya dah dilema nak ikut jemaah ke tak padahal aku kan jamak qasar ok tak kelakar kbai. And Zuhaily cannot stay after that sebab parents dia datang. Tapi tetap ke Ipoh asing dua kereta kerana Fazwan telah menimbulkan kekecohan kecil dengan kehilangan pouch aipong beliau so dia kena balik bilik Zuhaily dan mencarinya di situ. K takleh tipu, awkward bila berdua je dengan Sya sebab aku tak tahu nak cakap apa. Tapi… pastu terus klik sebab kita on Youtube! Tak nak kalah k karok dalam kereta stok lagu Siti dengan Ziana Zain ha keluar semua suara soprano bass bagai.
 
We then said goodbye to Zuhaily (more to Teddy dan Mawar actually) and Fazwan joined us. So, memula konon nak g Khizanat. Dah bayar parking semua, eh tutup pulak. Ni sedih k sebab aku memang nak gegila g Khizanat so kalau tak g sekarang bila lagi? So terus la kita ke Plan B. Ok mahal gila k dan aku lapar dan bunyi perut aku dah kuat gak ni camne!!! We ordered a cake dan share la kita bertiga. Sedap gilaaa cantik je ada tiga layer mentang-mentang ada tiga orang. Coffee dia boleh la tapi tetap tak jatuh cinta. Tapi seriyesli lawa gilaaa Plan B. Abam IG kita la paling seronok time ni. It was a bit emotional for me sebab Yasmin Ahmad’s quotes are everywhere dan aku minat gila dia. Al-Fatihah pls and thanks. Aku tak banyak cakap time ni, mungkin sebab takde Zuhaily yang dok membahan aku, atau mungkin jugak aku tengah observe something yang agak fishy time ni, atau mungkin sebab aku lapar. Baru pukul 4 dan kitorang dah tak tahu nak buat apa, nak g mana. Berapa kali tah aku call Aimi tanya where to go tapi harem tak amek any of her ideas. Sya dah boleh nampak dah muka dia berubah, penat maybe pastu annoyed dengan aku yang asyik dok tekan next kat radio dia dengan mp3 aku sebab nak bagi diorang dengar Yuna cover lagu Thinking About You. Last-last kitorang g Masjid Negeri (kot) dan Sya pun solat Asar.


Sementara Sya solat, aku dengan sedaya-upayanya cuba cari lagu tu supaya Fazwan dapat dengar tapi tetap gagal. Akhirnya, kitorang berjoget dalam kereta dengan lagu-lagu Meghan Trainor sementara menunggu kedatangan Zuhaily yang nak join kitorang balik (yey!) Disebabkan hujan dah berenti, kitorang pun ke Taman Polo. Nama panjang dia got to do with Rekreasi and Sultan Aziz, you go figure it out yourself. Aku nak terkenc(ing) sesangat I have to be frank so time diorang berjimba dengan main belon tu, aku duduk je. Okay adoi sakit perut masih bersisa dari gelak tengok diorang main belon tu, specifically gelagat Zuhaily. Emm badan sado tapi sweet2 je main bendalah tu. I enjoyed walaupun nak terkenc tapi perasaan nak terkenc tu telah menguasai diriku sepenuhnya, aku terpaksa redha kenc kat public toilet yang takde flush dan selak kat pintu ergh so annoying nasib tak kena bayar. Ok pehal cite pasal kenc kbai.



sila zoom untuk hasil yang menakjubkan (tolong zoom kat muka zuhaily thanks)




Setelah solat Maghrib kat masjid yang memula kitorang solat masa touchdown Ipoh semalam emm menggamit kenangan sangat (Sya cried after solat on my shoulder out of nowhere so it got more emotional to leave this lovely place). Kitorang lapar gila, particularly aku sebab masa makan laksa pagi tu pun aku tak habis makan sebab sibuk nak bersihkan tudung yang ada ice-cream stain. Kitorang g makan kat Dataran je but it was nice and comfy dengan atmosphere baru lepas hujan cemtu ahh bestnya. Tapi ada sikit tak best sebab order lambat sampai. Untuk menghilangkan kebosanan daripada bermaharajalela, Sya cadangkan main game apa tah tapi it got something to do with kena bagi tiga statement: dua betul satu tipu pastu orang lain kena teka mana tipu mana betul. But we didn’t played it sebab tah camne perhatian telah ter-divert kepada mendengar Panggilan Hangit Cikgu Izzudin. Zuhaily laughed his heart out dan sebab aku #MudahTerhibur aku pun gelak gila2 mcm baru pestaim dengar over tau. Oh ya aku ada tips: NEVER say “KBAI” to abang amek order anda. Kalau tak kau akan kena bahan teruk dengan kengkawan kau. Aku tak tahu dari mana tah datang hyperactiveness aku malam tu haih. Tapi agak aktif ya aku padahal patutnya badan wear out satu hari suntuk berjalan. Dan pouch Fazwan yang hilang siang tadi pun dengan magicnya muncul semula dan aku masih tak paham penerangan beliau mengenai kejadian itu.

Selepas makan dengan kelajuan tahap Gaban bertapa di langit ke-7, (ha baru aku perasan, time makan je mesti aku duduk depan Zuhaily tau. Ada apa-apakah di antara Sya dan Fazwan? Hmm *garu dagu*) diorang pun hantar kitorang g KTM. Ok sedih lelagi bila Zuhaily cakap thanks sebab sudi datang bla bla tuan rumah mintak maaf. Weh opkos k kitorang sudi korang kawan kot! Lama gak aku peluk Sya time ni rasa mcm tak nak lepas tapi sebab lagi sepuluh minit cemtu train nak berlepas, terpaksa dileraikan pelukan tersebut.

Selepas

Ok ni kira dalam train dan post-getaway la ek. Masa dalam train, aku dah mula rasa tak berguna dan menyusahkan kepada semorang, terutamanya Fazwan. Sebab kitorang turun Sungai Buloh dan untuk balik Shah Alam, Fazwan akan hantar aku dan parents dia terpaksa turun KTM Sungai Buloh dengan dua kereta ha kan menyusahkan tu. Dan agak sedih sebab Fazwan cakap walaupun trip ni berbaloi dari segi distance, time and money, dia rasa agak serik gak la travel dengan aku sobs (aku rasa mcm salah dengar tapi nak sedih gak). Aku tah terus bad mood terus diam tak semena-mena. Dan bila diam tak tahu nak buat apa sebab Fazwan dok edit gambar yang dia amek pulak pastu dia tido (how can he sleep when I can’t?!) so aku pun baca Brick by Brick. Pastu terjumpa satu poem yang buat aku terfikir hmm kau kena move on ni so aku pun decide untuk move on. Nak lagi detailed takleh la sebab too private tapi ya it was triggered by the poem.

manusia paling penat di dunia
 Aku sampai Shah Alam pukul 11:45 pm dan alhamdulillah abang guard hengsem bernama Faiz telah melepaskan aku tanpa banyak soal walaupun aku telah melepasi curfew sebanyak 15 minit. Fazwan bawak laju dah tu 120 ke cemtu hmm lagi laaaa rasa bersalah aku kat dia. Dah la awkward gila k jumpa mak dia sebab tah aku rasa mcm bad influence kat Fazwan sorry overthinking.

So lepas trip tu, aku terfikir pasal kenapa aku tak macam dengan diorang bila dengan Ohio Bebijels. Aku bising gila kot time kat Ipoh ni. Aku rasa tah carefree gila ketawa, borak, bercerita tapi bila dengan Bebijels rasa awkward pastu tak banyak cakap. Aku juga telah perasan ya kenapa aku eh outgoingnya bila dengan lelaki. Dengan pompuan tak cemni pulak kau. Dan baru lah aku perasan aku memang takkan ngam dengan pompuan kat mana pun. Kawan dengan lelaki lagi best sebab pompuan kan banyak drama so bila dengan lelaki aku je boleh drama sengsorang lulz. Ok takyah la nak list pro and cons sebab macam mana pun kawan dengan pompuan la lagi afdhal sebab time ko takde pad time period takkan ko nak mintak kat lelaki dan berbagai-bagai lagi sebab yang lain. Cuma dari segi aku bergaul, aku lagi selesa dengan lelaki, lagi rasa all-out gitu. Kbai sukati ko la nak judge aku ke hape dah aku dari kecik ramai kawan lelaki nak buat camne. Aku pun ada terfikir gak, kalau kau ada ramai kawan lelaki kan Zaty, kenapa kau takleh layan C (stands for crush kah kah) tu macam biasa. Takyah la nak bahasakan “[insert his name] kita” lagi dah. Guna je la “aku kau” mcm biasa takleh ke? So aku pun move on.

Dalam minggu yang pertama, semorang takleh move on k dari trip ni haha. Tapi life has to go on so group tu dah takde dah tsk tsk. Aku yang paling takleh move on so aku yang paling last exit gitu ko punya emo. Sebenarnya aku nak group tu ada je sebab seronok gak borak situ sebab group kelas agak krik krik.

 

Sekian saja trip dua hari bro sado (Zuhaily), abam ig (Fazwan), akak skirt (Sya) dan Kak Tiz (aku) anda. It was the best trip I’ve ever had :) IPOH, WE LOVE YOUUU! Semoga berjumpa lagi begini di masa akan datang (aiyok aku dah mula plan reunion kitorang berempat plus laki bini dan anak di Ipoh).

0 comments