100 Days of Happiness

IPOH GETAWAY Part 2

23.11.14
Ok hai. Bersua kita kembali dalam Part 2 of IPOH GETAWAY wohhh!!! *jerit* (mana tah semangat ni datang padahal…)

(K lupa nak bagitahu bila sampai2 je kat UTP, Sya bagi aku Brick By Brick by Jasmin Hassan yg ada signature penulis!!! Belated birthday gift katanya dan aku lupa nak belanja Sya balik as hadiah ke hape padahal birthday dia baru je sangat lepas ok sorry nyanyuk tapi thanks, Sya ailepyu powebahhh)

Day 2

Nyenyak dan mudah ye aku tidur malam tu dan terjaga pukul  5:01 pagi k awal gila tapi… seperti biasa aku tarik selimut dan subuh gajah -.-‘ Bukan nak tahajud ke blergh Zaty bila tah nak berubah menjadi muslimah sejati. Anyways, plan hari ini seperti yang dipersetujui semalam ialah ke pantai, Kellie’s Castle, Khizanat dan Plan B. (Apsal tah aku rasa mcm tak wujud dlm pembikinan keputusan ni tetibe eh kita g pantai esok ok lulz.) The guys arrived slightly late dan bertolaklah kita ke Pantai Teluk Senangin yang rupanya sejam dari UTP KENAPA SYA KENAPA ANDA BEGITU REDHA DRIVE JAUH DAN LAMA CEMNI (sorry emo). And the view was breathtaking… We ate laksa (ni pun mengada gak ni tak reti makan pakai sudu pastu Zuhaily kena gak g bangun mintakkan garpu emm so pwinses of me) and eskrem (Zuhaily tetibe MIA pastu muncul dengan 4 eskrem di tangan yey Zuhaily seperti Santa Claus yang memakbulkan permintaan kanak-kanak sepertiku) yang telah jatuh menitik ke atas shawlku yang berwana krim ha amek ko sape suruh degil sangat tak nak tadah kat meja kan dah meleleh.

We strolled around the beach pastu. I swear Zuhaily was the happiest man alive. Beliau berjalan dan berlari-lari anak di sepanjang pantai seperti tiada kekusutan di kepala. Fazwan pula ralit dengan hobi beliau mengambil gambar terasa seperti eh kita bertiga je ye ada kat pantai ni eh mana Fazwan. Aku sebenarnya reluctant nak join bebudak ni sebab 1) aku tak suka pantai, tu yang aku pelik eh kita nak g pantai padahal punya la aku tak nak g Pangkor kan dgn Ohio Bebijels 2) aku tak nak tanggal socks… sebab… tah! Aku rasa mcm awkward sebenarnya dedah kaki tapi tengok Zuhaily happy bebeno mengajak dan aku merasakan mahu mengecapi kegembiraan sebegitu rupa! And it felt nice (not because aku tanggal socks hepp bukan) so ok I’m fine thank you. Tapi balik carsick keh keh. Dan sampai sekarang bila dengar lagu Bang Bang, terngiang-ngiang Fazwan tarik suara ala Jessie J dalam kereta Sya sambil diselangi tawa Zuhaily. Dan bersin beliau yang berbunyi… pelik. (It sounded “PEH!” actually.)





penat2 aku edit pastu bagi beliau kat whatsapp pastu beliau buat dono je ok sorry tak lawa
 Educational trip to Kellie’s Castle was cancelled sebab nak bertolak balik dari pantai tu pun dah pukul 12 so bila sampai UTP memang cantik dah masuk Zohor. Ok ni lawak sebab aku dgn Sya dah dilema nak ikut jemaah ke tak padahal aku kan jamak qasar ok tak kelakar kbai. And Zuhaily cannot stay after that sebab parents dia datang. Tapi tetap ke Ipoh asing dua kereta kerana Fazwan telah menimbulkan kekecohan kecil dengan kehilangan pouch aipong beliau so dia kena balik bilik Zuhaily dan mencarinya di situ. K takleh tipu, awkward bila berdua je dengan Sya sebab aku tak tahu nak cakap apa. Tapi… pastu terus klik sebab kita on Youtube! Tak nak kalah k karok dalam kereta stok lagu Siti dengan Ziana Zain ha keluar semua suara soprano bass bagai.
 
We then said goodbye to Zuhaily (more to Teddy dan Mawar actually) and Fazwan joined us. So, memula konon nak g Khizanat. Dah bayar parking semua, eh tutup pulak. Ni sedih k sebab aku memang nak gegila g Khizanat so kalau tak g sekarang bila lagi? So terus la kita ke Plan B. Ok mahal gila k dan aku lapar dan bunyi perut aku dah kuat gak ni camne!!! We ordered a cake dan share la kita bertiga. Sedap gilaaa cantik je ada tiga layer mentang-mentang ada tiga orang. Coffee dia boleh la tapi tetap tak jatuh cinta. Tapi seriyesli lawa gilaaa Plan B. Abam IG kita la paling seronok time ni. It was a bit emotional for me sebab Yasmin Ahmad’s quotes are everywhere dan aku minat gila dia. Al-Fatihah pls and thanks. Aku tak banyak cakap time ni, mungkin sebab takde Zuhaily yang dok membahan aku, atau mungkin jugak aku tengah observe something yang agak fishy time ni, atau mungkin sebab aku lapar. Baru pukul 4 dan kitorang dah tak tahu nak buat apa, nak g mana. Berapa kali tah aku call Aimi tanya where to go tapi harem tak amek any of her ideas. Sya dah boleh nampak dah muka dia berubah, penat maybe pastu annoyed dengan aku yang asyik dok tekan next kat radio dia dengan mp3 aku sebab nak bagi diorang dengar Yuna cover lagu Thinking About You. Last-last kitorang g Masjid Negeri (kot) dan Sya pun solat Asar.


Sementara Sya solat, aku dengan sedaya-upayanya cuba cari lagu tu supaya Fazwan dapat dengar tapi tetap gagal. Akhirnya, kitorang berjoget dalam kereta dengan lagu-lagu Meghan Trainor sementara menunggu kedatangan Zuhaily yang nak join kitorang balik (yey!) Disebabkan hujan dah berenti, kitorang pun ke Taman Polo. Nama panjang dia got to do with Rekreasi and Sultan Aziz, you go figure it out yourself. Aku nak terkenc(ing) sesangat I have to be frank so time diorang berjimba dengan main belon tu, aku duduk je. Okay adoi sakit perut masih bersisa dari gelak tengok diorang main belon tu, specifically gelagat Zuhaily. Emm badan sado tapi sweet2 je main bendalah tu. I enjoyed walaupun nak terkenc tapi perasaan nak terkenc tu telah menguasai diriku sepenuhnya, aku terpaksa redha kenc kat public toilet yang takde flush dan selak kat pintu ergh so annoying nasib tak kena bayar. Ok pehal cite pasal kenc kbai.



sila zoom untuk hasil yang menakjubkan (tolong zoom kat muka zuhaily thanks)




Setelah solat Maghrib kat masjid yang memula kitorang solat masa touchdown Ipoh semalam emm menggamit kenangan sangat (Sya cried after solat on my shoulder out of nowhere so it got more emotional to leave this lovely place). Kitorang lapar gila, particularly aku sebab masa makan laksa pagi tu pun aku tak habis makan sebab sibuk nak bersihkan tudung yang ada ice-cream stain. Kitorang g makan kat Dataran je but it was nice and comfy dengan atmosphere baru lepas hujan cemtu ahh bestnya. Tapi ada sikit tak best sebab order lambat sampai. Untuk menghilangkan kebosanan daripada bermaharajalela, Sya cadangkan main game apa tah tapi it got something to do with kena bagi tiga statement: dua betul satu tipu pastu orang lain kena teka mana tipu mana betul. But we didn’t played it sebab tah camne perhatian telah ter-divert kepada mendengar Panggilan Hangit Cikgu Izzudin. Zuhaily laughed his heart out dan sebab aku #MudahTerhibur aku pun gelak gila2 mcm baru pestaim dengar over tau. Oh ya aku ada tips: NEVER say “KBAI” to abang amek order anda. Kalau tak kau akan kena bahan teruk dengan kengkawan kau. Aku tak tahu dari mana tah datang hyperactiveness aku malam tu haih. Tapi agak aktif ya aku padahal patutnya badan wear out satu hari suntuk berjalan. Dan pouch Fazwan yang hilang siang tadi pun dengan magicnya muncul semula dan aku masih tak paham penerangan beliau mengenai kejadian itu.

Selepas makan dengan kelajuan tahap Gaban bertapa di langit ke-7, (ha baru aku perasan, time makan je mesti aku duduk depan Zuhaily tau. Ada apa-apakah di antara Sya dan Fazwan? Hmm *garu dagu*) diorang pun hantar kitorang g KTM. Ok sedih lelagi bila Zuhaily cakap thanks sebab sudi datang bla bla tuan rumah mintak maaf. Weh opkos k kitorang sudi korang kawan kot! Lama gak aku peluk Sya time ni rasa mcm tak nak lepas tapi sebab lagi sepuluh minit cemtu train nak berlepas, terpaksa dileraikan pelukan tersebut.

Selepas

Ok ni kira dalam train dan post-getaway la ek. Masa dalam train, aku dah mula rasa tak berguna dan menyusahkan kepada semorang, terutamanya Fazwan. Sebab kitorang turun Sungai Buloh dan untuk balik Shah Alam, Fazwan akan hantar aku dan parents dia terpaksa turun KTM Sungai Buloh dengan dua kereta ha kan menyusahkan tu. Dan agak sedih sebab Fazwan cakap walaupun trip ni berbaloi dari segi distance, time and money, dia rasa agak serik gak la travel dengan aku sobs (aku rasa mcm salah dengar tapi nak sedih gak). Aku tah terus bad mood terus diam tak semena-mena. Dan bila diam tak tahu nak buat apa sebab Fazwan dok edit gambar yang dia amek pulak pastu dia tido (how can he sleep when I can’t?!) so aku pun baca Brick by Brick. Pastu terjumpa satu poem yang buat aku terfikir hmm kau kena move on ni so aku pun decide untuk move on. Nak lagi detailed takleh la sebab too private tapi ya it was triggered by the poem.

manusia paling penat di dunia
 Aku sampai Shah Alam pukul 11:45 pm dan alhamdulillah abang guard hengsem bernama Faiz telah melepaskan aku tanpa banyak soal walaupun aku telah melepasi curfew sebanyak 15 minit. Fazwan bawak laju dah tu 120 ke cemtu hmm lagi laaaa rasa bersalah aku kat dia. Dah la awkward gila k jumpa mak dia sebab tah aku rasa mcm bad influence kat Fazwan sorry overthinking.

So lepas trip tu, aku terfikir pasal kenapa aku tak macam dengan diorang bila dengan Ohio Bebijels. Aku bising gila kot time kat Ipoh ni. Aku rasa tah carefree gila ketawa, borak, bercerita tapi bila dengan Bebijels rasa awkward pastu tak banyak cakap. Aku juga telah perasan ya kenapa aku eh outgoingnya bila dengan lelaki. Dengan pompuan tak cemni pulak kau. Dan baru lah aku perasan aku memang takkan ngam dengan pompuan kat mana pun. Kawan dengan lelaki lagi best sebab pompuan kan banyak drama so bila dengan lelaki aku je boleh drama sengsorang lulz. Ok takyah la nak list pro and cons sebab macam mana pun kawan dengan pompuan la lagi afdhal sebab time ko takde pad time period takkan ko nak mintak kat lelaki dan berbagai-bagai lagi sebab yang lain. Cuma dari segi aku bergaul, aku lagi selesa dengan lelaki, lagi rasa all-out gitu. Kbai sukati ko la nak judge aku ke hape dah aku dari kecik ramai kawan lelaki nak buat camne. Aku pun ada terfikir gak, kalau kau ada ramai kawan lelaki kan Zaty, kenapa kau takleh layan C (stands for crush kah kah) tu macam biasa. Takyah la nak bahasakan “[insert his name] kita” lagi dah. Guna je la “aku kau” mcm biasa takleh ke? So aku pun move on.

Dalam minggu yang pertama, semorang takleh move on k dari trip ni haha. Tapi life has to go on so group tu dah takde dah tsk tsk. Aku yang paling takleh move on so aku yang paling last exit gitu ko punya emo. Sebenarnya aku nak group tu ada je sebab seronok gak borak situ sebab group kelas agak krik krik.

 

Sekian saja trip dua hari bro sado (Zuhaily), abam ig (Fazwan), akak skirt (Sya) dan Kak Tiz (aku) anda. It was the best trip I’ve ever had :) IPOH, WE LOVE YOUUU! Semoga berjumpa lagi begini di masa akan datang (aiyok aku dah mula plan reunion kitorang berempat plus laki bini dan anak di Ipoh).

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #33

19.11.14

sebarkan ria

"sebarkan ria", katanya--

si gadis yang mula menguntum tawa
sedang dia masih dalam derita

si jaka yang tersenyum menyembunyi duka
sedang dia mula kehilangan nikmat kelima deria

si anak kecil yang masih tegar menyimpan tinggi cita
sedang buminya punah ditakluk iblis yang beraja

mengapa--
bukan tak terketahui bila bahagia tiba mereka takkan punya masa untuk merasa

sementara cuma si dunia merenggut semua yang ada
kan melimpah terganti yang diimpi tatkala di syurga

"sebarkan ria", kata-Nya
100 Days of Happiness

#5 100 Days of Happiness - Fazwan's 19th Birthday Treat

18.11.14
ok so takleh eksaited sangat kan nak terus cite pasal ipoh getaway kan. kita cite pasal benda lain dulu k (alasan sbb day 2 panjang gila).

so pada 1 nov yg lepas aku bawak fazwan for a birthday treat (technically dia yg drive dan dia yg pilih tempat but anyways) walaupun birthday dia 2 hari lepas tu which is on the 3rd. it was initially for him and anisnad tapi she's not on the mood.

tapi... malam sebelum tu haila mamat ni suka no buat aku sakit jantung tau. eh tetibe emo pastu tak angkat call pastu tetibe terus "takyah la belanja" for no reason. aku dah macam haih mcm nak sepak tau. dah la tgh study esok nak exam. nasib baik lepas exam mood dia baik so tetibe on balik. dan tetibe jua anisnad rasa nak g baskin. dan ke subang ke kita! it was raining heavily and we spent 10 ringgit for a stupid umbrella dah lah tak warna kuning (himym fan alert!) and then i accompanied anisnad to baskin and shopping lipstick.


well, i kinda felt bad for fazwan that day sbb bila dia dah sampai shah alam aku masih lagi kat subang. pastu dia kena amek kitorang kat ktm dan dia komplen jam hmm. kitorang gerak pun dah lambat around 2.30 ptg cemtu. plan nak g vcr tapi rasa mcm lapar so pergi lah podgy & the banker. too bad it was crowded dan tak dpt seats pun pastu sandwich dia mcm overpriced. jadi meredah jam la kita ke vcr.

that place was nice. seriously. cantik sangat. interior design, decoration semua tiptop. specialty dia lebih pada cakes kot sebab dia tak jual pun flavored coffee dan coffee dia tak umph sangat. cakes dia... awesome! i ordered the king sbb i read a lot reviews that suggested that and yes, it is a worthy choice :) dia kek pisang je tapi adakah dia pisang dari syurga ha gitu kemain kau. fazwan ordered black velvet and it was good. ye ha kitorang share kek adoi la sila pertikai (cakap kat alter ego).






ok obviously the last 4 pics are fazwan's aku curi tanpa mintak izin. sila follow beliau di insta @fazwanalif sebab gambar dia cecantik semuanya.

sekian dan saya happy (walaupun agak sedikit kopak tapi kenyang makan kek sahaja). 
100 Days of Happiness

IPOH GETAWAY Part 1

16.11.14
Ke mana dan kenapa aku menghilang, akan diceritakan di lain entry. Bagi aku happy jap.

So… dah seminggu dah dari trip Ipoh, atau mengikut nama group WhatsApp yang ahlinya cuma ada aku, Fazwan, Sya dan Zuhaily, IPOH GETAWAY. Gitu. Nama nak glamor tapi explore Ipoh pun tidak kah kah kah. Camne nak cerita eh? Kita bahagi tiga part la ye; sebelum, semasa dan selepas.

Sebelum

Plan nak g Ipoh ni dah lama. Memula aku rasa macam nak sleepover rumah Kak Syai atau Aimi yang memang residen Ipoh. Tapi masa selalu tak mengizinkan. Pastu Sya ada la jugak ajak-ajak ayam (ehem mungkin ajak yang lebih serius kepada Fazwan kikiki). Tapi dia punya plan tu dah mula nampak bibit-bibit dia bila Zuhaily yang ajak sebab dia dah start degree kat RCMP. Dah nampak la sikit ni macam boleh direalisasikan. Lagi-lagi konpom bila classmate aku atau nama glamornya Bebijels Generation mula merancang nak g Pangkor lepas habis exam. Diorang ni ha gigih tau cari semua benda penginapan la tah hape lagi dan mula merekrut sape yang nak join. Eh jap tadi ko kata group WhatsApp cuma ada empat orang pastu tetibe ada classmates kau ni kenapa pulak? Ha kau sabar jap eh. So bila Anismas ke Sherry tah yang tanya aku nak join ke tak, aku jawab tak. Firm gitu kau. Sebab aku tak minat pantai. Dari kecik sampai ke besor vacation semua nak sumbat ke pantai mana tak muntah. Tapi bila aku pikir nanti kalau semua orang balik atau pergi Pangkor lepas final, takkan aku nak keseorangan seperti selalu? Lalu aku pun meng-WhatsApp Fazwan. Beliau kata okay maka aku pun proceed la plan ke Sya dan Zuhaily.

Seminggu sebelum ke Ipoh, tetibe Fazwan PMS dan emo dan tetibe nak tarik diri secara tetibe. Aku dah bad mood dah sebab kau memang takleh nak bagitahu kau nak tarik diri bila esok aku takde exam ke?! Aku tengah bahagia study CTES40 hafal undang-undang akta bagai dengan Boted, tetibe eh mamat ni… Tapi pastu esok aku jumpa dia untuk birthday treat (pun cerita lain entry gak) pastu tetibe dia dah okay. Tapi still gak pastu ada problem pasal nak beli tiket sebab tetibe ada lagi sorang classmate kitorang nak ikut (nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu). Oh ya, aku, Fazwan, Sya dan Zuhaily adalah classmate ketika di TGB. Ok sambung. Tapi dia tak dapat nak ikut sebab ada usrah pastu Zuhaily sewa bilik je kat Ipoh tu so tak muat la kalau nak tidur bertiga. So bye-bye classmate yang nama dirahsiakan itu.

Tugas membeli tiket pada mulanya aku menawarkan diri untuk menyandangnya pun. Tetapi tiba-tiba Fazwan berbaik hati mahu membelikan. Aku pun ok saja. Tiba-tiba setelah beliau men-tweet “I tend to mess things up when it’s near to completion” beliau pun memberitahu bahawa tiket telah hilang secara tiba-tiba. Dah lah ketika itu aku sedang berhadapan dengan kerenah birokrasi INTEC yang tah pape lalu tidak semena-mena aku menendang semua objek yang berdekatan sambil mengalirkan air mata secara malu-malu. Dan lebih mempanikkan ialah bila rupanya tiket yang hilang itu cuma tiket pergi kerana Fazwan tak beli tiket balik (aku masih lagi tak nampak rasionalnya di sini apabila tak beli tiket pergi-balik siap-siap) dan tiket balik pada pukul 3 petang seperti yang dirancang dah sold out. SOLD OUT!!! Gila apa?!!! Dengan bantuan Anis Nadhirah menggunakan akaun maybank2u beliau kerana aku menggunakan internet banking BSN yang lame, ticket purchase done dan terpaksalah aku membeli tiket pulang pada pukul 9 malam tanpa memikirkan cara pulang ke Shah Alam nanti. Dan ada juga sedikit panik kerana instead of Ipoh-Sungai Buloh, telah kubeli tiket Ipoh-KL Sentral dengan terburu-buru.

Fuhh. Baru cerita sebelum. Sudahlah tiada gambar pula tu kah kah.
 
Semasa

Day 1

Setelah menemani Meny bersarapan dengan prospek suami yang agak berpotensi dan membuat clearance tah pape di pejabat Kolej Cemara, Meny pun menghantar aku ke Stesen KTM Shah Alam. Semangat ko pukul 10 cemtu dah sampai KL Sentral padahal tiket pukul 11 pagi. Pastu sebab aku cuak aku pun melilau cari kaunter tiket ETS dan bertanya kepada abang hensem penjaga kaunter camne cara nak extend perjalanan dari KL Sentral ke Sungai Buloh tanpa aku ketahui bahawa stesen Sungai Buloh dulu la hoi baru KL Sentral kau nak cuak tetibe pehal. Oh naifnya aku. Lalu aku pun melilau lah sekali lagi untuk mencari Subway di mana Fazwan sedang bersarapan. Lagi 10 minit cemtu kitorang pun melilau lagi mencari train. Ya, aku dengan Fazwan je ni ha naik train g Ipoh sesame. Silakan banjiri ruangan komen wahai abang kakak alim alimah sekalian. (Padahal readers pun takde.)

Dengan kuasa memujuk Fazwan yang agak power, kami dapat duduk bersebelahan sebab aku takut duduk dengan strangers. Lebih baik duduk dengan Fazwan yang aku boleh terajang tanpa segan-silu kalau ada sexual harassment berlaku, ye dak? Oh ya, pada hari ini aku memakai jaket jeans bersama skirt kembang bunga-bunga yang aku beli di Zalora ketika ada sale tapi takde satu pun gambar penuh sebab Fazwan kan dia datang Ipoh yang penuh dengan bangunan bersejarah cemtu bukannya nak amek gambar aku sebagai pelengkap gambar beliau tau dan ya ini semua salah Fazwan kenapa aku takde gambar hari ini.

Sampai Ipoh dalam pukul 1.30 cemtu dan perkara pertama yang dilakukan setelah turun train oleh Fazwan ialah mengambil gambar (yang tiada aku yang berpakaian cantik ini di dalamnya). 
          


Zuhaily yang fetch kitorang time ni sebab Sya ada hal. Lepas solat kat masjid dekat-dekat dengan RCMP (sorry tak tahu nama tapi masjid tu best sebab cantik and selesa and telekung dia tak kepam dan ada baby comel) kitorang pun chow ke Ipoh Parade sebab Zuhaily nak ajak kitorang tengok Interstellar (yang awesome gila mashaallah sape yang genius gila fikir cerita tu you deserve a Nobel prize). Setelah aku menggedik tanpa logik akal tentang di mana patut kita menikmati makanan tengah hari (food court; tak suka, sushi; nanti tak kenyang, Chicken Rice Shop; tak nak, Kenny; tak nak, ko memang pompuan menyusahkan kan Zaty), akhirnya kami semua ke Papa John’s buat pertama kalinya dalam hidup. Dan pastu melilau lagi di Popular dan seluruh mall sebelum menonton Interstellar yang mindblown.

Setelah aku memalukan diri dengan memasukkan tiket parking ke dalam slot duit sambil dipandang serong oleh manusia yang beratur panjang di belakang, kitorang pun ke Tambun untuk menikmati Burger Banjir dengan menaiki Mawar iaitu Kancil milik Zuhaily (sebenarnya bukan Kancil tapi Zuhaily tah pape tah downgrade kereta sendiri padahal dah fefeeling kereta sports dah tu). Okay sumpah sedap pastu murah pastu Zuhaily dok bercerita tentang betapa murahnya makanan di Ipoh kalau kau pandai cari. Untuk menyemarakkan lagi budaya berbual dan tidak anti-sosial dalam kalangan anak muda specifically kami, aku pun men-stack henpon semorang di tengah-tengah meja dan melindungi henpon tersebut dengan bekas kaca imaginasi. Soalan pertama Zuhaily apabila duduk sahaja sungguh mendebarkan iaitu “Siapakah Defender?” Alhamdulillah aku telah berjaya menukar topik tanpa disedari beliau. Seronok benor masing-masing bercerita tentang perkembangan hidup yang tidak hanya berkisar tentang perkembangan perut dan pipi masing-masing pada malam itu. Ada juga sekali itu aku ketawa sehingga tersembur air di dalam mulut. Nasib baik tak kena kat muka Zuhaily yang duduk berhadapan, buat malu gadis-gadis sahaja perangai beta.



Dan ke UTP ke kita. Fazwan balik tidur sekatil dengan Zuhaily di bilik sewa beliau dan aku pun mengikuti Sya ke UTP. Jauh juga ya perjalanan dah lah tiada lampu jalan mengapa Sya, mengapa anda begitu berhati mulia sanggup redha dengan kedatangan kami ke Ipoh ini? Dan UTP sangaaaaatlah cantik walaupun pada waktu malam. Selesa ko ha sebab Sya takde roommate so dapat katil sebijik ko sorang je yang punya. Selepas main bayang-bayang di siling bilik seperti kanak-kanak berusia lima tahun, tidurlah dua orang puteri ini (tetibe fefeeling fairytale).

Ok, penat gak rupanya tulis straight tak berenti. Sambung di lain entry (yang banyak gambar. Ha suka tak suka tak?)