#2 100 Days of Happiness – DAH GRAD!!!

10.10.14



Merujuk kepada tajuk post di atas, AKU DAH GRAD ALHAMDULILLAH!!! Yes final exam lagi sebulan so sekarang busy huaa cane nak tulis blog hari-hari ni. Takpe we’ll get back to that later k (cari alasan tak nak fikir pasal tu).

So, DAH GRAD!!! Haah tu je modal nak menulis. Sebab truthfully happy gila. Walaupun grad kat intec ni sebenarnya mcm bagi sijil je takde jubah konvo takde protocol bagai and it ended in an hour pastu pagi-pagi bila dah masuk dewan dah duduk selesa-selesa baru nak susun position tapi happy :’) Paling mengharukan ialah bila parents yang tersangat gigih datang dari Batu Pahat. Gerak pukul 4 pagi ko gigih nau. Siapalah diri ini tanpa family huu u.u

gambar diorang dengan pasangan selebriti ini (azri iskandar is my former roommate's father) dahulu sbb diorang lagi excited nak bergambar dengan retis dari dgn anak sendiri. ma parents be like -.-


Dan alhamdulillah atas limpahan nikmat dari Dia yang menilai usaha ciput diri ini (dan main-main bila nak dekat exam baru nak stay up utk study) saya no 8 dlm batch. Hepp bukan nak riak aku geget telinga ko nanti kang. Cuma nak boost semangat diri sendiri dan sape-sape yg rasa result SPM dia tak membanggakan, dulu aku SPM tak straight A’s pun. SPM takde pape pun senanye. In fact dunia ni semua takde pape. Yang paling penting usaha je. Geddit?

I’m super proud of my Bebijels Generation (dan dua lelaki itu) dan seluruh batch ACT 9!!! (Pastu speech Ikhwan best gilaaa k kitorang kat bawah dok ‘aww’ je sebab sweet cangat hish ruginya tak record.) Dah dua tahun bersama alhamdulillah berjaya struggle untuk stay di sini despite grading scale yang tinggi nakharom dan pancaroba-pancaroba yang tak perlu disebutkan di sini. I LOVE YOU GUYS TO THE BITS!

Di sini saya, Nur Musfirah Izzati ingin melahirkan rasa kesyukuran yang tinggi kepada Dia yang Maha mengatur segalanya dan yang Maha Mengetahui akan keupayaan hambanya ini atas graduation day yang gilang-gemilang pada hari ini. Sejambak ucapan terima kasih yang tak terhingga buat ibu bapa dan keluarga yang sentiasa setia di sisi walaupun kengkadang lupa nak call rumah dah dua minggu tak call baru ingat. Tak lupa semua sahabat dari tadika, sekolah rendah, sekolah agama, kelas tuisyen, sekolah menengah, MRSM TGB, INTEC dan yang kenal tah kat mana-mana yang senantiasa berada di hadapan, belakang dan tepi atas sokongan kalian. BOLEH TAK BOLEH?! (Please jawab BOLEH!!! dengan sekali nafas dan semangat yang jitu supaya tak hambar) Juga, para guru dan lecturer atas tunjuk ajar dan bimbingan. Daripada tak reti tulis tulisan berangkai guna buku garis tiga (masih tak reti) sehingga tahu apa itu contractionary fiscal policy, saya kini mampu tulis essay panjang berjela yang mampat dengan fakta ilmiah dan pendapat bernas. Kejayaan ini untuk anda!!! (Sorry happy + terharu gila so ucapan over layan je please aku bukan selalu hapdet blog)

Yang ikhlas,
Bakal psychologist anda (insert emoji pakai spek hitam + mata creepy senyuman nampak cam sinis sikit)


1 comments