#1 100 Days of Happiness – Al-Insaan

2.10.14



Hai! Ha sape ingat ada org tu kan dia kan janji nak update blog HARI-HARI starting October pastu org tu kan dia kan rasa nyesal pulak tercakap cemtu sebab October adalah bulan sibuk sebab assignment bertimbun pastu dah nak final. Keh keh keh.

K takpe. Akan diteruskan juga projek ni. 100 days of happiness sebab aku ni tak berapa appreciate sangat bila happy ko tahu tak pastu bila time sedih mula la rasa “awaa saiaa ta kuadd kenapa saiaa taaa pernah eppyewzz” padahal selalu je Allah bagi rasa happy tu cuma lupa. Fitrah lewz zatyzatyzaty pelupa pastu tak bersyukur astaghfirullah.

Jadi hari ni hmm sebenarnya tak happy. Dia macam agak bad day sebab bangun pukul 9:10 pagi padahal kelas pukul 10 blergh. Dah terlepas Subuh dah kat situ. Pastu mathurat pun lupa nak baca. Pastu kelas Akaun pulak lecturer bagi tutorial yg kena hantar hari tu jugak so end up keluar g pusat Islam nak dekat pukul 1 so terlepas Dhuha jugak boohoo :’(

Tapi akhirnya daku mengecapi kegembiraan di hujung hari dengan… usrah. Tah, usrah malam ni dia rasa… lain. Dia rasa… sesuatu. Banyak la jugak skop perbincangan malam ni tapi yang aku nak highlight sekarang is from Surah Al-Insaan. Okay, aku sebenarnya tengah serabut sebab ada la satu personal problem aku tengah hadapi. Dia macam huish takde jalan penyelesaian langsung. LANGSUNG. Pastu bercanggah dengan pegangan agama bagai (aku bukan nak tukar agama k aku cepuk ko kang).

Then tadi kitorang tilawah surah Al-Insaan tu then baca tafsir. Ayat ke-2 which reads “Verily, We have created man from Nutfah (drops) of mixed semen, in order to try him: so We made him hearer and seer.” Senang kata Allah bagi ujian ni sebab tu tujuan kita diciptakan. Geddit? Tapi bukan Allah tak bagi solution tak bagi guideline. Allah bagi Islam as the way of life, bagi Prophet sebagai contoh ikutan, bagi Quran sebagai manual hidup. Then elaborated, ujian tu diberikan sebab Allah jadikan kita ni boleh melihat, boleh mendengar. Means Allah bagi kudrat. Dah tu apa sebab takleh nak lalui ujian tu?

Ayat ke-12: “And their recompense shall be Paradise, and silken garments, because they were patient”. Nah! Terang-terang Allah bagi cara tu ha nak lalui hidup: Sabar. Tu je kunci bagi segala masalah. Sabar. Sebab pastu dengan sabar tu je, SABAR sahaja, Allah bagi macam-macam ganjaran. Tapi ko jangan salah paham k. Sabar bukan terima je bulat-bulat takde usaha. Like kau fail test pastu kau sabar je redha je kau bodoh bukan nak revise ke hape. Sabar tu sekali dengan usaha. Sebab Allah nak tengok usaha je. Dah. Natijah camne pun Allah tak nak tengok. Sebab nikmat tu Dia jugak yang bagi. Kalau dia tak bagi rn pun, kalau kau tahu kau dah sabar dah usaha untuk benda yang baik, ada la balasan kat Syurga. Dan kalau dah dapat Syurga, bendalah lain kau dah tak nak dah :’)

Pastu ha ni benda yang aku paling suka sekali bila akak naqibah aku mention: “Awak buat benda baik apa pun, semua tu untuk awak. Bukan untuk orang lain. Awak buat baik, Syurga tu untuk awak. Semua benda baik yang kita buat ni akan balik semula pada kita.” KAN? Kengkadang kita rasa malas sebab tak nak please org tu la apa la padahal semua, I repeat, SEMUA benda baik kau buat untuk sape pun sebenarnya untuk kita. Gitu.

So gitu la aku happy. Mih mih mih. Sebab semua ujian tu ada je jalan penyelesaian dia. Tinggal nak cari dengan cari je. Kalau tak jumpa, at least aku dah usaha. Dan tak give up. Dan terus sabar sebab ada Syurga nanti :)

Dah bye nak tido zzz

0 comments