Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #31

27.8.14

conversation

the meaning of a conversation is the one i have with you.

when
i babble and you pay heed.
you spill till my ears bleed.

when 
we chat about anything and everything.
that a day passes by without us realizing.

we talk about
our favorite pastime of baking tarts.
our iridescent felines that always keep us off guard.

you ridiculed my love for the sweet petrichor
for what reason, i'm unsure.
i teased your crush on demi moore
for one reason: i'm insecure.

mtv, coffee and football
name it
we discussed it all.

except for--
the unkempt spot in my vacant heart
that longs for your touch before it breaks apart.
Gua pun ada perasaan jugak

How do you define love?

16.8.14

(Kau jangan nak judge tajuk post tu aku mmg tengah ada masalah cinta sekarang ni sorry emo)

So hari tu aku tanya Kak Syai, which is one year older than me tapi sekelas by technical mistakes previously la kan ko takyah sibuk nak tahu kenapa, what is love? Gitu kau. Dia memang mcm tetibe sebab masa tu tgh buat slides Work Psychology pastu tetibe ada Kak Syai dgn aku je time tu so tetibe rasa nak tanya. Serius nada aku tanya. Dan serius jugak nada Kak Syai jawab.

"Love tu macam benda yang hang takleh hidup tanpa (direct translate ko thing that you cannot live without). Hang takleh lupa dia. Semua benda hang nak refer kat dia. In fact takde satu benda pun yang hang buat, yang hang fikir yang takleh relate dgn dia. Senang kata dalam setiap benda yang hang buat mmg ada dia. Susah, hang mintak tolong dia, hang ingat dia." (Lebih kurang cemtu la kot, koser aku nak ingat exact wording).

Pastu aku macam snap! Isn’t that the definition of ultimate slavery to God? Allah tu patut ada dalam setiap langkah, setiap tingkah. Susah, rujuk Dia. Senang, ingat Dia. Tapi masa tu tetibe aku teringat crush tak guna tu, yang mana kita akan codenamekan dia sebagai C cuz C stands for Cinta lol. Sebab masa tu aku tgh ada problem nak balik TGB sebab kena amek sijil SPM untuk proses university application so aku ajak dia balik TGB sekali. Dia pun tak amek sijil lagi by the way (Ha dan-dan kantoi C adalah student TGB as well).

Pastu lagi sekali aku snap! Apa yang aku tengah buat ni? Apa yang aku tengah rasa ni cinta ke? Kenapa semua benda aku nak refer kat dia? Kenapa bila ada masalah aku nak mintak tolong dia? Kenapa aku tak ingat family dulu ke, kawan-kawan lain dulu ke? Kenapa? So ni cinta ke? Ha, memang. Memang aku masih lembab lagi ni. Masih lagi tak dapat lagi the actual thing yang Kak Syai nak sampaikan sampai la…

Hari tu aku keluar dgn Meny. Keluar makan buka puasa. Pastu aku cerita la pasal Kak Syai dan semua benda yang engkorang dah baca kat atas tu. Pastu Meny cakap…

Haah kan. Cuba kita fikir balik. Cinta kita sekarang ni siapa? Allah ke crush?

Ha kau! The real snap! Ni apasal ni, Zaty cinta kau pada C boleh supersede cinta kau pada Allah? Bila susah, siapa yang betul-betul tolong? Allah ke C? Sebab lately, memang boleh kata aku tgh obses gila la dengan C ni. Lelagi sejak keluar sama last week. Ha ye, kitorang keluar sekali last week tapi bukan berdua la sebab dia tak berani drive sorang lol. Semua benda yang orang cakap kat aku, walaupun paling takde kena mengena la dengan C, mesti gak aku boleh cari benda nak relate dengan dia. Contoh macam kau tgh cakap nak beli penyapu baru kan, tetibe aku boleh respon dengan cerita betapa tak kemasnya meja C dalam kelas dulu macam tak pernah kemas je macam tak pernah sapu je. Contoh k contoh. Ha macam tu sekali punya obses.

So sekarang ni, aku tgh cuba. Cuba nak disconnect dari twitter and instagram sebab keje asyik nak stalk dia je nak tengok dia fav tweet sape, tengok dia mention pompuan mana, tengok sape tag dia kat insta. Cuba nak dekatkan diri balik pada Allah. Dulu aku dah ada strong grip dah dengan usrah, surau and all good deeds pastu tergelincir balik mcm sekarang ni haih. Cuba minimize interaction dengan dia so aku dah email whatsapp conversation dengan dia pastu aku delete supaya nama dia tak naik kat chats dan menggoda aku supaya whatsapp dia dulu dah la mangkuk ni suka tetibe hilang in the middle of a serious conversation. Senang kata, cuba improve diri. Cuba untuk buat apa je asalkan Allah jadi priority balik.

(Siapa suruh confess nanti dia kena gigit dengan kala jengking sebab aku dah cuba beranikan diri nak confess tapi bila masa tu datang tetibe kecut balik macam last week baru pandang mata dah speechless lol).

So tu je.Ye, aku tahu aku boleh lawan dan kawal perasaan ni. Allah yang cipta, pegang, pinjamkan dan bolak-balikkan hati ni. In Him I seek for strength. Sementara tu, nah gambar perasan cantik iolss masa g Kinokuniya hari tu (the day I should meet him tapi dia tertido ha kan dah cakap dah memang boleh gak relate dgn dia haish).


 ***

Kalau dalam setiap post ada lagu tema, lagu tema post ni ialah Say Something. Sebab aku mmg nak cuba giving up in him ni. Plus dulu dia ada mintak suggestion lagu apa yang tengah best pastu aku bagi lagu tu kat dia pastu dia cakap dia suka lagu tu like omaigod now can you understand ma feelings okay okay aku stop sekarang ni sebelum post ni jadi lagi berjela sebab nak cerita pasal dia je. Mana la tak cerita pasal dia dah 4 tahun minat dia sorang je tak tukar-tukar orang lain kau ingat senang ke nak lupakan? Kbai.
Gua pun ada perasaan jugak

And I'm back!

10.8.14

Assalamualaikum. So ya, I'm back. Yes, I have decided to start blogging. Tentang apa, ntah tak tahu. But I'll try. Ni macam salah satu inisiatif untuk buang rasa malas, harap faham. So hari ni, hmm... Masih clueless tapi lemme tell me you this.

I like a guy. Like? Ye ke? Ntah, love? Eww. K, have a crush on him la senang cite. Tapi dah 4 tahun... I confessed once tapi I was in denial gak masa tu so I said "pernah suka" instead of masih suka sebab aku takut kena reject blergh. Pastu dia cakap "ya, lebih baik kita jadi kawan kan". For sure la kan dah ko tak suka aku kan wahai lelaki pastu ko takut nnt awkward kan alamak cakap je la (tetibe emo). So pastu kitorang stay friends (pada aku best friend tapi dia rasa aku biasa je). Dia cerita kat aku pasal crush dia, pasal ex dia macam tak sedar je hoi aku ni perempuan gak woi kau patut sedar yang kau takleh cerita benda cemni kat aku sebab aku "pernah" ada perasaan kat kau tapi takpe la for the sake of friendship aku layan je la. Layan je tapi ikhlas la sebab mmg aku suka pun kawan dgn dia sebab aku boleh cerita semua benda kat dia except pasal crush ke apa sebab dia la crush aku satu-satunya takkan nak cite gak kan.

Jap, apa point aku cite ni? Okay sebenarnya aku dah lupa nak cite pasal apa haha so nah lagu Yuna untuk ko wahai crush. Bye. (Lulz nampak sangat awkward dah lama tak blogging)