Kenapa Aku Masih Takde Pakwe.

21.3.14

Assalamualaikum.

Title tu bukan soalan kerana aku dah ada jawapan.

Kalau ikut kepala perempuan tipikal insekiyo ini, memang jawapannya semata-mata kerana aku hodoh. Aku tak pernah percaya aku cantik atau aku kurus, sebab the only man in my life never says so. Jadi apa lagi aku harapkan daripada lelaki-lelaki yang masih belum halal kat luar tu? Untuk kata aku cantik? Memang tak la kan.

Tapi oleh kerana aku jetjet matang, aku buka minda ni untuk fikir lebih luas. Aku masih takde pakwe sebab... *drum roll*

...

Allah is preventing me from falling in dangerous and sinful love.

Cakap dengan aku, sape yang tak pernah rasa bengkek dan #foreveralone bila kau pergi kedai makan sorang-sorang pastu keliling ko semua nak duduk berpasang? Or bila kawan baik ko ada pakwe yang satu kolej dengan ko pastu dia nak pergi situ pakwe dia temankan dia nak pergi sana pakwe dia drivekan? Or that kengkonon wonderful feeling when you woke up to his text in the morning or he's the last person you talk to before you fall asleep? SAPE?! WOI AMYGDALA KAU ROSAK KE APA?!

Serious shit kalau rasa suka ni berbalas dan memang takkan bawak kepada maksiat memang gerenti kawen dan masuk syurga, memang dah lama Allah pertemukan aku dengan lelaki itu. Tapi tak. Dia bagi aku rasa ni. Bagi aku rasa nak crush kat orang tu, nak crush kat pakwe orang tu, nak kawen dengan Pierre, nak confess kat best friend pastu kena friendzone sebab Dia nak ajar aku. Dia nak ajar aku macam mana nak kawal nafsu. Macam mana nak salurkan nafsu itu ke arah yang lebih baik, yang membawa aku ke jalan yang dekat pada Dia.

Memang palotak la kan kalau aku tak rasa sedih bila sepanjang aku kat INTEC ni tak pernah ada sekor pun lelaki yang approach aku mintak number ke, ajak couple ke, or just nak berkenalan. SUMPAH SEDIH. Tapi kalau ada pun, apa aku dapat? Silap-silap one night stand le kita. Dan dengan tiada perhatian dari sebarang lelaki yang tak guna kat luar tu, it makes me feel less shy bila kat luar. Aku jadi diri sendiri. Aku jadi gila dengan semulajadi tanpa perlu cover innocent depan mamat mana ntah. Aku boleh gelak, aku boleh main imaginary drum aku sambil dengar mp3, aku boleh menari tarian sotong aku tanpa rasa insekiyo dan rasa "eh si hgfbshdjsfj (baca: nama lelaki) tu nampak aku buat cenggini ala malunya" pastu tetibe bertukar jadi pondan slash bapuk siam.

Yes, it indeed triggers me to think that aku ni buruk sangat ke weh? Well actually memang aku buruk pun. Lepas aku wipe bedak before Zuhur, memang aku tak pernah ingat nak pakai bedak semula. Thus, bila aku naik bas petang lepas habis kelas ke Akasia, memang muka aku mcm serbuk kopi berminyak disertai lebam di mata seperti baru lepas bertumbuk di kelas tinju bersama Mike Tyson. Aku dah pakai feminin dah, dah labuhkan tubung dah, but still cermin je rasa aku lawa. Tu pun selalu dia tipu :(

Tapi ye rakan-rakan, aku TERSANGAT percaya pada jodoh. Mungkin aku yang gila ini hanya pada usia 19 tahun. Mungkin tahun depan aku lebih gila. Mungkin sewaktu aku lebih gila / vbsjhfy [insert any positive adjective] itulah ada lelaki yang sudah tidak rabun dan dapat menyedari kewujudanku yang sekecil hama ini. Ataupun lelaki yang sudah berada lama depan mata aku tidak lagi buta dan sanggup pulang dari sebuah negara yang sedang bergolak semata mahu mengahwini aku lol.

So ya, that's why aku masih takde pakwe. Sebab Allah nak aku sayang diri aku dulu, sayang family aku, sayang kawan-kawan dan teratas sekali, sayang Nabi dan Dia sebelum sayang mana-mana lelaki yang entah ye entah tak jadi laki aku.

Sekian.

p/s: Semedang je kalau post nak letak gambar. Nampak sangat kau malas baca. Macam mana Malaysia nak maju.

1 comments

  1. wow,tengs..a lot..ak pn x pernah kapel n pernah trfikir,adakah ak x nrmal brbnding kwn2 laki ak yg laen..tapi pnulisan ini buat ak ase..wow..

    ReplyDelete