Berangan itu perlu

Kenapa Aku Masih Takde Pakwe.

21.3.14
Assalamualaikum.

Title tu bukan soalan kerana aku dah ada jawapan.

Kalau ikut kepala perempuan tipikal insekiyo ini, memang jawapannya semata-mata kerana aku hodoh. Aku tak pernah percaya aku cantik atau aku kurus, sebab the only man in my life never says so. Jadi apa lagi aku harapkan daripada lelaki-lelaki yang masih belum halal kat luar tu? Untuk kata aku cantik? Memang tak la kan.

Tapi oleh kerana aku jetjet matang, aku buka minda ni untuk fikir lebih luas. Aku masih takde pakwe sebab... *drum roll*

...

Allah is preventing me from falling in dangerous and sinful love.

Cakap dengan aku, sape yang tak pernah rasa bengkek dan #foreveralone bila kau pergi kedai makan sorang-sorang pastu keliling ko semua nak duduk berpasang? Or bila kawan baik ko ada pakwe yang satu kolej dengan ko pastu dia nak pergi situ pakwe dia temankan dia nak pergi sana pakwe dia drivekan? Or that kengkonon wonderful feeling when you woke up to his text in the morning or he's the last person you talk to before you fall asleep? SAPE?! WOI AMYGDALA KAU ROSAK KE APA?!

Serious shit kalau rasa suka ni berbalas dan memang takkan bawak kepada maksiat memang gerenti kawen dan masuk syurga, memang dah lama Allah pertemukan aku dengan lelaki itu. Tapi tak. Dia bagi aku rasa ni. Bagi aku rasa nak crush kat orang tu, nak crush kat pakwe orang tu, nak kawen dengan Pierre, nak confess kat best friend pastu kena friendzone sebab Dia nak ajar aku. Dia nak ajar aku macam mana nak kawal nafsu. Macam mana nak salurkan nafsu itu ke arah yang lebih baik, yang membawa aku ke jalan yang dekat pada Dia.

Memang palotak la kan kalau aku tak rasa sedih bila sepanjang aku kat INTEC ni tak pernah ada sekor pun lelaki yang approach aku mintak number ke, ajak couple ke, or just nak berkenalan. SUMPAH SEDIH. Tapi kalau ada pun, apa aku dapat? Silap-silap one night stand le kita. Dan dengan tiada perhatian dari sebarang lelaki yang tak guna kat luar tu, it makes me feel less shy bila kat luar. Aku jadi diri sendiri. Aku jadi gila dengan semulajadi tanpa perlu cover innocent depan mamat mana ntah. Aku boleh gelak, aku boleh main imaginary drum aku sambil dengar mp3, aku boleh menari tarian sotong aku tanpa rasa insekiyo dan rasa "eh si hgfbshdjsfj (baca: nama lelaki) tu nampak aku buat cenggini ala malunya" pastu tetibe bertukar jadi pondan slash bapuk siam.

Yes, it indeed triggers me to think that aku ni buruk sangat ke weh? Well actually memang aku buruk pun. Lepas aku wipe bedak before Zuhur, memang aku tak pernah ingat nak pakai bedak semula. Thus, bila aku naik bas petang lepas habis kelas ke Akasia, memang muka aku mcm serbuk kopi berminyak disertai lebam di mata seperti baru lepas bertumbuk di kelas tinju bersama Mike Tyson. Aku dah pakai feminin dah, dah labuhkan tubung dah, but still cermin je rasa aku lawa. Tu pun selalu dia tipu :(

Tapi ye rakan-rakan, aku TERSANGAT percaya pada jodoh. Mungkin aku yang gila ini hanya pada usia 19 tahun. Mungkin tahun depan aku lebih gila. Mungkin sewaktu aku lebih gila / vbsjhfy [insert any positive adjective] itulah ada lelaki yang sudah tidak rabun dan dapat menyedari kewujudanku yang sekecil hama ini. Ataupun lelaki yang sudah berada lama depan mata aku tidak lagi buta dan sanggup pulang dari sebuah negara yang sedang bergolak semata mahu mengahwini aku lol.

So ya, that's why aku masih takde pakwe. Sebab Allah nak aku sayang diri aku dulu, sayang family aku, sayang kawan-kawan dan teratas sekali, sayang Nabi dan Dia sebelum sayang mana-mana lelaki yang entah ye entah tak jadi laki aku.

Sekian.

p/s: Semedang je kalau post nak letak gambar. Nampak sangat kau malas baca. Macam mana Malaysia nak maju.
Gua pun ada perasaan jugak

Loneliness.

5.3.14
Adakah ini sejenis disorder atau apa? Aku selalu rasa sorang-sorang dalam apa jua ketika. Lagi-lagi bila dengan Sastros. Like now, we are having a website project. K, ada 2 laptop. Kitorang ada berempat. Tapi aku guna laptop sengsorang. Dan lagi 3 tu dengan laptop Zati. Aku perasan Qila dok bersempit kat situ tapi tak terfikir ke diorang nak senangkan keje dengan bahagi satu laptop 2 orang? K, cuba rasional.

Mungkin mereka tak mendekati aku sebab aku tak ajak. Mungkin kerana laptop aku kecik. Mungkin kerana hari ni aku busuk. Mungkin kerana aku memang sukar didekati. Mungkin mereka memang tak pernah suka satu group dengan aku. Mungkin kerana aku terlalu garang. Mungkin kerana diorang takut kena marah kena maki dengan aku bila diorang buat silap. Mungkin kerana aku memang annoying.

Wow, I listed so many possibilties 0.0 I am having a disorder. Tapi disorder apakah ini? Dan apa yang sebenarnya perlu aku lakukan?

Mungkin aku patut hempas laptop ni. Mungkin aku patut burst dan jerit-jerit memaki. Mungkin aku patut bersuara buat ayat tacing. Mungkin aku patut bangun dan blah dari sini. Mungkin aku patut bangun dan cari angin. Mungkin aku patut stay still dan pandang diorang sorang-sorang. Atau paling tepat sekali aku cakap je tak puas hati aku ni pada diorang.

Tapi nanti kalau aku cakap yang sebenarnya, apa reaksi diorang?

Mungkin Sastros akan berkubur. Mungkin Sastros akan bergaduh. Mungkin diorang akan minta maaf tapi pastu rasa bengkek dengan aku. Mungkin ni akan jadi kali terakhir diorang bekerja dengan aku. Mungkin diorang akan rasa aku melawak. Mungkin diorang tak kisah dan peduli pun perasaan aku. Mungkin diorang akan benci aku pasni. Mungkin diorang akan bangun dan blah dari sini. Mungkin diorang akan rasa benda ni remeh temeh and I'm a crybaby. Mungkin diorang akan bunuh aku / isolate aku supaya pasni nak ke mana-mana boleh bertiga je takyah berempat takyah susah-susah nak ajak aku.

Ma, Abah, Ani, Adik, nak balik. Rinduuu.
Gua pun ada perasaan jugak

The Journey

2.3.14
Assalamualaikum.

Heyya your favorite used-to-be-earning-cash-from-Nuffnang blogger is back! With a full determination to constantly update this page! Okay, maybe not.

Seriously aku trembling and shaking ha sekarang ni. I'm running out of ideas and words nak tulis pasaipa but hmm I try k i try.

The Journey cuz I've recently watched the movie Jumaat lepas and the journey I've been through for this two and a half months while I'm not writing here.

From Wikipedia

K the movie first la kan. TOLONG LAAA PERGI TENGOK! Haa caps lock ko which means I'M DEADLY SERIOUS, FOR GOD SAKE! Bukan selalu local movies hebat cemni dan dari segi jualan pula, dah lama dah dia kalahkan KL Gangster yang ntahpape tu dan Ombak Rindu kesayangan rakyat Malaysia yang berhati tisu (seperti aku dan keluarga yang gigih engko pergi tengok sekeluarga kat panggung wayang lol). Aku mention pasal kutipan tiket sebab selalunya cerita local yang lain daripada yang lain mcm my all-time fav, KIL dan Psiko Pencuri Hati mmg sikit benor sambutannya. Padahal storyline berbeza, sinematografi cantik dan provoke minda kita untuk think beyond and out of the box. The Journey ni mmg kau boleh relate to every scenes. Sape yang close dgn bapak dan tersangat tak close dengan bapak, mmg hmm tersedu-sedan ko. Aku keluar dok sedut hingus pastu eh mata bengkak pehalllll? Pastu mmg la dia tunjuk Malaysia ni cantik sebenarnya. Takyah nak pergi Maldives semata nak rasa berenang dalam air hijau/biru jernih nampak dasar.

And my own journey, opkos. Alhamdulillah, December lepas dapat la den merasa hengpon idaman di tangan sendiri. Half the cost guna duit sendiri huish lagi la rasa terharu. And sebenarnya, sejak baru masuk INTEC this year, it's kinda tough for me actually. Subjek sekepuk semua yang banyak kena baca. No, mmg aku suka subjek cenggni tapi mcm banyak sangat tak kena for each subject. Ada yang lecturer mcm tak best, ada subjek yang belajar hoi senang buat exercise hoi kacang tapi bila test hoi mana pergi idea terbang mana pergi?! Dan hmm love life? Ntah, aku masih lagi belum move on daripada dia. Dah lama, bukan sebulan dua dia pergi tinggalkan aku. Lama. Lama sangat. Dan aku rindu. Sebab masa dia masih ada, he showed that he needs me dan lately, jarang sangat dia whatsapp ke im kat fb ke tanya khabar ke mintak nasihat ke. Macam dia dah boleh hidup berdikari tanpa aku. Aku pulak yang selalu support dia dulu rasa mcm tak boleh nak teruskan hidup. Aku pulak yang rasa lemah hmm. Sungguh, aku doa hari-hari biar dia sedar kewujudan aku kat sini. Sebab Allah yang pegang hati ni, yang bolak-balikkan hati ni. Tapi hmm, ntah la aku yg lost faith dengan dia. Mana mungkin abang sado mcm dia nak pandang aku yg super pendek dan hodoh ni hmm. Dan aku actually dah mcm tercrush kat somebody else tapi pelan-pelan rasa tu mcm tak ada sbb aku belum boleh move on haish.

And I'm this close to be a writer. Submitted my cerpen to a publisher and hee mcm terpilih je. But we'll see later.

So ya, that's all. Nanti iolss hapdet lagi. So much to write but so little time I have. Having Microeconomics quiz tumolo and Bio quiz (yes, Bio eventho aku tak sit pun paper tu masa Es Pi Yem dulu) on Wednesday. Pray for me, will ya? Thanks. Adios amigos. Assalamualaikum :)