Siblings Fun Day!

3.12.13



 Assalamualaikum.

Imma keep my promise. So this is me updating my blog with a new entry yey! Siapa sayangi diriku? Garnier *tetibe*

So, today, it was fun! Walaupun hujan tak berhenti dari pukul 3 pagi cemtu sampai ke petang, tapi kitorang tiga beradik tak duduk senang-lenang je kat rumah. We cooked! Spaghetti ala carbonara resepi Anis Mastura, ex-roomieku yang terchentaaa hihi. Sedap dap dap cuma lembik sikit sebab terlebh telur keh keh. Ha, mana boleh cakap sedap je tapi takde resepi kan. Nah resepi! Sekali lagi, siapa sayangi diriku? (Wajib jawab)

Bahan-bahan:

Spaghetti la kan lulz
Ayam, or boleh je nak guna daging lembu kambing rusa arnab landak sukati mak ko
Sayur (we used brokoli, lada benggala, daun parsley tapi sebab malas terus beli herb dia yang dah packaged dalam botol tu dan cili merah)
Telur (ikut serving, kalau sorang makan sebiji la telur)
Sliced cheddar cheese
Lada hitam (tumbuk sendiri kau, gigih kan mak?)
Garam secukup rasa
Kawan karib kepada masakan, bawang putih!


Cara-cara:

Part A
1. Sediakan bahan-bahan tu semua. Rebus spageti, rebus sayur, rebus ayam. Kitorang ni kemut, so lepas rebus spageti, air yang sama rebus sayur pastu rebus ayam. Dalam air rebusan tu jangan lupa letak minyak dan garam.
2. Pecahkan telur, pastu campur dgn cheese, lada hitam dan garam.

Part B
1. Panaskan kuali pastu curah minyak. Takyah banyak-banyak, let us eat healthily eceh. Pastu masukkan bawang putih.
2. Dah naik bau wangi, masukkan ayam dan sayur. Gaul-gaul bagi dia panas lama-lama sikit.
3. Dah puas hati tu, masukkan la spaghetti anda. Oh ada petua nak tahu spaghetti dah masak ke belum masa rebus. Cuma amek satu strand tu pastu lempar ke dinding. Kalau dah melekat, dah masak la tu :)
4. Gaul-gaul semua tu bagi sebati. Ha, boleh la nak letak parsley herb tu. Kalau korang beli daun parsley tu hiris sendiri, pun time ni kot rasanya lulz tetibe tak tahu mende la Zaty ni.
5. Dah sebati? Bagus! Tutup api. Hepp, jangan panik, sepak kang. Dah matikan api tu, terus masukkan telur yang dah siap campur bahan-bahan tu.
6. Gaul lagi. Ha, masa ni la nak tambah garam ke nak bagi secukup rasa. Kalau kering sangat, letak la air rebusan spaghetti tadi. Siap!


Simple kan uolls? Nur Musfirah Izzati ni tak reti masak, so kena masak dengan adik-adik nak bagi meletop masakan tersebut. Lepas masak, kitorang mandi, pastu solat sama-sama. Then baru makan. Ha, kemanisan dan keenakan ukhuwah gitu bak hang.


Boleh la try sambil-sambil tak buat pape kat rumah tu. Ha, part berapa biji telur tu korang tentukan sendiri. Kalau tak nak lembik sangat, jangan letak banyak sangat. Kang muak dah letak cheese semua tu.

Cheers! Assalamualaikum.

0 comments