Ambisi.

9.12.13

Apa tu? Adakah misiku Kuza di KPJ Specialist? Atau pun brand kasut sukan selain Ambrose? Ataupun sejenis buahan liar yang hanya dijumpai di pedalaman hutan Amazon? Tak la. Tu saja je direct translation cita-cita keh keh keh.

Tak. Cita-citaku bukan menjadi orang kaya, hoy! Okay, mmg la semorang nak jadi kaya kan? Tapi mari menjadi realistik. You need a profession, a career to help you untuk menjadi kaya. Kaya yang diredhai Allah hendaknya :)

1. Policewoman
Kfine. Mcm hape je kan. Tapi tu la cita-cita pertama ya dalam hidupku ini. Pengaruh Inspektor Mazlan dan Inspektor Aliza dalam Gerak Khas. Masa tu aku 5 tahun. Pegi mana-mana je kalau orang tanya dah besar nak jadi apa, dgn bangganya aku jawab, "Polis." Paling tersentap yang hampir menggoyahkan pendirianku adalah bila ada sorang pakcik tu cakap, "Buat apa nak jadi polis? Nanti kerjanya saman mak bapak sendiri." Hmm it's weird that I can still recall that.

2. Cikgu
Cita-cita ini datang setelah masuk sekolah. Aku sorang je yang ada cita-cita pelik nak jadi polis tu. Pastu semorang lain cita-cita nak gempak. Doktor la, saintis la. Aku nak jadi polis yang hanya membantu keamanan negara? Waktu sekolah rendah ni la terpengaruh dgn org lain yg cita-cita lebih akademik. Dan cikgu la yang paling senang terlintas kat kepala ni.


3. Pensyarah
Darjah 4. Dah reti akademik bagai tu upgrade la sikit nak jadi lecturer. Padahal masa tu tak tahu pun kalau nak jadi pensyarah mesti ada specification subjek or bidang. Mende je aku ni. 

4. Psychologist
Aku suka baca surat khabar so mesti la ada ruangan yg saiko-saiko tu kan. So aku rasa mcm menarik je kaji pasal orang ni. Boleh tahu kenapa dia behave in that way. Tapi aku takde la declare kat orang nak jadi psychologist tu. 2007 masa tu Malaysia mana ada membangunkan subjek Humanity so diam-diam sudah. Ingat lagi dok gunting-gunting artikel simpan tampal dalam diari bak hang. Semua mesti tajuk mcm Rahsia Diri Anda Mengikut Warna lulz.

5. Akauntan
Oleh kerana masa lower form amek KH Perdagangan, masuk la kelas Akaun. Mak Lang, Pak Lang, Abang To'eh akauntan. Pak Lang la paling gempak, PTD kot. Kerja gempak, gaji masyuk sape tak nak? Ha masa tu materialistik sungguh tu yg cita-cita begitu.

Dan sekarang? Masih berpegang untuk menjadi psychologist 😊 Walaupun ada cita-cita akauntan tu, tapi mmg senyap-senyap teringin hee. Lalu apabila MARA offer psychology course untuk fast track, grab je la. Dan insya-Allah dipermudahlan jalan ini, amin.

Ha budak ni kena sunat hari ni haha. Dan saya dah ada Insta ihikk. Follow la @zatyzatyzaty

3 comments

  1. kalau kau balik queensland nanti nak pi masuk akademi polis pulak mmg aku kena brainwash kau hahahaha

    ReplyDelete
  2. Eh kita pn minat nk jd psychologist.
    Ni bru lps spm. Tktaula mcm mana nak amik course tu kt mana semua tu.

    ReplyDelete
  3. anis nad; haha ntah nnt aku jadi psychologist kat pdrm lol

    najwa syafiqah; kalau nak dalam negara, byk dah uni offer psychology. paling well-known adalah um. kalau nak pegi overseas kena buat preparation /foundation dulu. mcm2 program ada. add me on fb la kalau nak tahu lebih lanjut. cheers!

    ReplyDelete