Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #30

18.12.13
Gua pun ada perasaan jugak

Sebenarnya...

16.12.13
Sebenarnya aku frust gila dgn diri sendiri sepanjang cuti ni. Nak kerja tak dapat kerja. Konon nak studi tapi baru habis cover satu chapter je apa cite. Pastu konon nak jual preloved items kat blog ni tapi kalau sekali update cuma ada 3-6 readers nak jual mende. Masak pun terkial-kial lagi alahai. Hantar manuskrip kena reject mmg kau tak reti menulis lah Zaty. Haih cuti ni langsung tak produktif. Kalau lah tahu tak dapat kerja akan kuambil lesen kereta. Tetapi apalah dayaku. Ahhhhhh bencilah!
Pictures and videos

Thursday Throwback #1 : Kenapa Saya Suka TGB Semester 1

12.12.13
Kenapa ada semester-semester pulak ni? Sebab sepanjang duduk TGB tu takdenya 24/7 happy je. Hell pun ada gak. Tapi takpe this time kita cerita yang seronok-seronok je, k? Senyum.

FYI, sebelum TGB, Sains Johor adalah sekolah terchentaaa selepas keluar dari SMKSM. Dan FYI juga, hatiku ini tak pernah rela ke situ. The very reason nak pindah adalah sebab masa tu ada krisis dengan Fizi. Pastu kat SMSJ kena belajar Bio huaaa tak rela. Jadi the very first sebab kenapa saya suka TGB adalah sebab dapat belajar Account. Solid bukan sebab tersebut?

Dan sebab lain adalah makanan yang best! Saya tak makan pedas tapi SMSJ selalu serve makanan pedas so makanan kat DS TGB adalah yang paling heaven la selepas Mama. For sure, Mom's is undefeated. Sebab makanan itu juga la berat naik dari 40 ke 47. Berat terkini adalah 45. Ha mmg susah nak turun since form four. 

Dan yang seterusnya adalah bilik yang supercalifragisticexpialoducious! Rumet yang tersangat baik hati dan seriously kitorg rapat gila dulu.  Aaaaa rindunya kat Diana Laila Syikin. Ingat lagi Diana greet on the first day cane, "Kita rumet tau." Haha. Dan sebab cadar katil yang standard semua mesti warna biru. Yes, my fav :)


 Lepas tu sebab aktiviti kot. Dolu-dolu mana ada Minggu Aktiviti, MRSM je ada huii. Dan banyak lagi aktiviti, lagi-lagi dgn homeroom la paling best. Dan sistem belajar dia yg lain k ada prep aku suka prep so what? Best apa walaupun aku jarang belajar time prep keh keh keh. Oh dan grading system yang pakai pointer tu pun best jugak.

And awesome people! Idk why tapi masa awal-awal tu takde rasa insecure. Salah satu sebab mungkin kerana ada Izzati Junaidi kot. The feeling of togetherness tu cehh. Dan kerana ada homeroom yang bertindak seperti keluarga sendiri oh we love you, Miss Ida :* The teachers are nice and kind maybe sebab saya ni budak baru belajar mintak galah tolong jolokkan kot. And le classmates hee.

K till the next part bye assalamualaikum.
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #29

11.12.13
6 Seri, 2007.

Berangan itu perlu

Ambisi.

9.12.13
Apa tu? Adakah misiku Kuza di KPJ Specialist? Atau pun brand kasut sukan selain Ambrose? Ataupun sejenis buahan liar yang hanya dijumpai di pedalaman hutan Amazon? Tak la. Tu saja je direct translation cita-cita keh keh keh.

Tak. Cita-citaku bukan menjadi orang kaya, hoy! Okay, mmg la semorang nak jadi kaya kan? Tapi mari menjadi realistik. You need a profession, a career to help you untuk menjadi kaya. Kaya yang diredhai Allah hendaknya :)

1. Policewoman
Kfine. Mcm hape je kan. Tapi tu la cita-cita pertama ya dalam hidupku ini. Pengaruh Inspektor Mazlan dan Inspektor Aliza dalam Gerak Khas. Masa tu aku 5 tahun. Pegi mana-mana je kalau orang tanya dah besar nak jadi apa, dgn bangganya aku jawab, "Polis." Paling tersentap yang hampir menggoyahkan pendirianku adalah bila ada sorang pakcik tu cakap, "Buat apa nak jadi polis? Nanti kerjanya saman mak bapak sendiri." Hmm it's weird that I can still recall that.

2. Cikgu
Cita-cita ini datang setelah masuk sekolah. Aku sorang je yang ada cita-cita pelik nak jadi polis tu. Pastu semorang lain cita-cita nak gempak. Doktor la, saintis la. Aku nak jadi polis yang hanya membantu keamanan negara? Waktu sekolah rendah ni la terpengaruh dgn org lain yg cita-cita lebih akademik. Dan cikgu la yang paling senang terlintas kat kepala ni.

3. Pensyarah
Darjah 4. Dah reti akademik bagai tu upgrade la sikit nak jadi lecturer. Padahal masa tu tak tahu pun kalau nak jadi pensyarah mesti ada specification subjek or bidang. Mende je aku ni. 

4. Psychologist
Aku suka baca surat khabar so mesti la ada ruangan yg saiko-saiko tu kan. So aku rasa mcm menarik je kaji pasal orang ni. Boleh tahu kenapa dia behave in that way. Tapi aku takde la declare kat orang nak jadi psychologist tu. 2007 masa tu Malaysia mana ada membangunkan subjek Humanity so diam-diam sudah. Ingat lagi dok gunting-gunting artikel simpan tampal dalam diari bak hang. Semua mesti tajuk mcm Rahsia Diri Anda Mengikut Warna lulz.

5. Akauntan
Oleh kerana masa lower form amek KH Perdagangan, masuk la kelas Akaun. Mak Lang, Pak Lang, Abang To'eh akauntan. Pak Lang la paling gempak, PTD kot. Kerja gempak, gaji masyuk sape tak nak? Ha masa tu materialistik sungguh tu yg cita-cita begitu.

Dan sekarang? Masih berpegang untuk menjadi psychologist 😊 Walaupun ada cita-cita akauntan tu, tapi mmg senyap-senyap teringin hee. Lalu apabila MARA offer psychology course untuk fast track, grab je la. Dan insya-Allah dipermudahlan jalan ini, amin.

Ha budak ni kena sunat hari ni haha. Dan saya dah ada Insta ihikk. Follow la @zatyzatyzaty
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #28

4.12.13
Broga, 01.11.13
Cantik kan, no edit whatsoever. Subhanallah!

Family which is sooo familiar -_-'

Siblings Fun Day!

3.12.13


 Assalamualaikum.

Imma keep my promise. So this is me updating my blog with a new entry yey! Siapa sayangi diriku? Garnier *tetibe*

So, today, it was fun! Walaupun hujan tak berhenti dari pukul 3 pagi cemtu sampai ke petang, tapi kitorang tiga beradik tak duduk senang-lenang je kat rumah. We cooked! Spaghetti ala carbonara resepi Anis Mastura, ex-roomieku yang terchentaaa hihi. Sedap dap dap cuma lembik sikit sebab terlebh telur keh keh. Ha, mana boleh cakap sedap je tapi takde resepi kan. Nah resepi! Sekali lagi, siapa sayangi diriku? (Wajib jawab)

Bahan-bahan:

Spaghetti la kan lulz
Ayam, or boleh je nak guna daging lembu kambing rusa arnab landak sukati mak ko
Sayur (we used brokoli, lada benggala, daun parsley tapi sebab malas terus beli herb dia yang dah packaged dalam botol tu dan cili merah)
Telur (ikut serving, kalau sorang makan sebiji la telur)
Sliced cheddar cheese
Lada hitam (tumbuk sendiri kau, gigih kan mak?)
Garam secukup rasa
Kawan karib kepada masakan, bawang putih!


Cara-cara:

Part A
1. Sediakan bahan-bahan tu semua. Rebus spageti, rebus sayur, rebus ayam. Kitorang ni kemut, so lepas rebus spageti, air yang sama rebus sayur pastu rebus ayam. Dalam air rebusan tu jangan lupa letak minyak dan garam.
2. Pecahkan telur, pastu campur dgn cheese, lada hitam dan garam.

Part B
1. Panaskan kuali pastu curah minyak. Takyah banyak-banyak, let us eat healthily eceh. Pastu masukkan bawang putih.
2. Dah naik bau wangi, masukkan ayam dan sayur. Gaul-gaul bagi dia panas lama-lama sikit.
3. Dah puas hati tu, masukkan la spaghetti anda. Oh ada petua nak tahu spaghetti dah masak ke belum masa rebus. Cuma amek satu strand tu pastu lempar ke dinding. Kalau dah melekat, dah masak la tu :)
4. Gaul-gaul semua tu bagi sebati. Ha, boleh la nak letak parsley herb tu. Kalau korang beli daun parsley tu hiris sendiri, pun time ni kot rasanya lulz tetibe tak tahu mende la Zaty ni.
5. Dah sebati? Bagus! Tutup api. Hepp, jangan panik, sepak kang. Dah matikan api tu, terus masukkan telur yang dah siap campur bahan-bahan tu.
6. Gaul lagi. Ha, masa ni la nak tambah garam ke nak bagi secukup rasa. Kalau kering sangat, letak la air rebusan spaghetti tadi. Siap!


Simple kan uolls? Nur Musfirah Izzati ni tak reti masak, so kena masak dengan adik-adik nak bagi meletop masakan tersebut. Lepas masak, kitorang mandi, pastu solat sama-sama. Then baru makan. Ha, kemanisan dan keenakan ukhuwah gitu bak hang.


Boleh la try sambil-sambil tak buat pape kat rumah tu. Ha, part berapa biji telur tu korang tentukan sendiri. Kalau tak nak lembik sangat, jangan letak banyak sangat. Kang muak dah letak cheese semua tu.

Cheers! Assalamualaikum.