Mencari Kerja

11.11.13

Assalamualaikum.

Serius, sampai sekarang pun masih tak dapat mood nak berblog tu. Ni pun cuba ya, cuba wahai rakang-rakang. Bismillah...

So, Rabu lepas, I went to find job. Cuti sem dua bulan kot. Lagi lama daripada masa cuti sekolah and after SPM. Ha, teruja sungguh nak mencari kerja. Fefeeling nak independent, nak kumpul duit nak beli aipong segala. Jadi, Rabu lepas keluar dengan Kak Aimi, my senior kat Intec jugak yang kebetulan nak cari kerja bersama-sama.

Sampai sekarang, I receive only one call. Tu pun kerja yang kitorang cuma saja nak isi borang, nak cuba-cuba. Kedai tu kedai computer dan semua orang dalam tu non-Muslims. Sungguh tak berani nak pergi unless Kak Aimi pun nak kerja sekali. Tapi Kak Aimi dapat dah kerja kat Guardian so... Yes, I'm unemployed. And fat.

Tapi lantak la. Not even a week pun so maybe *sedapkan hati sendiri tsk tsk* ada je peluang kerja tu nanti Allah buka kat mana-mana. Nak cerita sekarang ni about discrimination. I'm not sure whether this is serious to you or not but it's quite to me. Ada satu kedai tu kitorang masuk, kedai jual baju and aksesori semua, nak mintak kerja.

Me: Hello. Kat sini ada kerja kosong tak? *Hello cuz the one we were asking to tu non-Muslim*
Worker: Ada, tapi kami tak nak orang yang pakai tudung.

Ha, sila sentap, please! Weh sedih kot. Dah la selalu pergi kedai tu sebab baju and aksesori dia cantik. Hmm entah la. For me, there's no harm pun amek kami yang bertudung ni. At least kalau ada customer yangbertudung, boleh la kitorang layan. Tapi...

Tinggalkan topik tu. Lepas dah cari kerja, makan, we went to another mall -- oh, lupa nak bagitahu. Kedai tu dalam mall -- untuk solat Zuhur. Dan lihat apa saya jumpa...



Tahukah anda itu kesan apa? Maskara kot. Idk cuz I don't wear make up. Kan dah kotor telekung tu. Kesian orang yang nak guna pastu. So, ladies, pasni jom kita remove make up sebelum amek wudhu k? Takde la aniaya orang lain yang nak guna telekung lepas kita. Kalau telekung sendiri pun kena remove jugak ya. Jangan kira telekung wakaf je.

Teringin rasa nak kumpul telekung kat mana-mana tempat pastu tolong basuhkan. Sebab kadang-kadang teruk sangat dengan kesan bedak semua. Rasa geli nak pakai. Sebab Islam tu kan cantik, indah. Kita je yang buat Islam nampak kotor, nampak tak cantik.

Mintak ampun kalau ada mana-mana dalam post ni yang menyakitkan hati. Serius, dah hilang aura menulis tu. Ceh selama ni ada ke pun aura tu *muntah*

Till the next post, Assalamualaikum :)

2 comments

  1. Sekarang dah banyak kedai macam tu, especially yang branded. Semua nak yang tak pakai tudung. Sedih tengok.

    ReplyDelete
  2. trueee! are we even living in an islamic country?

    ReplyDelete