Bahagia.

9.9.13

Assalamualaikum.

Baru perasan dah 2 minggu tak hapdet pape. To make 2 weeks short, I'd describe it as UJIAN. Macam banyak gila ujian yang mengganggugugat keimananku yang senipis kulit bawang ni. But then yesterday, I ended all those sufferings dengan sesuatu yang sangat bahagia :)


Kenduri kawen kakak Ford!

Sebenarnya takde la bahagia mana. Tunggu bas dari Cemara nak ke KTM, dah sejam. Perjalanan dari Shah Alam ke Kajang makan lebih sejam gak. Tunggu kat KTM Kajang tu ada la setengah jam sebab sampai-sampai je dah pukul 1. Masa tu Ford cakap peak hour. Dan aku pulak berkeras kalau Ford nak amek aku, Amir Hamzah kena teman sekali. Ngade kan aku. Pergi kena amek, balik kena hantar. Dah la tak dapat kad jemputan muahaha.

Dan sebenarnya pergi kenduri kawen waktu tengah sakit hati memang menambahkan sakit hati. Satu, sebab orang lain tengah bahagia dan kau tak. Pastu, kau datang sorang. Maka, hmm... Anyway, thanks Ford sebab ajak. Dan thanks Amir Hamzah sebab temankan dari awal lagi sampai balik.

Yang lampu-lampu putih biru tu adik pengantin kata dia yang buat. Dengan bantuan kakak ipar dia la tapi haha.




Dah nak balik dah masa ni. Lepas solat Zuhur. Sebelum Ford halau kitorang haha k tak. Masa tu nak hujan dah. Amir Hamzah dari Cheras naik motor je. Aku pulak takut KTM delay hujan-hujan ni. Masa ni pengantin sedang sibuk bergambar kat pelamin dalam rumah. Nice kan tema dia? :) Sweet gilaaaaa. Pastu dress akak Ford warna baby blue. Aaaaaaaaaaaaaaaaaa, my dream!






Before balik. Dah la aku ni paling kecik dan paling rendah. Letak aku kat belakang pulak kan. Memang sehalus zarah la aku kat belakang tu == See the cloud? Dah gerimis dah pun. Sumpah aku segan sepanjang kat situ. Maybe dah lama kot tak pergi kenduri kawen obama-self. Selama ni pergi dengan family. Tetibe sorang. Dah tak memasal Amir Hamzah jadi supervisor aku. Nak makan dia amekkan pinggan. Nak cendol pun dia amekkan. Nak basuh tangan pun ikut bontot dia haha.

Lepas ni Ford dah sambung belajar dah. Bakal doctor kawan aku ni. Amir, lepas A-Level 2 tahun kat GMI, insya-Allah ke Germany. Engineer bak ang. Hmm. 

Terharu wehhhhhhh sebab diorang care sangat. Kan masa ni tengah stress. Dalam kereta masa otw nak pergi rumah Ford, aku pun melampiaskan segala kemarahan ketidakpuasan hati kesakitan semuanya siap menjerit bagai. Tapi diorang cool je. Tak la aku awkward. Terima kasih atas segala nasihat :)

Oh dan bukannya aku ni sosial sangat asyik keluar dengan lelaki je. Tak. Ni aku pergi sorang-sorang pun sebab Alia tetibe cancel tak dapat pergi sebab ada Raya celebration. Ni pun aku consider the next day after the wedding Ford nak gerak pergi uni dah. That's why. Aku masih tahu batas-batas, insya-Allah.

And this is just terrific :)

***

Amir: Comel kan baby tu?
Aku: Aaaaaaaaaaaa, comelnyaaaaaaaa.
Amir: Amek la budak tu.
Aku: Tak nak aku. Kau la amek. Aku tak suka budak la.
Amir: Kau tak suka budak? Aku suka.
Aku: Aku tak suka budak. Budak suka aku. Haha. *gelak puas hati, Amir buat muka*

Amir: Kau tahu kenapa budak suka kau?
Aku: Kenapa?
Amir: Kau tak suka budak sebab dia budak. Budak suka kau sebab dia ingat kau kawan dia. Sama je saiz. Hahahahahaha.

Kena kat aku balik ==

***

Aku: Sorry la, Ford susahkan kau. Dah kau kena hantar aku balik kat KTM. *Masa ni Amir takde. Sebab dia balik terus. Tak teman pergi hantar aku kat KTM. So cuma aku dengan Ford dalam Kelisa dia.*
Ford: Tu la. Suruh amek lesen tak nak. 
(Masing-masing masuk kereta)
Ford: Haha Mus. Aku rasa memang takyah la kau amek lesen pun.
Aku: Kenapa pulak?
Ford: Kau duduk sebelah aku ni pun aku dah nampak kau kecik. Apa lagi kalau kau duduk kat driver's seat.

Tak guna -.-

0 comments