Of Mixed Feelings.

18.8.13

I hate this Raya. Kan. Terus-terang gila kan.

First sekali, sebab target Ramadhan tak tercapai. Sedih. Geram. Dengan diri sendiri. Sebab tak disiplinkan diri sendiri.

Lepas tu, aku tak tahu kenapa dan entah macam mana aku tak dengar takbir pun sepanjang Raya ni. Selalunya aku mesti tunggu depan TV nak dengar takbir. Lepas tu fefeeling sedih syahdu sayu sengsorang. Sebab dalam takbir tu kalau kau hayati mesti kau jumpa sesuatu. That fills your heart. Kalau kau ada hati lah. Eh.




Then, Mesir. Aku rasa bersalah nak huha huha bila tahu our brothers and sisters there are suffering. Macam nak sambut raya apa bila diorang sekarang sedang bermandi darah and the fact that they are innocent. Sungguh. Aku dah tak boleh nak taip apa pasal Mesir. Mati kata. Sedih.

Dan ritual baru yang tahun-tahun sebelum ni tak pernah buat; melawat kubur Nyai, Tok Wan dan Atok. First time. Perasaan nak beraya tu macam terkubur sekali. Sebak sangat. Dan seriously aku tak nak nangis sekarang ni. Dah la tengah homesick rindu rumah. Haih.

Dan beberapa hari sebelum Raya, my best friend's aunt which is also my sister's friend's mom passed away. Walaupun mcm agak jauh perkaitan dia, tapi deep down aku rasa kehilangan tu. Aku cuma pernah hilang nenek atok je. Budak tu takde mak lagi 2, 3 hari nak raya. Lagi berapa bulan nak PMR. Allah, beratnya ujian dia.

Dan jugak, memang family kitorang mcm lesu sikit bab raya tahun ni. Kalau tak silap vakum rumah pun start pukul 11 pm malam Raya tu. Memang paling tak semangat la kan. Lepas tu beraya dua keluarga je masa 1 Syawal. Gerak balik kampung pun nak dekat Zuhur. Pagi Raya tu masih sibuk masak dan kemas rumah. Dan lepas balik Pahang, memang duduk rumah baring-baring tengok TV je. Budak-budak datang raya rumah pun tak sempat nak buka pintu dah balik -.- Apakah?

UPDATE: Oh ya terlupa. Two of four kittens yang baru lahir tu mati. Sekor tu, Messi, mati sebab tak nak makan. Sebab environment lain kot. Kitorang hantar rumah orang lain mintak tolong jaga sebab nak balik kampung kan. Lagi sekor tu, Jebat, mati dalam minggu yang sama. Dia paling rapat dengan Messi. Memang nampak sangat lepas Messi mati he turned lesu and mundane. And he stayed that way until we discovered he's dead that morning.

Jadi faham kan sekarang maksud tajuk entri tu? Tahniah. Nah gambar family di pagi raya.

Pemilihan warna tema takde kena mengena dengan parti politik mana yang menang PRU13 dan pasukan bola sepak mana yang cuma dapat nombor dua even beli player hebat. Eh. Cuma tahun ni tema patriotik Johor. Bye. Assalamualaikum.

4 comments

  1. aku suka shawl kau... referring to the one u are wearing... right now... in class... monday 19th august 2013

    ReplyDelete
  2. zaty kita raya dekat pahang gak, rugi tak jumpa :/

    ReplyDelete
  3. ala ala lailaaaaaaaaaaa huuuu u.u

    ReplyDelete