Nurizzati Norjunaidi.

14.7.13



Kitorang dah kawan lama dah. Tambah tolak darab bahagi 11 tahun lebih. Sejak hari pertama masuk sekolah rendah, sejak tak tahu pun formula Avogadro constant tu apa kemende. Dari darjah satu sampai Insya-Allah akan ke Australia nanti.  Cuma 3 tahun je kitorang terpisah: masa lower form. Aku relax duduk sekolah kampung, dia masuk sekolah asrama.

Aku sayang dia. Lillahi taala. Sebab dia ada. Dia ada bila orang lain dah tak ada. Dan nama kitorang sama. Mihihi :3 Jadi sebab tu kitorang rapat. Duduk sama dalam kelas. Compete nombor satu tiap-tiap kali exam. And to me, it’s amazing to have her.

But not to her. Malam tu dia confess. Apa yang aku tak pernah tahu. Dan aku tak pernah sangka. 

“Musfirah, awak tahu tak, pointer sem yang baru ni, saya bagitahu ibu saya tapi saya tak bagitahu pointer awak. Saya tak nak kena banding lagi.”

“Kenapa awak dekat INTEC, Musfirah? Kenapa awak dekat tempat saya?”

“Selalu sangat ibu tanya, “Musfirah macam mana?””

Sungguh, sedikit, sedikit pun aku tak sangka selama 11 tahun entah berapa bulan ni sampai sudah dia kena banding dengan aku. Allahu rabbi! Aku punya la suka dapat semua benda sama dengan dia, rupanya dia half-half je rasa semua tu. Aku tak tahu nak rasa bersalah ke sedih ke, aku tak tahu. 

Tapi aku percaya Allah tu Maha Adil. Maybe rezeki tu Dia delaykan. Atau Dia bagi dalam bentuk yang lain. Kita takkan pernah tahu. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Allahu ‘Alim!

Sahabat, rezeki bukan dalam bentuk material je. Mungkin Allah bagi awak ketenangan. Allah bagi valuable lessons yang way more important daripada academic. Itu pun mungkin. Next time you get compared again, cakap macam ni dekat ibu, “Ibu sebenarnya bangga tak ada anak macam Nurizzati ni?”

 TGB

 INTEC

2 comments