Jom, sama-sama!

19.7.13



(Title macam dah ngajak ke bazar Ramadhan beli ayam percik =.=)

Assalamualaikum.

Sungguh, segala syukur kita panjatkan kepada Allahu Rabbuna, yang mengizinkan saya dan anda untuk terus hidup merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Mari ucapkan syukur, Alhamdulillah :)

Ramadhan tahun ni berbeza. Sungguh tak tipu. Berkat Tuhan, hati saya tergerak untuk berubah. Saya tak pernah rasa kekuatan sebegini. Sungguh. Ajaib bukan Ramadhan yang Dia ciptakan? Subhanallah! Selama ni, selama sebelas bulan yang lain, bila rasa nak buat baik je, mesti sebelah hati kata, “Takyah la. Nanti kalau buat sekali, bukannya kau boleh istiqamah pun. Entah-entah esok kau buat jahat balik.” Camtu sekali ha.

Saya tahu istiqamah tu berat. Sebab tu saya terus tergelincir dan tergelincir. Lama-lama saya dah takde tempat berpegang. Sebab saya lupa siapa yang sebenarnya menciptakan hati ni. Huu teruk bukan? T.T Lalu di kesempatan Ramadhan yang menjengah setahun sekali ini, saya jadikan platform to be a better person. Harapannya roh Ramadhan akan terus mengiringi sepanjang tahun.

Jadi saya menyeru ceh ceh kepada diri saya sendiri terutamanya yang sedang menulis dan anda yang mungkin ada atau tidak (Huu blog takde readers u_u) untuk mencuba. Berubah tu jangan drastik, dan jangan jadi macam getah lastik. Boleh stretch sejauh mungkin tapi bila dah cecah tahap maksimum akhirnya kembali semula kepada keadaan asal. Wah guna Physics kau nak describe padahal SPM dapat B+.

Kita cuba sama-sama bulan Ramadhan ni. Cuba ramai-ramai la baru best. Dapat la rasa ikhwanul musliminnya tu mihihi. Jadi tak la saya keseorangan. Kita cuba sikit-sikit untuk buat ibadah yang kita paling berat nak buat sebelum ni. Mana tahu 30 hari dalam bulan penuh barakah ni dapat membantu untuk istiqamah selepas Ramadhan, biiznillah :)

Saya tak reti nak guna term Arabic macam kakak-kakak naqibah kat luar sana. Sebab saya kurang ilmu. Saya dah banyak lupa ilmu agama, astaghfirullah. Sebab hati pernah lagha dengan maksiat, dengan dosa. Tapi kita boleh cuba kan? Jom!

May Allah ease our burden and bless us all :)

0 comments