Contests dan kebarangkalian untuk menang

Nama saya... (Giveaway)

30.7.13

Mini Johari Zainol. Patut pun, memang anak dia. One of the Fantastic Four. My favourite :)

And still unnamed. Flood the comment box with your suggestions. Dan perlulah mengikut terma dan syarat di bawah:

1. Nama harus catchy berunsurkan Melayu eg Johari Zainol & Puteh.
2. Ada maksud in Arabic, but any nama Nabi is a no. Ada ke Haziq nak namakan Syuib? == Tu nama nabi kot. Tak nak la rendahkan martabat pesuruh Allah. K? Senyum.
3. 2 words for male eg Johari Zainol and 1 word for female eg Puteh. Nama yang female tu harus stail klasik Melayu.
4. Dan sepanjang-panjang nama beliau pun, perlulah senang untuk kami panggil. Cuz we call Johari Zainol as Joe :)

2 nama terpilih (1 jantan 1 betina) atas permuafakatan kami adik-beradik akan saya hadiahkan sesuatu. Hadiah misteri yang saya mampu beri. Almaklum lah, duit MARA nak gak guna untuk kesenangan hidup di hari tua. Dan ini bukan contest. Lebih kepada giveaway, yang santai. Kalau rasa takde apa nak buat tu, meh la join. Gimme your blog url or email or FB username in the comment box. Dah tu je. Deadline Selasa depan. Bye. Assalamualaikum.

Wordless Wednesday #23

24.7.13
The wannabe gangstas.

p/s: Takdak la gangsta sangat. Muka aku macam depressed pun ada gak =.= Esok introductory speech! Doakan!

Plain random

Tetibeee

20.7.13
Saya sangat sentitif. Cukup mudah terasa hati. Even if you uttered a single word yang saya rasa annoying pun, hati rasa seperti tersiat. Saya tak cukup kuat macam orang lain yang tak kisah pasal apa yang orang cakap pasal diorang. Saya sangat kisah dan ambil peduli tentang apa yang orang katakan pasal saya.

I'm very passionate in everything that I do. Nothing in the world can stop me if I've started doing things that I love. NOTHING, seriously. Except, someone tetibe datang to me, and said things that irritates me. Terus jadi down, serta-merta. The next thing you figure out; I'm not there anymore, I've stopped.

As I've insisted before, this is the new me. The one who isn't emotional anymore. Hidup harus positif, katanyaaa. Ya, saya dah berubah. But, I'm sorry. That kind of thinking is only for love thing. Pasal benda lain, I'm still me. Saya dah penat dengar orang cakap saya dah berubah gedik, sombong, angkuh so I'm back to the old friendly me.

Saya sedar saya berubah jadi girly ni since I'm with Encik Awak. Ya, thanks sebab dah ubah saya jadi perempuan. Saya sangat suka menjadi perempuan, I mean perempuan yang memang perempuan, bukannya perempuan tomboy, get it? But I guess, being a tomboyish girl is so much fun, even kena cop as lesbian ==

Semua kawan, I mean SEMUA cakap I gila berubah. Dari kasar, bukan menjadi lembut malahan gedik terus. Dari nice towards everyone, berubah jadi a mean girl yang sanggup ketawakan other people that is in trouble. TOTAL CHANGE since 2009.

--------

Huaaaaaa post ni masa 2010 kau tahu tak? Terperuk dalam draft je. Aku tak tahu kenapa tetibe aku nak post. Kbye.
Gua pun ada perasaan jugak

Jom, sama-sama!

19.7.13


(Title macam dah ngajak ke bazar Ramadhan beli ayam percik =.=)

Assalamualaikum.

Sungguh, segala syukur kita panjatkan kepada Allahu Rabbuna, yang mengizinkan saya dan anda untuk terus hidup merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Mari ucapkan syukur, Alhamdulillah :)

Ramadhan tahun ni berbeza. Sungguh tak tipu. Berkat Tuhan, hati saya tergerak untuk berubah. Saya tak pernah rasa kekuatan sebegini. Sungguh. Ajaib bukan Ramadhan yang Dia ciptakan? Subhanallah! Selama ni, selama sebelas bulan yang lain, bila rasa nak buat baik je, mesti sebelah hati kata, “Takyah la. Nanti kalau buat sekali, bukannya kau boleh istiqamah pun. Entah-entah esok kau buat jahat balik.” Camtu sekali ha.

Saya tahu istiqamah tu berat. Sebab tu saya terus tergelincir dan tergelincir. Lama-lama saya dah takde tempat berpegang. Sebab saya lupa siapa yang sebenarnya menciptakan hati ni. Huu teruk bukan? T.T Lalu di kesempatan Ramadhan yang menjengah setahun sekali ini, saya jadikan platform to be a better person. Harapannya roh Ramadhan akan terus mengiringi sepanjang tahun.

Jadi saya menyeru ceh ceh kepada diri saya sendiri terutamanya yang sedang menulis dan anda yang mungkin ada atau tidak (Huu blog takde readers u_u) untuk mencuba. Berubah tu jangan drastik, dan jangan jadi macam getah lastik. Boleh stretch sejauh mungkin tapi bila dah cecah tahap maksimum akhirnya kembali semula kepada keadaan asal. Wah guna Physics kau nak describe padahal SPM dapat B+.

Kita cuba sama-sama bulan Ramadhan ni. Cuba ramai-ramai la baru best. Dapat la rasa ikhwanul musliminnya tu mihihi. Jadi tak la saya keseorangan. Kita cuba sikit-sikit untuk buat ibadah yang kita paling berat nak buat sebelum ni. Mana tahu 30 hari dalam bulan penuh barakah ni dapat membantu untuk istiqamah selepas Ramadhan, biiznillah :)

Saya tak reti nak guna term Arabic macam kakak-kakak naqibah kat luar sana. Sebab saya kurang ilmu. Saya dah banyak lupa ilmu agama, astaghfirullah. Sebab hati pernah lagha dengan maksiat, dengan dosa. Tapi kita boleh cuba kan? Jom!

May Allah ease our burden and bless us all :)

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #22

17.7.13
Letak jasad tetap sama di Shah Alam tapi hati jauh melayang pulang ke Batu Pahat. May Allah ease.
Gua pun ada perasaan jugak

Nurizzati Norjunaidi.

14.7.13


Kitorang dah kawan lama dah. Tambah tolak darab bahagi 11 tahun lebih. Sejak hari pertama masuk sekolah rendah, sejak tak tahu pun formula Avogadro constant tu apa kemende. Dari darjah satu sampai Insya-Allah akan ke Australia nanti.  Cuma 3 tahun je kitorang terpisah: masa lower form. Aku relax duduk sekolah kampung, dia masuk sekolah asrama.

Aku sayang dia. Lillahi taala. Sebab dia ada. Dia ada bila orang lain dah tak ada. Dan nama kitorang sama. Mihihi :3 Jadi sebab tu kitorang rapat. Duduk sama dalam kelas. Compete nombor satu tiap-tiap kali exam. And to me, it’s amazing to have her.

But not to her. Malam tu dia confess. Apa yang aku tak pernah tahu. Dan aku tak pernah sangka. 

“Musfirah, awak tahu tak, pointer sem yang baru ni, saya bagitahu ibu saya tapi saya tak bagitahu pointer awak. Saya tak nak kena banding lagi.”

“Kenapa awak dekat INTEC, Musfirah? Kenapa awak dekat tempat saya?”

“Selalu sangat ibu tanya, “Musfirah macam mana?””

Sungguh, sedikit, sedikit pun aku tak sangka selama 11 tahun entah berapa bulan ni sampai sudah dia kena banding dengan aku. Allahu rabbi! Aku punya la suka dapat semua benda sama dengan dia, rupanya dia half-half je rasa semua tu. Aku tak tahu nak rasa bersalah ke sedih ke, aku tak tahu. 

Tapi aku percaya Allah tu Maha Adil. Maybe rezeki tu Dia delaykan. Atau Dia bagi dalam bentuk yang lain. Kita takkan pernah tahu. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Allahu ‘Alim!

Sahabat, rezeki bukan dalam bentuk material je. Mungkin Allah bagi awak ketenangan. Allah bagi valuable lessons yang way more important daripada academic. Itu pun mungkin. Next time you get compared again, cakap macam ni dekat ibu, “Ibu sebenarnya bangga tak ada anak macam Nurizzati ni?”

 TGB

 INTEC
Semua orang sambut Hari Tua

Me love you, Miiiiiiiiiii!

1.7.13


Cak! Assalamualaikum. Hihikk. Saya sebenarnya malas sungguh nak hapdet apa kat belog ini tapi saya gagahkan jua muahaha gaya macam terlantar atas katil sahaja baru lepas operate eh macam pernah lalui pula.

Hari ini birthday abang saya! Saya ada abang ke? Takdak aih. Saya anak sulong. But this best friend of mine act like an abang to me. Kalau ada mamat mana-mana ntah masuk line, harus dikhabarin sama dia dulu sih. Tunggu dia approve baru boleh on. Dan dia memang sangat protective. Sangat-sangat. Macam mana la tak sayang.

Antara salah satu manusia yang ter-affect dengan perpindahan saya ke Sains Johor kemudian ke TGB adalah this very person. Kitorang duduk satu kelas dari Darjah 1 sampai Form 4. Almost 10 years dia ada untuk saya yang kecil molek ini.

I moved to a new housing area when I was 10. And guess what? He moved to the same place too! Kitorang jiran masa kecik dulu-dulu. Selalu main petang-petang dengan budak ni. Masa tu satu kawasan perumahan main mak-mak. Jadi yang paling senior jadi la mak la ayah la. Dan kitorang jadi kembar. Sebab kitorang berdua je yang sebaya dan kitorang lahir pada bulan yang sama. And yes, we are like glued mihihi.

Dia baru masuk matrik hari tu. Dalam kelas English, turn dia kena public speaking. And the question were who is your best friend that you really miss at the time being. And he told the class it was me. Comel bukan? Mana la saya tak terharu huuuuuu.


Happy 18th birthday, Muhamad Zul Helmi. Me love you thissssssssssss big! Jangan nakal-nakal, Mi. Kalau tak I report mak you muahaha.

p/s: Mama cerita sebelum saya lahir dulu, Mama dan Abah expect yang lahir lelaki. Lalu nama yang telah dipilih untuk saya adalah nama yang dimiliki oleh mamat gedik atas ni. Haha.