Survival Guide : INTEC

26.6.13



Ni rasa macam terlambat dah sebab budak baru register Ahad ni tapi kegigihanku untuk meng-update blog memberiku semangat yang tinggi lalu me-respond kepada diri sendiri “Ada aku kisah?!” Ha gitu kau tetibe. Aku pun tak paham apa benda aku dok tulis ni.

So budak baru nak masuk INTEC dah Ahad ni, yey! Nope, INTEC tak gila sangat macam TGB. Jadi, kali ini saya berceloteh mengenai Kolej Cemara dulu ye? Peace!

Okay so ada3 kolej kediaman untuk pelajar INTEC. Private students boleh pilih nak duduk asrama ke tak kau kan kaya kan. The three colleges are Cemara, Akasia and Cendana. The first two tu yang paling dekat dengan kampus, Seksyen 18. Kampus kat Seksyen 17. Cendana pulak dekat Seksyen 6 kalau tak silap. So a bit jauh la. Transportation ke kampus disediakan dan ya, ia adalah sebuah bas. Okay bukan sebuah tapi berbuah-buah. Biasanya pagi tu bas dah mula ada dari before pukul 7 lagi. From Cemara to kampus, it takes dalam 5 minit macam tu. Siapa yang duduk Cendana boleh la enjoy the beautiful morning scenery yo :P

Personally, I think that the location of Cemara and Akasia (they are opposite to each other) is very strategic. Hampir semua kemudahan ada kat situ. You wanna talk household? Jalan kaki sikit je jumpa dah Mydin. Jalan depan lagi ada Giant. And of course saya prefer Mydin sebab mostly kat situ barang way cheaper than Giant’s. Oh dan ada juga Watson’s dan 7E. Yay Slurpee!

Kedai makan? Huii sampai sekarang tak habis travel lagi. Cause I’m like kalau dah suka satu kedai tu situ je la aku pergi. Ada banyak sangat kedai makan. Mamak je ada 3 dah. Kedai makan Melayu ada la 4, 5. Tu tak masuk lagi food court kat Ole-Ole Mall. Ada satu tu bagi discount kat student INTEC hihikk. Ada Cool Blog juga weeee. Dan setiap hari Isnin petang, ada pasar malam yang super dekat. Oh dan saya suka pergi Keningau sebab harga dia reasonable dan portion dia banyak tahap melimpah. Tidak dilupakan, McD dan KFC pun ada. Ayamas pun.

Dah makan apa semua pasti mahu beriadah bukan? Kat Cemara ada gym dan kat Akasia ada court badminton. Ada jadual ya jadi takyah susah hati boleh ke lelaki masuk kolej perempuan. Kat sebelah kolej pulak ad ataman. Oh dan gym tu dalam Dewan Berlian. Dewan Berlian tu macam tempat mostly orang study and buat discussion. Sebab situ selesa, ada air-cond, sofa. Ada lagi 4 dewan. Dewan 3S yang gabungkan Satin, Sutera dan Songket. Situ biasanya kalau ada indoor event yang besar. Dewan Delima tu pulak macam lecture hall saiz dia.

And yes we do take care of our spiritual yo. Cemara ada surau, Akasia pun ada surau. Masing-masing aktif, I believe with the help of ustaz ustazah yang duduk dalam kolej dan kewujudan Professional Students’ Society yang berfungsi lebih kurang macam BADAR. And ada 2 masjid yang dekat dengan kolej. Masjid Al-Hidayah yang boleh nampak tiap-tiap pergi kampus. Dan Masjid Unta which gains its nickname sebab selalu korbankan unta pada Aidiladha.

Nak basuh baju? Both colleges ada self-service washing machines. Dan orang-orang malas tapi bajet berduit macam saya pergi hantar dobi. Ada 2 kedai dobi; Kemuning and Aqua Nano,  yang positionnya pun dekat-dekat. Saya selalu hantar kat Kemuning sebab biasanya diorang ambil masa satu hari je nak siapkan order. Tapi dua-dua pun charge harga sama untuk students. RM 1.80 for each kilo. Siap lipat dan berbau wangi *take deep breath*

Dan yang terakhirnya, entertainment. Paling dekat dan instant ialah Ole-Ole Mall yang ada arcade, karaoke dan bowling. Kalau rasa nak tengok wayang or anything else yang takde dekat Ole-Ole tu, pandai-pandai lah ye pergi Subang Parade ke, Sunway ke. How to get there? Taxi selalu je lalu situ. Kalau nak save bajet sikit, naik la bas pergi KTM. Bas T529 ye adik-adik. Stesen KTM pun dekat je. Pergi lah kau tempat yang kau tuju. Kalau ada kereta sendiri, stesen minyak ada 3 kat situ. Untunglaaaaaaaaaaa ada kereta. Hmm.

Dah kot. Macam banyak je kali ni membebel. Dah la takde gambar. Assalamualaikum.

5 comments

  1. Keningau memang lah best kalau nak jimat duit. Tapi kalau nak diet, memang harapan~ harapan menjadi layu~ inginku bahgia, bersama~

    ReplyDelete
  2. hahahaha yeah thats totally true.

    ReplyDelete
  3. I got something to ask regarding kolej cemara. May I have your email address or phone number if you don't mind :)

    ReplyDelete
  4. hey there anon! i ada letak my email kat sidebar blog ni! but here are my email addresses anyway:

    zatyzatyzaty[at]rocketmail[dot]com
    iamzaty[at]gmail[dot]com

    ReplyDelete