Cuti 5 Hari.

8.5.13

Assalamualaikum.

Jadi bermulalah semester Summer yang baru pada Khamis lepas, 2 Mei selepas cuti yang senang-lenang sejak 22 April. Oleh kerana 1 Mei adalah cuti umum, saya dengan penuh niat jahat dan malasnya mengerah ibu bapa saya untuk menghantar saya ke Shah Alam. Mengenangkan anak mereka yang degil gila bapak ini dan kami juga jarang keluar bersama-sama, mereka pun tunduk setuju setelah gagal menolak idea saya.

Seronok bukan apabila Khamis hari pertama itu cuma ada kelas selama satu jam, dan tiba-tiba pihak pengurusan ADFP INTEC mengumumkan cuti umum sempena PRU13 pada hari Isnin dan Selasa. Dan dengan bermurah hatinya sepanjang short sem ini tiada kelas pada hari Jumaat.

Weh apakah?! Ha, ni yang nak guna bahasa standard anak-anak muda ni. Bapak a, baik takyah suruh students balik doe. Serius kesian gila yang datang dari jauh. Kalau duduk Perlis, berapa lama spend dalam bas? Tiba-tiba ada lagi cuti 5 hari? What the...

Plan aku pulak sepanjang short sem ni nak cari part time job. Sebab duit MARA masuk lepas graduate kot *sarcasm*. Lepas habis kelas, pergi lah cari kerja dengan penuh bersemangat. Alhamdulillah, dapat. Tapi aku nak jugak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Tanya parents, diorang cakap kalau housemates yg lain balik, balik lah. Takkan lah nak duduk rumah sorang-sorang. Mama cakap kalau tetibe malam tu tidur terlupa nak kunci pintu, tak ke bahaya? Saya kan perempuan, yang nyanyuk hew hew. Dan tiba-tiba semua housematesku pulang kesemuanya. Nak tak nak, aku pulang jua.

Tapi on another side, aku kesian kat parents. Kalaulah Rabu tu aku tak berkeras untuk diorang hantar aku balik Shah Alam, takde la diorang bazirkan banyak duit. Padahal duit tu boleh je guna untuk benda lain. Beli buku adik-adik ke, elaun bulanan aku duduk INTEC ni ke. Dah tak memasal habis kat tol dan duit minyak. Lepas tu another RM50 untuk tiket pergi balik Shah Alam-BP. You, hard-headed Zaty, haish =="



Jadi, itulah pengajarannya, ya sahabat sekalian. Cubalah bertimbang rasa sikit. Mak bapak kau cari duit bukan semata-mata untuk kesenangan kau. Alahai, Zaty. Lagi sebulan 18 tahun dah. Fikir guna akal, bukan guna hati je.

Tunggu Part 2.

0 comments