Cuti 5 Hari - Part 3

14.5.13



Assalamualaikum.

K, tetibe ada pulak sedikit, sedikit je *tunjuk jari betul-betul sikit punya* masa senggang untuk menulis. Ceh padahal esok test ngohoho *gelak begitu dengan muka paling tak semenggah*

Ya, ini part 3.

Idk why, tapi aku memang akan buat perangai tiap kali nak balik hostel. Masa kat TGB lagi lah. Aku mesti kena marah sebelum gerak. Lambat packing la, tak packing langsung la, bangun tengah hari la, ada baju tak basuh lagi la, ada baju tak kering lagi la, gigi pecah tetibe kena pergi dentist hari tu jugak la, memang macam-macam perangai la. Dan untuk pulang kembali ke Shah Alam selepas cuti 5 hari itu, aku buat perangai lagi. Undoubtedly.

Setibanya di Batu Pahat Jumaat tu, aku tak dapat nak beli ticket sebab booth Transnasional tutup. K, bukan tutup tapi pekerja dia pergi solat Maghrib. First time sampai dah terlajak Maghrib sebab jam teruk sangat. Pilihan raya ~ Jadi, aku mintak tolong Tiera untuk belikan ticket sebab dia nak turun bandar esok tu. Kira dah settle la ticket tu tapi…

Pagi Sabtu waktu Mama kejut nak Subuh tu, I figured out I’m having my period. Jadi, aku lajakkan tidur. Rupanya Tiera datang rumah nak mintak duit. Tapi aku tak bangun lagi masa tu. Aku bangun pukul 12. DUA BELAS TENGAH HARI! Then aku text dia details tiket bas aku. Dan aku sambung tidur balik. Memang aku bangun semata-mata nak text dia je ==

So lepas tu aku bangun pukul 6. Memang super best la kan sebab macam beruang baru bangun after hibernasi yang sungguh lama. Tetibe tengok phone ada text dari Tiera pukul 4. 2 jam lepas, huaaaaaaa. Dan dia cakap tiket bas pukul 8.30 pagi dah habis. Kalau la aku tak tidur waktu tu, boleh la aku tanya tiket waktu lain ada ke tak. Tapi aku tidur. OH ZATY Y U NO USE YOUR BRAIN?!

Maka, aku buat kerja gila beli tiket hari Isnin sehari sebelum balik. Kebarangkalian untuk tak dapat tiket memang tinggi la. Mesti la semua warga kota berpusu-pusu nak balik kan. Tapi aku tabahkan diri mengheret NUR NABIHAH BINTI AB. HAMID untuk menemani beta yang suka mencari pasal ini untuk membeli tiket di bandar.

And it turned out that Isnin tu, takde bas! Sesuka hati sesedap coklat semasam oren je pakcik bas tu tak nak kerja ye? Hoi, menapak kitorang tunggu tepi jalan besar yang penuh lori treler besar gedabak lalu lalang. Kitorang bukan je makan asap, makan habuk, dedak, dedaunan kering segala benda la yang ada kat tepi jalan besar tu. Setengah jam woi, setengah jam menunggu baru dapat bas Yong Peng-BP.

Sampai kat bus stand, tahniah sungguh lah diucapkan kepada diri ini kerana semua tiket pada hari Selasa dari BP ke Shah Alam telah pun habis dijual melainkan trip tengah malam. Memang aku ni ada guardian angel kat sebelah tolong protect ke mana-mana aku menapak la kan. K, wait. I do have Allah. Tapi saya perempuan yang tak berapa nak perempuan sangat la, jadi masih penting untuk memastikan keselamatan diri terjamin. Dengan hati yang sungguh berat lagi terpaksa dan dipaksa, aku beli tiket BP-TBS.

The lesson I learnt kat sini memang teramatlah banyak. Lagi-lagi bila waktu takde bas nak beli tiket. Memang sabar kena double triple gila la. Dan sabar sekali lagi apabila tiada tiket bas. Dan betapa pentingnya untuk bersyukur dan ingat Tuhan di setiap kesenangan dan kesusahan. Dan adanya sahabat sejati yang menyokong walau dalam apa jua situasi. Biha sangat bersabar waktu tu. Layan je aku padahal waktu tu aku tengah moody disebabkan period, mengantuk sebab kena bangun pagi-pagi di waktu cuti. Dan Biha belanja lunch. Tu memang lagi tambah rasa bersalah yang dah sedia ada menggunung dalam hati la kan. Padahal aku tak beli lagi hadiah birthday dia. Weh tetibe nak menangis T_T

Dan juga, sediakan payung sebelum hujan. Means that kena la bersedia untuk sebarang kemungkinan. Macam tetibe takde tiket bas tu. Should be aku ada la backup plan. Which aku takde ngohoho. And stop being a diva. Kau takyah bajet la kan kau buat perangai ada orang nak layan kau. Kau ingat kau anak raja? Debik diri sendiri di bambam, debush!

Nak tahu apa jadi sepanjang perjalanan BP-TBS? Part 4 yo!

0 comments