Cuti 5 Hari - Part 2.

10.5.13



Assalamualaikum.

Ya, ini Part 2.

Setelah membeli tiket di pagi Jumaat yang hening itu bersama-sama Amira yang pi balik Aloq Setaq, Farahin yang balik Pasir Gudang Johor yo dan Hani orang Baling, pulanglah aku ke Kolej Cemara. Siap packing semua, keluar dgn Tuti and Zati, nak uruskan pasal kerja kat klinik tu. Tapi sayangnya, diorang nak sorang je. Selamat tinggal, alam kerja. Ceh.

Siap solat di Pusat Islam INTEC, aku jalan sorang-sorang pergi bus stand. Aku si loner, hoho. Alahai pathetic gila hidup semua benda nak sorang-sorang. Belajar berdikari yo hidup ni. Bas lambat gila sampai dan lambat jugak sampai Batu Pahat. Gara-gara pilihan raya penentu masa depan negara, katanyaaaaaaa.

Tapi yang sweetnya bila aku balik tu, Ani and Haziq cakap…

“Akak, kau takde lain la. Memang la sebelum ni kau duduk asrama, tapi yang ni lain sangat. Semalam (Khamis la kan sebab aku balik BP Jumaat. Sigh, padahal baru sampai Shah Alam Rabu tu. INTEC, INTEC *geleng kepala*) bila aku balik sekolah, aku ingatkan kau ada kat rumah terbongkang tidur mcm biasa sebab bila aku panggil nama kau, kau tak menyahut. Rupanya kau dah balik Shah Alam.”

“Akak, semalam lepas balik hoki, aku ingatkan nak belanja kau burger mcm hari tu. Tapi kau dah balik.”

Bila aku cerita benda ni kat Anis, my roommate, Anis tanya, apa benda aku buat masa cuti semester tu dengan adik-adik aku sampai diorang boleh rasa lain bila aku takde? Ofc la, on the spot aku tak boleh nak jawab. Otakku lembab, sigh. Tapi bila ingat-ingat balik, remove skru yang dah loose dari kepala otak, boh minyak grease sikit, baru aku sedar memang aku treat diorang berbeza. Aku buat apa aku janji. Aku tak gaduh dengan diorang pun. Diorang bercakap aku dengar. Aku teman diorang pergi mana-mana je. Aku belikan apa yang diorang nak. Aku bagi opinion bila diorang perlu. Aku tak tinggi suara. Aku layan mengada-ngada diorang mcm mana diorang layan garang aku.

No wonder bila aku balik Shah Alam, aku rasa lain. Aku macam… rindu seseorang. Dan seseorang itu adalah family. Yang aku tak pernah pandai nak rindu sepanjang aku berada di TGB. It’s not that aku mmg heartless ke apa, tapi sebelum ni kan aku rapat dgn Nyai. Sungguh la Hlovate kata, sometimes family memang mcm strangers. Tapi insya-Allah, mulai saat ini, tak lagi.

Tunggu Part 3.

p/s: Sedang bersiap ke SOGO. Sale up to 70% off yo!

3 comments

  1. awak tak makan, awak kunyah je :P

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete