Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #30

18.12.13
Gua pun ada perasaan jugak

Sebenarnya...

16.12.13
Sebenarnya aku frust gila dgn diri sendiri sepanjang cuti ni. Nak kerja tak dapat kerja. Konon nak studi tapi baru habis cover satu chapter je apa cite. Pastu konon nak jual preloved items kat blog ni tapi kalau sekali update cuma ada 3-6 readers nak jual mende. Masak pun terkial-kial lagi alahai. Hantar manuskrip kena reject mmg kau tak reti menulis lah Zaty. Haih cuti ni langsung tak produktif. Kalau lah tahu tak dapat kerja akan kuambil lesen kereta. Tetapi apalah dayaku. Ahhhhhh bencilah!
Pictures and videos

Thursday Throwback #1 : Kenapa Saya Suka TGB Semester 1

12.12.13
Kenapa ada semester-semester pulak ni? Sebab sepanjang duduk TGB tu takdenya 24/7 happy je. Hell pun ada gak. Tapi takpe this time kita cerita yang seronok-seronok je, k? Senyum.

FYI, sebelum TGB, Sains Johor adalah sekolah terchentaaa selepas keluar dari SMKSM. Dan FYI juga, hatiku ini tak pernah rela ke situ. The very reason nak pindah adalah sebab masa tu ada krisis dengan Fizi. Pastu kat SMSJ kena belajar Bio huaaa tak rela. Jadi the very first sebab kenapa saya suka TGB adalah sebab dapat belajar Account. Solid bukan sebab tersebut?

Dan sebab lain adalah makanan yang best! Saya tak makan pedas tapi SMSJ selalu serve makanan pedas so makanan kat DS TGB adalah yang paling heaven la selepas Mama. For sure, Mom's is undefeated. Sebab makanan itu juga la berat naik dari 40 ke 47. Berat terkini adalah 45. Ha mmg susah nak turun since form four. 

Dan yang seterusnya adalah bilik yang supercalifragisticexpialoducious! Rumet yang tersangat baik hati dan seriously kitorg rapat gila dulu.  Aaaaa rindunya kat Diana Laila Syikin. Ingat lagi Diana greet on the first day cane, "Kita rumet tau." Haha. Dan sebab cadar katil yang standard semua mesti warna biru. Yes, my fav :)


 Lepas tu sebab aktiviti kot. Dolu-dolu mana ada Minggu Aktiviti, MRSM je ada huii. Dan banyak lagi aktiviti, lagi-lagi dgn homeroom la paling best. Dan sistem belajar dia yg lain k ada prep aku suka prep so what? Best apa walaupun aku jarang belajar time prep keh keh keh. Oh dan grading system yang pakai pointer tu pun best jugak.

And awesome people! Idk why tapi masa awal-awal tu takde rasa insecure. Salah satu sebab mungkin kerana ada Izzati Junaidi kot. The feeling of togetherness tu cehh. Dan kerana ada homeroom yang bertindak seperti keluarga sendiri oh we love you, Miss Ida :* The teachers are nice and kind maybe sebab saya ni budak baru belajar mintak galah tolong jolokkan kot. And le classmates hee.

K till the next part bye assalamualaikum.
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #29

11.12.13
6 Seri, 2007.

Berangan itu perlu

Ambisi.

9.12.13
Apa tu? Adakah misiku Kuza di KPJ Specialist? Atau pun brand kasut sukan selain Ambrose? Ataupun sejenis buahan liar yang hanya dijumpai di pedalaman hutan Amazon? Tak la. Tu saja je direct translation cita-cita keh keh keh.

Tak. Cita-citaku bukan menjadi orang kaya, hoy! Okay, mmg la semorang nak jadi kaya kan? Tapi mari menjadi realistik. You need a profession, a career to help you untuk menjadi kaya. Kaya yang diredhai Allah hendaknya :)

1. Policewoman
Kfine. Mcm hape je kan. Tapi tu la cita-cita pertama ya dalam hidupku ini. Pengaruh Inspektor Mazlan dan Inspektor Aliza dalam Gerak Khas. Masa tu aku 5 tahun. Pegi mana-mana je kalau orang tanya dah besar nak jadi apa, dgn bangganya aku jawab, "Polis." Paling tersentap yang hampir menggoyahkan pendirianku adalah bila ada sorang pakcik tu cakap, "Buat apa nak jadi polis? Nanti kerjanya saman mak bapak sendiri." Hmm it's weird that I can still recall that.

2. Cikgu
Cita-cita ini datang setelah masuk sekolah. Aku sorang je yang ada cita-cita pelik nak jadi polis tu. Pastu semorang lain cita-cita nak gempak. Doktor la, saintis la. Aku nak jadi polis yang hanya membantu keamanan negara? Waktu sekolah rendah ni la terpengaruh dgn org lain yg cita-cita lebih akademik. Dan cikgu la yang paling senang terlintas kat kepala ni.

3. Pensyarah
Darjah 4. Dah reti akademik bagai tu upgrade la sikit nak jadi lecturer. Padahal masa tu tak tahu pun kalau nak jadi pensyarah mesti ada specification subjek or bidang. Mende je aku ni. 

4. Psychologist
Aku suka baca surat khabar so mesti la ada ruangan yg saiko-saiko tu kan. So aku rasa mcm menarik je kaji pasal orang ni. Boleh tahu kenapa dia behave in that way. Tapi aku takde la declare kat orang nak jadi psychologist tu. 2007 masa tu Malaysia mana ada membangunkan subjek Humanity so diam-diam sudah. Ingat lagi dok gunting-gunting artikel simpan tampal dalam diari bak hang. Semua mesti tajuk mcm Rahsia Diri Anda Mengikut Warna lulz.

5. Akauntan
Oleh kerana masa lower form amek KH Perdagangan, masuk la kelas Akaun. Mak Lang, Pak Lang, Abang To'eh akauntan. Pak Lang la paling gempak, PTD kot. Kerja gempak, gaji masyuk sape tak nak? Ha masa tu materialistik sungguh tu yg cita-cita begitu.

Dan sekarang? Masih berpegang untuk menjadi psychologist 😊 Walaupun ada cita-cita akauntan tu, tapi mmg senyap-senyap teringin hee. Lalu apabila MARA offer psychology course untuk fast track, grab je la. Dan insya-Allah dipermudahlan jalan ini, amin.

Ha budak ni kena sunat hari ni haha. Dan saya dah ada Insta ihikk. Follow la @zatyzatyzaty
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #28

4.12.13
Broga, 01.11.13
Cantik kan, no edit whatsoever. Subhanallah!

Family which is sooo familiar -_-'

Siblings Fun Day!

3.12.13


 Assalamualaikum.

Imma keep my promise. So this is me updating my blog with a new entry yey! Siapa sayangi diriku? Garnier *tetibe*

So, today, it was fun! Walaupun hujan tak berhenti dari pukul 3 pagi cemtu sampai ke petang, tapi kitorang tiga beradik tak duduk senang-lenang je kat rumah. We cooked! Spaghetti ala carbonara resepi Anis Mastura, ex-roomieku yang terchentaaa hihi. Sedap dap dap cuma lembik sikit sebab terlebh telur keh keh. Ha, mana boleh cakap sedap je tapi takde resepi kan. Nah resepi! Sekali lagi, siapa sayangi diriku? (Wajib jawab)

Bahan-bahan:

Spaghetti la kan lulz
Ayam, or boleh je nak guna daging lembu kambing rusa arnab landak sukati mak ko
Sayur (we used brokoli, lada benggala, daun parsley tapi sebab malas terus beli herb dia yang dah packaged dalam botol tu dan cili merah)
Telur (ikut serving, kalau sorang makan sebiji la telur)
Sliced cheddar cheese
Lada hitam (tumbuk sendiri kau, gigih kan mak?)
Garam secukup rasa
Kawan karib kepada masakan, bawang putih!


Cara-cara:

Part A
1. Sediakan bahan-bahan tu semua. Rebus spageti, rebus sayur, rebus ayam. Kitorang ni kemut, so lepas rebus spageti, air yang sama rebus sayur pastu rebus ayam. Dalam air rebusan tu jangan lupa letak minyak dan garam.
2. Pecahkan telur, pastu campur dgn cheese, lada hitam dan garam.

Part B
1. Panaskan kuali pastu curah minyak. Takyah banyak-banyak, let us eat healthily eceh. Pastu masukkan bawang putih.
2. Dah naik bau wangi, masukkan ayam dan sayur. Gaul-gaul bagi dia panas lama-lama sikit.
3. Dah puas hati tu, masukkan la spaghetti anda. Oh ada petua nak tahu spaghetti dah masak ke belum masa rebus. Cuma amek satu strand tu pastu lempar ke dinding. Kalau dah melekat, dah masak la tu :)
4. Gaul-gaul semua tu bagi sebati. Ha, boleh la nak letak parsley herb tu. Kalau korang beli daun parsley tu hiris sendiri, pun time ni kot rasanya lulz tetibe tak tahu mende la Zaty ni.
5. Dah sebati? Bagus! Tutup api. Hepp, jangan panik, sepak kang. Dah matikan api tu, terus masukkan telur yang dah siap campur bahan-bahan tu.
6. Gaul lagi. Ha, masa ni la nak tambah garam ke nak bagi secukup rasa. Kalau kering sangat, letak la air rebusan spaghetti tadi. Siap!


Simple kan uolls? Nur Musfirah Izzati ni tak reti masak, so kena masak dengan adik-adik nak bagi meletop masakan tersebut. Lepas masak, kitorang mandi, pastu solat sama-sama. Then baru makan. Ha, kemanisan dan keenakan ukhuwah gitu bak hang.


Boleh la try sambil-sambil tak buat pape kat rumah tu. Ha, part berapa biji telur tu korang tentukan sendiri. Kalau tak nak lembik sangat, jangan letak banyak sangat. Kang muak dah letak cheese semua tu.

Cheers! Assalamualaikum.
Plain random

Tata, November!

30.11.13


Assalamualaikum.

So after 11, 12 days mcm tu with no post on this blog, I guess I should write something, no? Curse this laziness, haih.

So a quick update of my life: No work. I don’t receive any call dah after that. Hmm. Laikseriyesli, Idk what to do with this remaining holiday. I might spend a week or two at kampung, but it wouldn’t be the same without Nyai. And I’d feel awkward and empty. No less than what I’m currently feeling now. And I have studied like the first chapter of Biology, the subject that I’d take next semester. God knows how I freaking hate that subject.

Ahaa, speaking of college! College is quite fun, Alhamdulillah. You can’t imagine how thankful I am to Allah for the fast track offer. That’d be among the best thing happened in my life. Bayangkan la kan, cuti seminggu je pun dah tak reti nak pegang pen, kalau lepas SPM cuti lebih 2 bulan, what’ll happen to my brain? So a rest for month after SPM is pretty good. Ahamdulillah.

And my class in INTEC is super awesome! My classmates, or Bebijels (read: baby girls), wow super duper awesome! Oh yeah, 20++ girls, drama is everywhere. Ada la gaduh sekali, dua kali, okay banyak kali, but I guess I have learnt pretty good lessons from those fights. Ihikk gangster kau.

3 semesters already! Can you believe it? Next year is ACTP! The first year of degree! Alhamdulillah, CGPA for the year is 3.52, GPA for this fall semester is 3.67. Seriously, I was pretty shocked myself. I don’t expect it’d be that good. Yo la takde la empat rata, tapi aku target mcm below 3.5. This sem aku banyak main-main, serabut pasal lelaki la (yeah, that crush thingy lagi hai perempuan rupanya aku ni) dan banyak lagi distractions. Ni ujian ni. Allah nak uji iman ni. Ya Allah, jangan buat aku lupa Kau.

Sem ni juga, aku belajar erti perpisahan. Ford went overseas, Mr. Afiq quit and established his own tuition center. Erti persahabatan. #anakanaksastro and Bebijels. Sem ni jadi cikgu Account, poyo tak? Ngeh ngeh. Alhamdulillah, dapat share ilmu masa SPM dulu. Apa aku ada, tu yang aku bagi. Tak banyak, sikit pun jadi la. Alhamdulillah, Allah izinkan untuk kongsi dengan orang lain. Senyum.

So that’s pretty much the whole academic year. Eh ke the whole Fall sem? Ontah la. I’ll update this blog more often in December. This November dah wasted dengan memikior pasal kerja je, haish. Puas hati, readers? (Kalau ada, huu.)

Gambar Form Four kau. Nak jugak ada gambar.
 Peace out! Assalamualaikum.

p/s: Haziq got 3A2B for his UPSR. And he’s going for the final tryout untuk masuk Sekolah Sukan Negeri Johor in Hockey. Wish him luck! Please and thanks :)
Obsessions

#anakanaksastro

19.11.13
 Assalamualaikum.


This should have been posted on Friday tapi internet connection macam haram. And so I’m gonna talk about my angels :)

---

Me: Hani, aku nak best friend la.
Hani: Mana ada best friend dalam dunia ni. Blah blah blah and she started giving me a lecture about best friend.

At that moment, I know that I’ve found the best friends I’ve ever met.

---

Idk how the heaven we started this but I believe it started with Twitter. Me, Zati and Aqil were batchmates back there in TGB meanwhile Hani was from MRSM Langkawi. Two of us (me and Zati) are from the South and the rest are Utagha bak hang.

Lemme start with the eldest among us, Zati.

You can read more about her in this entry. She’s my best friend dari darjah satu, darjah satuuu *sing* Our families know each other and I love the fact that she’s always be here for me, for the rest of us whenever we need her. Cerita lagi panjang kang jadi satu lagi entry pasal dia pulak. Acik sayang Izzati Jun poweber :) Let’s move on to Hani.

Hani is two days older than me. Gemini, we are :) Hani adalah makhluk paling aku takleh nak describe. Accent US tak jadi dia, pelat S yang saja buat-buat, our dream of driving either Mini Cooper or VW Beetle in the future padahal kitorang lesen L pun takdak lagi keh keh, the fact that we come from a rural area (she’s from Baling paling ceruk cane ntah dia cerita) dan banyak lagi. Dan dia tersangat sabar. Dan dia sentiasa ada idea spontan yang ntah pape. Thanks, Hani for Bahagiamu Deritaku pfft. And thanks for understanding us :)

Dan yang paling bongsu among us… *drum roll* Aqila Azemi! I like to call her Qilajemi or Aqil. Aqil tu sebab nak save contact dalam phone pastu number dia dah banyak sangat Aqila Celcom la, Aqila Maxis la, Aqila Umobile la tu yang number Digi save nama dia Aqil. Pastu sebab kitorang berempat ni gila filem KIL kikiki. Aqil adalah yang paling random awesome antara kami. Ada je idea inovatif dia. Rasanya nama #anakanaksastro pun datang dari dia. And how can’t I love her? :) Especially that we always have that instinct of wearing the same colour bila nak pergi kelas alahai -.-

Kenapa #anakanaksastro you might ask, aite? Kitorang macam bajet passionate gila la dalam poetry dan filem wajib tonton kalau jiwa pemuisi ni mesti la AADC. You know how marvelous Rangga and Cinta kan? Dan the performance Cinta delivered that night yang dia senandungkan puisi Rangga yang menang first prize? Aqil selalu parody lagu tu dan kitorang akan gelak our heart out macam orang gila pastu rasa “ahh, we are going to treasure this moment walaupun sehari 48 kali Aqil akan ulang benda sama.”

Insya-Allah we are going to fly to Aussie to further our study in 2015. Jangan main-main, kitorang majoring in Psycho haa. Dan kitorang masing-masing tak score A dalam Physics dalam SPM keh keh keh. K, tak relevan, tahu.

We might know each other for a very short period but I enjoyed every second of it. We might forget each other someday but I just want you guys to know that, I love you guys :)

p/s: They call me Acik. Jangan tanya kenapa.

---

While watching Konsert Akhir #AF2013…

Me: Aku je ke rasa Amira ni pakai langsir? *via text la opkos*
Aqil: Dok aih. Pokok pisang botingkek tingkek.
Zati: Tak la. Saya rasa dia macam ratu rumpai laut.
Hani: Aku tak tengok AF. Tengah tengok Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias.

Variasi bukan kami?
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #27

13.11.13
#anakanaksastro

I call ourselves The Sastros. Story bout my angels on Friday.

Gua pun ada perasaan jugak

Mencari Kerja

11.11.13
Assalamualaikum.

Serius, sampai sekarang pun masih tak dapat mood nak berblog tu. Ni pun cuba ya, cuba wahai rakang-rakang. Bismillah...

So, Rabu lepas, I went to find job. Cuti sem dua bulan kot. Lagi lama daripada masa cuti sekolah and after SPM. Ha, teruja sungguh nak mencari kerja. Fefeeling nak independent, nak kumpul duit nak beli aipong segala. Jadi, Rabu lepas keluar dengan Kak Aimi, my senior kat Intec jugak yang kebetulan nak cari kerja bersama-sama.

Sampai sekarang, I receive only one call. Tu pun kerja yang kitorang cuma saja nak isi borang, nak cuba-cuba. Kedai tu kedai computer dan semua orang dalam tu non-Muslims. Sungguh tak berani nak pergi unless Kak Aimi pun nak kerja sekali. Tapi Kak Aimi dapat dah kerja kat Guardian so... Yes, I'm unemployed. And fat.

Tapi lantak la. Not even a week pun so maybe *sedapkan hati sendiri tsk tsk* ada je peluang kerja tu nanti Allah buka kat mana-mana. Nak cerita sekarang ni about discrimination. I'm not sure whether this is serious to you or not but it's quite to me. Ada satu kedai tu kitorang masuk, kedai jual baju and aksesori semua, nak mintak kerja.

Me: Hello. Kat sini ada kerja kosong tak? *Hello cuz the one we were asking to tu non-Muslim*
Worker: Ada, tapi kami tak nak orang yang pakai tudung.

Ha, sila sentap, please! Weh sedih kot. Dah la selalu pergi kedai tu sebab baju and aksesori dia cantik. Hmm entah la. For me, there's no harm pun amek kami yang bertudung ni. At least kalau ada customer yangbertudung, boleh la kitorang layan. Tapi...

Tinggalkan topik tu. Lepas dah cari kerja, makan, we went to another mall -- oh, lupa nak bagitahu. Kedai tu dalam mall -- untuk solat Zuhur. Dan lihat apa saya jumpa...



Tahukah anda itu kesan apa? Maskara kot. Idk cuz I don't wear make up. Kan dah kotor telekung tu. Kesian orang yang nak guna pastu. So, ladies, pasni jom kita remove make up sebelum amek wudhu k? Takde la aniaya orang lain yang nak guna telekung lepas kita. Kalau telekung sendiri pun kena remove jugak ya. Jangan kira telekung wakaf je.

Teringin rasa nak kumpul telekung kat mana-mana tempat pastu tolong basuhkan. Sebab kadang-kadang teruk sangat dengan kesan bedak semua. Rasa geli nak pakai. Sebab Islam tu kan cantik, indah. Kita je yang buat Islam nampak kotor, nampak tak cantik.

Mintak ampun kalau ada mana-mana dalam post ni yang menyakitkan hati. Serius, dah hilang aura menulis tu. Ceh selama ni ada ke pun aura tu *muntah*

Till the next post, Assalamualaikum :)
Plain random

Rinduuu

28.10.13
Assalamualaikum.

Takde lain dah, kalau blogger jenis malas macam aku ni harus la rindu nak menulis di blog. Huaaaaaaaaaa bukan aku tak nak tapi serius sedang biji (baca: busy). Esok exam ye rakang-rakang. Aku tak tahu kenapa aku online T_T

Pastu broadband hilang. Ha habaq mai kat cheq mana nak cekau line internet free? Kalau Nokia ni boleh tether takpe gak weh. Masalahnya tak boleh ye rakang-rakang. Tak boleh. Jadi kita lihat je la betapa seronoknya pencuri tersebut menggunakan baki 300MB broadband gua.

Kbai. Serius ni kena study. Kalau carry mark meletop kebabom boleh dapat A+ takpe jugak. Ni tak markah semua macam asdfghjkl kan. So kena study. Bye.
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #26

17.10.13
Has been a week.
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #25

11.9.13
Pindah.
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Bahagia.

9.9.13
Assalamualaikum.

Baru perasan dah 2 minggu tak hapdet pape. To make 2 weeks short, I'd describe it as UJIAN. Macam banyak gila ujian yang mengganggugugat keimananku yang senipis kulit bawang ni. But then yesterday, I ended all those sufferings dengan sesuatu yang sangat bahagia :)


Kenduri kawen kakak Ford!

Sebenarnya takde la bahagia mana. Tunggu bas dari Cemara nak ke KTM, dah sejam. Perjalanan dari Shah Alam ke Kajang makan lebih sejam gak. Tunggu kat KTM Kajang tu ada la setengah jam sebab sampai-sampai je dah pukul 1. Masa tu Ford cakap peak hour. Dan aku pulak berkeras kalau Ford nak amek aku, Amir Hamzah kena teman sekali. Ngade kan aku. Pergi kena amek, balik kena hantar. Dah la tak dapat kad jemputan muahaha.

Dan sebenarnya pergi kenduri kawen waktu tengah sakit hati memang menambahkan sakit hati. Satu, sebab orang lain tengah bahagia dan kau tak. Pastu, kau datang sorang. Maka, hmm... Anyway, thanks Ford sebab ajak. Dan thanks Amir Hamzah sebab temankan dari awal lagi sampai balik.

Yang lampu-lampu putih biru tu adik pengantin kata dia yang buat. Dengan bantuan kakak ipar dia la tapi haha.




Dah nak balik dah masa ni. Lepas solat Zuhur. Sebelum Ford halau kitorang haha k tak. Masa tu nak hujan dah. Amir Hamzah dari Cheras naik motor je. Aku pulak takut KTM delay hujan-hujan ni. Masa ni pengantin sedang sibuk bergambar kat pelamin dalam rumah. Nice kan tema dia? :) Sweet gilaaaaa. Pastu dress akak Ford warna baby blue. Aaaaaaaaaaaaaaaaaa, my dream!






Before balik. Dah la aku ni paling kecik dan paling rendah. Letak aku kat belakang pulak kan. Memang sehalus zarah la aku kat belakang tu == See the cloud? Dah gerimis dah pun. Sumpah aku segan sepanjang kat situ. Maybe dah lama kot tak pergi kenduri kawen obama-self. Selama ni pergi dengan family. Tetibe sorang. Dah tak memasal Amir Hamzah jadi supervisor aku. Nak makan dia amekkan pinggan. Nak cendol pun dia amekkan. Nak basuh tangan pun ikut bontot dia haha.

Lepas ni Ford dah sambung belajar dah. Bakal doctor kawan aku ni. Amir, lepas A-Level 2 tahun kat GMI, insya-Allah ke Germany. Engineer bak ang. Hmm. 

Terharu wehhhhhhh sebab diorang care sangat. Kan masa ni tengah stress. Dalam kereta masa otw nak pergi rumah Ford, aku pun melampiaskan segala kemarahan ketidakpuasan hati kesakitan semuanya siap menjerit bagai. Tapi diorang cool je. Tak la aku awkward. Terima kasih atas segala nasihat :)

Oh dan bukannya aku ni sosial sangat asyik keluar dengan lelaki je. Tak. Ni aku pergi sorang-sorang pun sebab Alia tetibe cancel tak dapat pergi sebab ada Raya celebration. Ni pun aku consider the next day after the wedding Ford nak gerak pergi uni dah. That's why. Aku masih tahu batas-batas, insya-Allah.

And this is just terrific :)

***

Amir: Comel kan baby tu?
Aku: Aaaaaaaaaaaa, comelnyaaaaaaaa.
Amir: Amek la budak tu.
Aku: Tak nak aku. Kau la amek. Aku tak suka budak la.
Amir: Kau tak suka budak? Aku suka.
Aku: Aku tak suka budak. Budak suka aku. Haha. *gelak puas hati, Amir buat muka*

Amir: Kau tahu kenapa budak suka kau?
Aku: Kenapa?
Amir: Kau tak suka budak sebab dia budak. Budak suka kau sebab dia ingat kau kawan dia. Sama je saiz. Hahahahahaha.

Kena kat aku balik ==

***

Aku: Sorry la, Ford susahkan kau. Dah kau kena hantar aku balik kat KTM. *Masa ni Amir takde. Sebab dia balik terus. Tak teman pergi hantar aku kat KTM. So cuma aku dengan Ford dalam Kelisa dia.*
Ford: Tu la. Suruh amek lesen tak nak. 
(Masing-masing masuk kereta)
Ford: Haha Mus. Aku rasa memang takyah la kau amek lesen pun.
Aku: Kenapa pulak?
Ford: Kau duduk sebelah aku ni pun aku dah nampak kau kecik. Apa lagi kalau kau duduk kat driver's seat.

Tak guna -.-
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #24

21.8.13
Nah gambar garang di Aidilfitri.

Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Of Mixed Feelings.

18.8.13
I hate this Raya. Kan. Terus-terang gila kan.

First sekali, sebab target Ramadhan tak tercapai. Sedih. Geram. Dengan diri sendiri. Sebab tak disiplinkan diri sendiri.

Lepas tu, aku tak tahu kenapa dan entah macam mana aku tak dengar takbir pun sepanjang Raya ni. Selalunya aku mesti tunggu depan TV nak dengar takbir. Lepas tu fefeeling sedih syahdu sayu sengsorang. Sebab dalam takbir tu kalau kau hayati mesti kau jumpa sesuatu. That fills your heart. Kalau kau ada hati lah. Eh.




Then, Mesir. Aku rasa bersalah nak huha huha bila tahu our brothers and sisters there are suffering. Macam nak sambut raya apa bila diorang sekarang sedang bermandi darah and the fact that they are innocent. Sungguh. Aku dah tak boleh nak taip apa pasal Mesir. Mati kata. Sedih.

Dan ritual baru yang tahun-tahun sebelum ni tak pernah buat; melawat kubur Nyai, Tok Wan dan Atok. First time. Perasaan nak beraya tu macam terkubur sekali. Sebak sangat. Dan seriously aku tak nak nangis sekarang ni. Dah la tengah homesick rindu rumah. Haih.

Dan beberapa hari sebelum Raya, my best friend's aunt which is also my sister's friend's mom passed away. Walaupun mcm agak jauh perkaitan dia, tapi deep down aku rasa kehilangan tu. Aku cuma pernah hilang nenek atok je. Budak tu takde mak lagi 2, 3 hari nak raya. Lagi berapa bulan nak PMR. Allah, beratnya ujian dia.

Dan jugak, memang family kitorang mcm lesu sikit bab raya tahun ni. Kalau tak silap vakum rumah pun start pukul 11 pm malam Raya tu. Memang paling tak semangat la kan. Lepas tu beraya dua keluarga je masa 1 Syawal. Gerak balik kampung pun nak dekat Zuhur. Pagi Raya tu masih sibuk masak dan kemas rumah. Dan lepas balik Pahang, memang duduk rumah baring-baring tengok TV je. Budak-budak datang raya rumah pun tak sempat nak buka pintu dah balik -.- Apakah?

UPDATE: Oh ya terlupa. Two of four kittens yang baru lahir tu mati. Sekor tu, Messi, mati sebab tak nak makan. Sebab environment lain kot. Kitorang hantar rumah orang lain mintak tolong jaga sebab nak balik kampung kan. Lagi sekor tu, Jebat, mati dalam minggu yang sama. Dia paling rapat dengan Messi. Memang nampak sangat lepas Messi mati he turned lesu and mundane. And he stayed that way until we discovered he's dead that morning.

Jadi faham kan sekarang maksud tajuk entri tu? Tahniah. Nah gambar family di pagi raya.

Pemilihan warna tema takde kena mengena dengan parti politik mana yang menang PRU13 dan pasukan bola sepak mana yang cuma dapat nombor dua even beli player hebat. Eh. Cuma tahun ni tema patriotik Johor. Bye. Assalamualaikum.
Contests dan kebarangkalian untuk menang

Nama saya... (Giveaway)

30.7.13

Mini Johari Zainol. Patut pun, memang anak dia. One of the Fantastic Four. My favourite :)

And still unnamed. Flood the comment box with your suggestions. Dan perlulah mengikut terma dan syarat di bawah:

1. Nama harus catchy berunsurkan Melayu eg Johari Zainol & Puteh.
2. Ada maksud in Arabic, but any nama Nabi is a no. Ada ke Haziq nak namakan Syuib? == Tu nama nabi kot. Tak nak la rendahkan martabat pesuruh Allah. K? Senyum.
3. 2 words for male eg Johari Zainol and 1 word for female eg Puteh. Nama yang female tu harus stail klasik Melayu.
4. Dan sepanjang-panjang nama beliau pun, perlulah senang untuk kami panggil. Cuz we call Johari Zainol as Joe :)

2 nama terpilih (1 jantan 1 betina) atas permuafakatan kami adik-beradik akan saya hadiahkan sesuatu. Hadiah misteri yang saya mampu beri. Almaklum lah, duit MARA nak gak guna untuk kesenangan hidup di hari tua. Dan ini bukan contest. Lebih kepada giveaway, yang santai. Kalau rasa takde apa nak buat tu, meh la join. Gimme your blog url or email or FB username in the comment box. Dah tu je. Deadline Selasa depan. Bye. Assalamualaikum.

Wordless Wednesday #23

24.7.13
The wannabe gangstas.

p/s: Takdak la gangsta sangat. Muka aku macam depressed pun ada gak =.= Esok introductory speech! Doakan!

Plain random

Tetibeee

20.7.13
Saya sangat sentitif. Cukup mudah terasa hati. Even if you uttered a single word yang saya rasa annoying pun, hati rasa seperti tersiat. Saya tak cukup kuat macam orang lain yang tak kisah pasal apa yang orang cakap pasal diorang. Saya sangat kisah dan ambil peduli tentang apa yang orang katakan pasal saya.

I'm very passionate in everything that I do. Nothing in the world can stop me if I've started doing things that I love. NOTHING, seriously. Except, someone tetibe datang to me, and said things that irritates me. Terus jadi down, serta-merta. The next thing you figure out; I'm not there anymore, I've stopped.

As I've insisted before, this is the new me. The one who isn't emotional anymore. Hidup harus positif, katanyaaa. Ya, saya dah berubah. But, I'm sorry. That kind of thinking is only for love thing. Pasal benda lain, I'm still me. Saya dah penat dengar orang cakap saya dah berubah gedik, sombong, angkuh so I'm back to the old friendly me.

Saya sedar saya berubah jadi girly ni since I'm with Encik Awak. Ya, thanks sebab dah ubah saya jadi perempuan. Saya sangat suka menjadi perempuan, I mean perempuan yang memang perempuan, bukannya perempuan tomboy, get it? But I guess, being a tomboyish girl is so much fun, even kena cop as lesbian ==

Semua kawan, I mean SEMUA cakap I gila berubah. Dari kasar, bukan menjadi lembut malahan gedik terus. Dari nice towards everyone, berubah jadi a mean girl yang sanggup ketawakan other people that is in trouble. TOTAL CHANGE since 2009.

--------

Huaaaaaa post ni masa 2010 kau tahu tak? Terperuk dalam draft je. Aku tak tahu kenapa tetibe aku nak post. Kbye.
Gua pun ada perasaan jugak

Jom, sama-sama!

19.7.13


(Title macam dah ngajak ke bazar Ramadhan beli ayam percik =.=)

Assalamualaikum.

Sungguh, segala syukur kita panjatkan kepada Allahu Rabbuna, yang mengizinkan saya dan anda untuk terus hidup merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Mari ucapkan syukur, Alhamdulillah :)

Ramadhan tahun ni berbeza. Sungguh tak tipu. Berkat Tuhan, hati saya tergerak untuk berubah. Saya tak pernah rasa kekuatan sebegini. Sungguh. Ajaib bukan Ramadhan yang Dia ciptakan? Subhanallah! Selama ni, selama sebelas bulan yang lain, bila rasa nak buat baik je, mesti sebelah hati kata, “Takyah la. Nanti kalau buat sekali, bukannya kau boleh istiqamah pun. Entah-entah esok kau buat jahat balik.” Camtu sekali ha.

Saya tahu istiqamah tu berat. Sebab tu saya terus tergelincir dan tergelincir. Lama-lama saya dah takde tempat berpegang. Sebab saya lupa siapa yang sebenarnya menciptakan hati ni. Huu teruk bukan? T.T Lalu di kesempatan Ramadhan yang menjengah setahun sekali ini, saya jadikan platform to be a better person. Harapannya roh Ramadhan akan terus mengiringi sepanjang tahun.

Jadi saya menyeru ceh ceh kepada diri saya sendiri terutamanya yang sedang menulis dan anda yang mungkin ada atau tidak (Huu blog takde readers u_u) untuk mencuba. Berubah tu jangan drastik, dan jangan jadi macam getah lastik. Boleh stretch sejauh mungkin tapi bila dah cecah tahap maksimum akhirnya kembali semula kepada keadaan asal. Wah guna Physics kau nak describe padahal SPM dapat B+.

Kita cuba sama-sama bulan Ramadhan ni. Cuba ramai-ramai la baru best. Dapat la rasa ikhwanul musliminnya tu mihihi. Jadi tak la saya keseorangan. Kita cuba sikit-sikit untuk buat ibadah yang kita paling berat nak buat sebelum ni. Mana tahu 30 hari dalam bulan penuh barakah ni dapat membantu untuk istiqamah selepas Ramadhan, biiznillah :)

Saya tak reti nak guna term Arabic macam kakak-kakak naqibah kat luar sana. Sebab saya kurang ilmu. Saya dah banyak lupa ilmu agama, astaghfirullah. Sebab hati pernah lagha dengan maksiat, dengan dosa. Tapi kita boleh cuba kan? Jom!

May Allah ease our burden and bless us all :)