Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

INTEC, here I come! ^^

30.12.12
Assalamualaikum, my readers. Hoho berabad dah tak hapdet apa-apa, satg tetibe bajet ada readers dah pehal kau, Zaty? Hik hik, tetibe rasa AWKWARD. Rasa mcm tgh duduk berdua-dua dgn ex-boypgheng lepas tu tak tahu nak cakap apa. Heh. Punya teruk analogi. Ex-boypgheng pun takde hew hew.

Dah dah, Zaty. Cukup lah menggedik tu. Makanya ( baca slang Indon ) hari ini gue mau ceritain sesuatu ke kamu. Ha, kau. Lepas SPM ambik tuisyen belajar bahasa Indon. Kelas iolls *mata ke atas tangan ke dada* Hoi, serius tak boleh menulis ni. Jap.

Tarik nafas.

Hembus.

Akhirnya, segumpal karbon dioksida telah kulepaskan. Tenanglah wahai mindaku sayang.

So here it goes. Haha tetibe rasa nak delete apa yang telah ditulis di atas. Nampak sangat taksub dengan Mak Jemah -.- Hik hik, seperti yang tertera pada title, I'm going to INTEC. Yes, people. So soon kan? Well, at first, I didn't believe that I would receive the offer. Punyalah banyak org yang apply dan sungguh, Nur Musfirah Izzati tak pernah berharap pun. Yang saya lakukan cuma berdoa dan serah segala urusan pada Allah. And I still remember, the night before I got the offer, saya muhasabah diri sorang-sorang. Masa tu mintak sungguh-sungguh pada Dia, not for the offer jatuh ke atas riba, tetapi kekuatan yang luar biasa dan kekecewaan yang tak berpanjangan sekiranya bukan nasib untuk dapat fast track tu.

Okay, basically this is what I know bout the offer. Dia cenggini sebenarnya. MARA akan menaja sejumlah pemohon yang berjaya untuk program ni - Program Khas Pra-SPM. Ni untuk MRSM students, based on our trial result. Haha ya. Result yang tak semenggah tu. Dan trial yang saya jatuh sakit tu. Masa mula-mula MARA draf syarat kelayakan untuk apply, hoi sedihnya tak terkata. Sebab jauh api dari panggang untuk apply. Nak apply pun tak layak masa tu. Balik nangis masa solat Zuhur. Nangis depan Dia, Dia tak jemu hihi :)

Dan lepas tu kaunselor announce the latest syarat kelayakan. Masa tu a few days to graduate rasanya. Alhamdulillah, betul-betul pass nak apply. I mean, mmg sipi-sipi lepas. Yang tak lepas masa tu Accounts. Sebab dapat 69 B+ haha. Mula-mula mengada mintak A-. Memang lah tak lepas, kurang 1 markah -.- Hoho gila kau tak seronok bila dapat apply.

Tapi sungguh sikit pun tak mengharap. Sebab masa lepas exam Biology, which I didn't take :P, Pengetua jumpa semua student. Dia cakap MARA buka application untuk kali kedua. Sebab yang kitorang apply masa tu, cuma 1000++ je yang dapat. Hoi ada chance ke? -.- Dan mulalah sesi memanjatkan doa :)

Hehe I'm not already 18 pun masa nak daftar nanti. Dan saya tersangat lah clueless mengenai apa yang akan saya lalui di INTEC nanti. Tapi rasanya ADFP. Rasanya lah. Dan ingat lagi the day I found out my result. On FB pukul 5 petang. Tetibe je. Sebab sebelum tu tido, haha kantoi tido petang, dan termimpi tak dapat pun offer tu. Dan dan Nina update status yang dia dapat INTEC, found out thru e-mail. Terus check e-mail dan alhamdulillah :)

AAAAAAAAA! Dan menjerit kegembiraan seorang Nur Musfirah Izzati petang itu. Berlari ke bilik Mama, nangis haha. Suruh Haziq call Abah mintak balik cepat. Tetibe kena marah sebab Abah busy haha. Abah balik, lagi lah kena marah. " Kenapa suruh balik cepat? Tahu tak orang busy kat office? " Semua diam. Sebab Abah kalau marah lebih orang tengah PMS == " Akak dapat. " Terus tersenyum.

Dan sungguh rasa syukur dan gembira ni tak terkira. Despite banyak borang tak settle, keperluan tak siap and all sort of things yg mmg unfinished, saya mengerti ini merupakan rahmat dan ujian daripada Allah. Syukur dan sentiasa sedar, insya-Allah.

Till then, assalamualaikum :)

Alhamdulillah :)
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #17

26.12.12

I write trash

Ilham

14.12.12
          Mama dah fed up agaknya dengan perangai Ilham. Entahlah, tak tahu bila adik bongsu aku tu nak berubah. Nasihat sudah, cuma pukul je Mama tak berani. Degil-degil si Ilham tu, Mama paling sayang dia. Aku, Abang Long dan Isha cukup sedar hakikat tu. Waktu kecil-kecil dulu, Ilham yang paling banyak koleksi mainan. Dari kereta kawalan jauh sampai patung figura aksi yang bukan-bukan, just name it. Ilham ada semua. Bila dah besar ni, Mama dah kurang spoil Ilham tapi apa je yang Ilham minta, tak berlengah Mama tunaikan.

          Sebagai seorang kakak dan antara family member yang paling rapat dengan Ilham, aku faham apa yang Ilham lalui. Abang Long dan Isha cuma tahu berleter. Ilham pun sebenarnya dah nak pekak dengar semua bebelan yang keluar daripada mulut diorang. Tambahan pula nasihat berkala daripada Mama yang memang tak boleh nak elak dah. Pernah satu hari Ilham masuk bilik aku dengan muka tempoyak busuk dia tu. Bila ditanya, terus aku ditarik ke dalam pelukannya. Maka, basahlah bahu aku hari itu. Sekeras-keras kepala Ilham tu, dia ada hati. Dan kakak mana yang sanggup biarkan hati adiknya terluka.

          Tak dinafikan Ilham adalah seorang pelajar yang outstanding di sekolah. Markah ujian Ilham biasanya bermula dengan digit 9. Tak pernah turun kedudukan selain tempat pertama sejak tadika sehingga Ilham kini di Tingkatan 5. Cuma Ilham nakal tahap petala langit teratas. Paling cuka cukup disakatnya, tak lain tak bukan guru disiplin. Merah padam pipi Mama walaupun tak guna Revlon apabila satu persatu kisah kenakalan Ilham guru kelasnya bongkarkan sewaktu Open Day semalam.

          Sudah semestinya rahang aku, Abang Long dan Isha jatuh ke bawah mendengarkan semua itu. Cepat aku berlari ke bilik Ilham dan sekali lagi rahang aku jatuh melihat hiasan dinding di bilik Ilham. Berkeping-keping gambar keluarga kami terlekat di dinding. Ilham pula sedang duduk di atas sejadah membaca surah Yasin dengan penuh syahdu suaranya. Menitis air matanya menitik-nitik membasahi kain pelekat yang disarungnya. Aku tahu untuk siapa surah Yasin itu disedekahkan : Papa.

          Aku kunci pintu bilik Ilham. Ilham masih belum perasan kehadiran aku di dalam biliknya itu. Dan entah bagaimana aku jatuh terduduk di situ. Ilham tak pernah nakal sebegini. Ilham anak yang cukup baik. Sewaktu pengkebumian Papa, Ilham yang paling sibuk sekali. Seboleh-bolehnya dia mahu menguruskan segala-galanya. Dan Ilham jugalah yang paling lama berkabung. Lebih sebulan dia berkurung dalam bilik. Makan tak mahu, pendek kata tak nak buat apa-apa pun. Tetapi selepas tempoh sebulan itu, lahirlah Ilham yang baru. Ilham yang degil, Ilham yang kuat memeberontak, Ilham yang keras kepala.

          Tanpa sedar, air mataku gugur jua. Sungguh, aku rindukan Ilham. Ilham adikku yang ceria dan gemar berbakti kepasa semua orang. Tiba-tiba, air mataku diseka. Tangan Ilham masih belum hilang kehangatannya. Mesra seorang adik itu tetap ada. "Kakak merayu, Ilham. Tolonglah ubah sikap tu. Kakak tak nak Mama sedih. Tolonglah, Ilham", pintaku. Ilham diam. Tak semena-mena, aku diarah keluar daripada bilinya yang bercat putih itu.

          Dan saat itu merupakan kali terakhir aku menangis disebabkan Ilham. Drastik, itu satu-satunya perkataan yang terlintas di mindaku melihat perubahan sikapnya. Ilham yang dahulu ternyata telah kembali semula di sisi kami. Seperti yang kami jangka, Ilham lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM. Terbanglah Ilham ke negara Uncle Sam untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

          Bukan sahaja membanggakan seluruh keluarga dengan pencapaiannya yang menterbeliakkan mata, malahan Ilham turut mengharumkan nama Malaysia. Kembang kuncup hati Mama melihat gambar Ilham di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen. Ilham terkenal, sungguh terkenal. Menjadi pelajar Melayu pertama ditawarkan pengajian di peringkat Ph.D tanpa perlu menghabiskan Ijazah Pertama di Harvard University, tidak cukup hebat lagikah?

          Di tahun akhir pengajian Ilham, Mama pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ilham tak balik. Tiada siapa yang dapat memberikan alasan yang kukuh mengenai ketiadaan Ilham sewaktu terkuburnya jenazah Mama. Ilham diam seribu bahasa. Langsung tiada berita. Tapi aku yakin, aku pasti Ilham tahu Mama dah takde. Ilham tak dapat nak terima kehilangan Mama macam mana dia buat perangai selepas Papa meninggal. Ilham akan buat perangai lagi. Aku tahu.

          Hari ini, aku menangis lagi kerana Ilham. Berita yang kami terima daripada pegawai bertugas di kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat bulan lepas langsung tidak aku percaya sedikit pun. Mana mungkin Ilham tega meninggalkan pengajiannya begitu sahaja dan lesap tanpa sebarang khabar. Akhbar tabloid yang aku pegang itu akhirnya membuatkan aku terpaksa akur. Ilham... Ilham. Terpampang gambar Ilham yang berbaju Melayu hitam berdiri tegak di sisi seorang jejaka mat saleh di majlis perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah gereja. Tak tertahan air mata ini daripada mencurah-curah mengenangkan sikap Ilham. Dan dengan lantangnya aku katakan kepada diriku sendiri : Tak pernah aku punya adik bongsu bernama Muhammad Ilham bin Iskandar!

p/s: Masa ni nak dekat SPM rasanya. Tatabahasa struktur ayat semua memang tunggang terbalik, kemaafan dipohon. Biaq pi laaaaaa.
Family which is sooo familiar -_-'

Sisters

11.12.12
Tadi lepas solat Maghrib, Ani datang dekat.

Ani : Akak, kenapa malam tadi kau nangis?
Me : Mana ada aku nangis.
Ani : Aku tahu kau nangis bukan sebab merajuk dengan Mama kan. Kau nangis sebab _____ , kan?
Me : Malam tadi aku text Asma la.
Ani : Kau text Kak Asma sampai nangis?
Me : Mana ada nangis.
Ani : Kau tipu.
Me : Mana ada tipu.
Ani : Aku tahu la. Kau kakak aku. Aku tahu mata kau lebam sebab tidur lambat lain, mata kau lebam sebab nangis lain.
Terharuuu.
Gua pun ada perasaan jugak

So this is how it feels...

3.12.12
Bismillahirrahmanirrahim and assalamualaikum :)

Alhamdulillah, the first Monday of December! Woohooooooooo! Oh as if I'm so excited. I hate December. SO MUCH. That I would kill him, if he was real. Titeww tak suka bulan ni cos somehow it makes me regret of something I didn't have the chance to do the whole year. Contohnyaaa, homework? TEEHEE :B

I finished my last paper of SPM - Accounts last Wednesday and fuhh! What a relief! Dan sedikit pun tidak terkenang daku akan maktab tercinta yang ditinggalkan. Sehingga semalam. Setelah seronok kononnya berehat selama beberapa hari, it's finally time to do some cleaning. Saya dikelilingi buku yg sangat banyak. Yo tell me dari tadika sampai Form 5 punya buku mana tak banyak wehhh. Penattt ~

Kemas punya kemas, my junior texted me. I don't know what to reply sangat pun and tetibe ter-reply " Kirimkan salam kat TGB. Rinduuuu. " Sejak bila reti rindu maktab pun tak tahu lah Zaty ni =.= But seriously, lepas tu tetibe rindu maktab. Saaaaaaaangat. Lagi-lagi classmates. Dan roommates. Rakan-rakan se-homeroom! The residents of Blok G! Oh the whole batch!

I miss all the fights. Ceh dlm banyak-banyak ingat gaduh, ingat hang tera sangat, Zaty? I miss the laughters, the jokes, the tears and the feeling of togetherness. The feeling of aku tahu kalau aku susah insya-Allah kau mesti ada punya. Rasa tu tetibe dtg balik dalam hati ni. Dgn roommate yg tetibe text hari ni tanya khabar. I miss you, Diana! Dan Laila yg update status kat FB telling that her mornings dah tak mcm dulu. Syikin, di manakah anda menghilang? Ngehhh.

So you see, I really miss TGB. Eventho selama ni asyik rasa homesick la, rasa benci tahap nak keluar maktab la, rindu family kononnya, and now I know how does it feel. To miss TGB. Simptom awal perpisahan cenggini la gayanya. Semua orang dok meroyan kat FB, Twitter, blog betapa ku merindui TGB. Satg masuk 2013 terus lupa ceghita 2012, piiraaaaah.

Tak nak janji apa-apa, tapi insya-Allah saya akan terus meroyan di sini bercerita mengenai TGB :)


Diana, Syikin, Laila, Zaty.