Pictures and videos

Some piece to watch.

20.4.12

Watch this, people!

So today is FRIDAY! It's Friday, Friday! Gotta get down on Friday! *singing* Tak, takmo nyanyi-nyanyi, k? Hari ni penghulu segala hari. Tak ke lagi bagus kalau kita berzikir? Right?

And so I leave you with this video. Semoga kita sama-sama dapat lebih memahami makna bacaan dalam solat dan lebih khusyuk dalam solat. Assalamualaikum :)
Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #12

18.4.12
Ahh, the friendship :)

Pictures and videos

Girls Day Out!

16.4.12
Apakah lagi yg mampu membuatkan saya panik secara tiba-tiba selain daripada terlambat bangun di pagi hari selambat (ganti seawal) 6.35 pagi padahal kena clear blok pukul 6.50 pagi dengan tanpa sebarang persiapan tak gosok uniform sekolah tak kemas buku sekolah tak kemas katil tak mandi lagi of course (!) ? Apa? Apa lagi? Haruslah apabila Myra tetibe menyampaikan khabar berita Sera merajuk!

Dah tu bila dok pujuk, dia boleh hantar text message yg panjang dia lebih dari 4 page sampai jadi MMS dah haha. Dah, that's it. I thought that SAM will end. Ye lah, sejak masuk TGB, for sure lah takde byk masa nak diluangkan. Bukan all the time pun berkepit dgn phone. FB? Lagi lah. Mmg ada pun lubuk internet kalau ada sebijik je PC yg tak block FB.

Tetibe masa siap-siap Sera text, " Korg nak g mana? Aku nak keluar dgn ___________ (insert boyfriend's name here) ni. Nak g sekali? " Dah tu yg drama merajuk tanak reply text tanak angkat phone call tu amende? Amende?! Cuba terangkan bak aku paham.

Maka lepas Zuhur, kitorg pun gerak lah ke Bandar. To the Square One! Nak tgk Titanic 3D! Had our lunch at McD. Lepas kempunan nak Oreo McFlurry :) Then tetibe bila g cinema, salah time daaaa. Ingatkan 4.40 ptg, rupanya pukul 7. Bye bye, Titanic 3D :( Shoes hunting, baby! Bought 2 pairs; kasut g sekolah and kasut prep yg tetibe kopak serentak mcm berjanji pula menyusahkan tuannya memakai selipar jamban ke sana ke mari.

We finally opted to watch Mirror Mirror. Boleh lah kot, not bad. Jalan cerita kreatif, cuma kengkadang mcm meleret gak. First time k mengantuk dan tertidur dlm panggung. Everything mmg okay, except the last part yg tetibe Snow White menyanyi " I believe I believe I believe bla bla LOVE " dalam irama Bollywood. Seriously LOL habis.

Then mcm gigih gak lah g BP Mall sbb nak balik dgn mak Myra. Tetibe kitorg sampai BP Mall, mak dia g Square One pulek. Apa pun tak bolehh <-- tetibe. So we went to Popular which I purchased 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris by Coach Ridz & Coach Sha and had our dinner. Myra belanja yeay! Dah, lps tu balik.

Masih menyempat :D

Yg kat tgh tu dah mcm chimpanzi dah, kesian == Bawak virus Zoo agaknya -.-

Tetibe nur kasih memancar ke arahku seorang. Sesuai lah tu Tiz Zaqyah dgn awak, Zaty.

The proud SAMs :)


K, mcm mengarut tetibe nak share tp serius dah lama gila tak cerita pasal SAM. The last time we went out together pun... k, couldn't recall. See! Cakap dah mmg lama gila punnn. Err I should finish my homework by now. Bye :) Oh SAM, takmo gaduh-gaduh lagi k lepas ni?

p/s: SAM stands for Sweety Angel Mania. We were kinda rempit back then kbyezzzzz.
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Rombongan Cik (Tiz Za)Qyah ke Zoo Negara

14.4.12
HAHA K KALAU CLASSMATES AKU BACA TITLE TU MAMPUS LAH AKU. DALAM KELAS BISING-BISING MARAH TAK NAK GUNA NAMA TU. TETIBE DALAM BLOG DOK MENCANANG NAMA TU PULAK.

K, mari lah kita lupakan title tersebut dan terus fokus kepada intipati sebenar post ini yang telah membuatkan saya gigih bangun di pagi yg indah ini untuk menyiapkannya pun. Ceit, padahal Mr. Defender text, " Hidup lagi ke? Ada prob ni " Tak guna. Cubalah beromantik sikit. For sure la aku hidup, kalau tak cane aku nak reply text kau. Dah lah cari aku waktu ada prob je. K, panjang pula ye cerita Mr. Defender.

So, before I start with the journey, lemme acknowledge the help from these people first;

Alia and Farez Shah - The trip was actually for the purpose of student profiling. Diorg yg beriya-iya nak organize something dan saya cuma proceed je dgn idea tu. Not to mention, byk gila k idea masa mula-mula. Nak g orphanage la, old folks' la, hospital mental la, org asli settlement la. And at last the plan to Zoo Negara; accepted! Mereka jugalah yg sanggup bersusah payah nak dapatkan duit makan dari maktab. Finally, kitorg cuma mintak 40, tapi maktab bagi 130 k! Alhamdulillah :)

Adreena - AJK Makanan yg sgt kuat berusaha. Jap, rasa mcm salah pulak letak kat Makanan, should be Transportation rasanya. Bas yg super duper best gila sekali dgn pakcik bas yg cool tu hasil pertolongan Adreena. Jumpa pengetua nak mintak full sponsor bas pun dgn Adreena. Beli makanan pun dgn Adreena. Thanks, Adreena! :)

Faizal - Yes, Nasi Ayam. Nak Nasi Ayam lagi, please? Masa makan hari tu, I tacing. Sbb tunggu kuah tak dpt2. Last-last fed up terus makan Nasi Ayam kuah air mineral. Tapi kuah air mineral pun sodap, apa lagi kalau letak kuah betul, kan?

Fazwan - Yes, you, Fazwan. Thanks sbb tolong call pakcik bas hari tu haha. Ni kalau bukan manusia ni yg deal tawar-menawar dengan gigihnya pun, tatau lah dpt ke tak 680 tu. Alhamdulillah :)

Amir Hamzah and Bie - Pres dan vice pres yg sangat supportive! Sume hal yg melibatkan nak jumpa cikgu or kaunselor mesti drag manusia ni bersama, hihi. Undeniably yg Amir Hamzah sgt adil dlm melaksanakan pemerintahannya ceh. Dan Bie, always the greatest supporter you could hope for. Thanks, guys!

Alisha - Alisha, thanks tolong dahulukan duit makan tu. Menggigil ha kat koop tu takut duit tak cukup. Alhamdulillah bawak Alisha sekali. Thanks! :)

UPDATED: Miss Ida - See, aku lupa manusia paling penting. Miss Ida, the one yg " berunding " dgn pengetua utk dptkan duit maktab. She gave her full commitment in this project, tho bukan dia yg bersusah-payah untuk menjayakan this thing. She even dressed her daughters orange supaya sepadan dgn kitorg sume. I love you, Miss Ida! Ehem, WE LOVE YOU, MISS IDA! :D

And the rest of 516; Asma yg kejut each of us pukul 3 pagi, Adiela yg tak dapat ikut sbb Kem PKBM, AmAsy yg kena sembur dgn hippo haha, Fathuddin yg drag mak dan adik sekali join, Sarah yg byk keluar duit untuk beli benda remeh-temeh trip ni, Syakira, Famus, Sya bendahari kehormat trip ini, Farah, Hariz, Raja naib bendahari, Azeli, Faris Daud, Zuhaily, Fatin dan June, thanks a lot! Takde korg, tak accomplish la mission kita ke Zoo Negara ni. Thanks sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat! :)

And so this is our journey;


4.45 pagi - Berlepas menggunakan kapal terbang Airbus A380 (?) ntah aku tatau model yang dipandu oleh Adreena. Berangan.


6.15 pagi - Solat subuh dan sarapan di R&R Seremban.


8.00 pagi - Sampai! Yeay! Tapi kena marah sebab lambat sampai. Ceh padahal dlm form ckp no later than 8.15. Foine, sabar. We were divided into groups yg menghancurleburkan group yg penat gue rancang, haish. Hariz buat zirafah, Faizal buat gajah, 10 org buat hippo dan Children's World, 6 girls buat Capybara, Dhik Dhik dan apa tah lagi, and another 6 buat kura-kura, ular dan tikus kot. Hujan sekejap. Rehat lama hehe.


10.00 pagi - Rehat. Makan kat kantin Zoo.


10.20 pagi - Balik ke tempat masing-masing. Alhamdulillah, kerja dah tak banyak. Yes haha. Dalam 11.30 kerja sume dah habis. Lepas rehat ni, kalau pg tu kitorg buat hippo, siamang, kuda dan arnab, I mean my group lah kan, so kitorg buat kuda lagi, rusa, hedgehogs dan hamster. All the simple things je. Lps tu kitorg kena duduk tercongok dpn cage siamang and go to anyone yg gatal tangan campak makanan and say " I'm sorry. You can't feed them " Making me feeling guilty all the day.




12.00 tgh hari - I was lost kejap sbb rancak berbual dgn our coordinator aka my mak homeroom, Miss Ida. Lps jumpa balik dgn sume, kitorg pun tour la sekeliling zoo. Tp tak lama pun. Dpt la g tgk balik hippo yg kitorg buat td, Penguin House, Muzium Lebah, Akuarium Tuanku Abdul Rahman and saw various fishes!


1.00 ptg - Makan! Nasi Ayam sedap! Oh lupa nak bgtahu. Due to tacing-ness dan kekenyangan melahap 2 keping waffle choc sebelum lunch, Amir Hamzah tlg habiskan Nasi Ayam saya, hehe.


2.00 ptg - Oleh sbb bas cuma boleh park sampai 2 ptg je, kitorg pun gerak balik. Sempat la amek group photo jap. Dan those girls yg duduk Selangor balik tumpang Alisha dan mak amek. Boys, turun TBS. Oh, nak mention lagi sekali. Masa nak keluar dari gate ni, boys bersorak for me, hee. Seronok sbb ada org appreciate. Thanks :)


3.00 ptg - Sampai pun kat TBS. All the boys except Fathuddin yg mmg duduk Melaka along with Alia and Asma turun kat sini. Dan tinggal lah 5 org je yg ada dlm bas selain family Miss Ida dan mak, adik Fathuddin. We even planned to tukar seat every 30 minutes haha. Tp tak buat lah kan. Baru tukar seat sekali terus terlena haha.

4.15 ptg - Jamak ta'khir kat Ayer Keroh. I left my telekung here, hmm. Sedih :( Dan lps tu turunkan Fathuddin and his family. Bye, makcik! Bye, Ina! Bye, Fathuddin!

5.30 ptg - All 4 of us; June, Bie, Farah and me finally arrived at maktab. What a hectic but joyous day! :D


So that's all la kot. Sgt seronok! Nak buat lagi! Err k, mungkin boleh difikirkan nak buat lagi ke tak. Sbb penat buat benda ni dari bulan 1 drag markah UPSS 1 dan 2. Kbye.
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Aku dapat cuti. Kau ada?

12.4.12
Takde. Takde tak boleh blah-nya. Serius, kau ada dapat cuti? *berlagak*

I'm home, baby! From yesterday till Tuesday! Lama gilaaaaaaaaaa! K, sepatutnya lagi lama. Dari Selasa sampai Selasa. But, we, 516, spent a night at maktab and half day at Zoo Negara. Khidmat Masyarakat k. Jadi volunteer jap.

So far, I enjoyed yesterday. Sumpah 4 bulan penat lelah organize benda ni terbayar bila boys congratulated and thanked me masa melangkah keluar dari Zoo tu. Mcm terkejut plus terharu gak la bila tgh jalan nak keluar gate tu, tetibe budak lelaki bertepuk tangan menjerit " Tiz, congrats! ", " Tiz, thanks organize zoo ni. ", " Weh good job! ". Ha, sape tak terharu?

Alhamdulillah, takde dengar org complain irrelevant things semalam. Complain pun benda-benday yg patut. Mmg sume org bg full cooperation. Bak kata Adreena, mmg unexpectedly it went so well. Dan bak kata Zuhaily, hope for the best, expect for the worst. I expected sume nak melenting tak tentu pasal, sume tanak cooperate but alhamdulillah, kerjasama mantaaaaaaaaaaaaap!


Our bus tu offer rate paling unbelievable la. Sume syarikat bas yg lain offer 800. Yg satu tu je offer 680 perjalanan dari Jasin ke Zoo Negara. Bas dah lah best. Mmg lawa, ada air-cond, ada mic, TV flat screen dan yang paling penting, pakcik bas cool gilaaaa! Serius benci pakcik bas garang. Tapi yg ni watkool je boleh gelak ketawa sama.

Makanan? We bought roti 70 sen and mineral water with RM3 we forced everyone to pay. Tu masa break. Masa lunch, tempah Nasi Ayam dgn mak Faizal. Tahu tak, mak dia tak nak terima duit kitorg? Weh dah lah nasi sedap, ayam besar, aksesori dia byk gila siap salad, timun, kicap, kuah, sambal, air mineral dan buah tetibe nak bagi free? Dah lah kitorg order bukan 5,6 tapi 29. Oh btw, semalam birthday Faizal. Sbb tu kot. But we insisted, so insya-Allah duit settle naik cuti nnt.

K, saya akan share pictures and our journey. Sabar, k? Need to basuh baju kotor kumpul dah sebulan, homework yg cikgu bagi mcm sebulan cuti and byk lagi.

Greetings fom Zaty and the hedgehogs.

p/s: Oh, cuti ni sbb TGB jadi tuan rumah KEJORA.

pp/s: My classmates especially boys call me Tiz sbb our Physics teacher, Cikgu Suhaily said that I look like Tiz. He even recognized me anywhere in Maktab because of the name he gave. Jadi, hai, saya Tiz *flips rambut dalam tudung oh-susahnya* -.-