Tolonglah reject offer tu...

6.2.12

Ya, tolong lah reject offer masuk TGB. Adik-adik yang bakal register Rabu depan 8 Februari ni, masih ada masa untuk tolak tawaran tu. Sebab...

1. And akan merasai stress yang melampau daripada timbunan homework yang sangat banyak. Like seriously, tak pernah kot tak stay up sepanjang Form Four dulu. Ratu Stay Up ni, kau tahu? Tapi pointer, hmm.

2. MRSM sikit sangat cuti. Sebagai contoh, CNY Holidays yg lepas. Budak sekolah luar senang-lenang je goyang kaki duduk rumah sampai Ahad. Kitorang? Selasa dah balik maktab, Rabu dah sekolah. Raya? Jgn cakap lah. Tanak cerita pun, takut korg lagi bertambah gerun.

3. TGB sangat miskin dan kedekut dan cekik darah. Oh, betapa banyaknya adjektif yg melibatkan duit di situ. Muafakat punya yuran like seriously tahun ni RM200 kot. Apedehal doe? Dan setiap satu kesalahan tak kira lah kecik mana seperti tak pakai kain dalam waktu prep malam pun kena denda RM15. Masuk second time kau buat benda yg sama, RM30. Kali ketiga, JDM lah. Bilik kotor sebelum pergi sekolah, denda RM2.

4. Facilities sgt daif. Jgn terkejut kalau byk je public phone rosak, washing machine takleh guna, locker tercabut pintu, tombol pintu takleh nak pulas, tandas tersumbat and so on. Nur Musfirah Izzati merupkan room mate sejati Biro Kebajikan Blok G, mmg takleh nak byk lagi lah kan aduan pasal kerosakan tu, kerosakan ni.

5. Strict gila rules. Stokin pendek bawah buku lali, stokin jarang nampak kaki, tak pakai kain dalam even waktu prep malam, pakai tudung ada manik or batu-batu bagai selain dari tudung cotton berjahit dan tak jarang, seluar cikang aka seluar cerut bawah, mmg tak lepas lah kau dari pengawasan warden, LDP mahupun BADAR.

Okay, gerun enough? Kalau kau kat luar free hair, jenis sosial, tak berdisiplin, hari-hari skip class, mmg tak aman lah duduk TGB. However, these are the pros;

1. TGB mmg tempat utk excel. Mmg homework byk sampai waktu utk study, waktu utk basuh baju kadang-kadang takde, tapi mmg boleh excel. Sbg contoh, kitorg mmg rebel habis lah tahun lps. Pecah sejarah budak batch kitorg pecah rumah warden semata-mata nak amek balik phone yg kena rampas, tapi tahun lepas utk Final Exam Sem 2, kitorg lah yg top among the rest. GPS 2 something, the only MRSM yg dpt GPS mcm tu. Alhamdulillah :)

2. TGB mmg bumi tarbiyah. What is tarbiyah, actually? Mendidik, adik-adik. Ramai gila kot yg dulu masuk free hair, tudung singkat sekarang tudung dah labuh, kat luar dah bertudung. Siapa sangka? Mana taknya. Kat sini sume waktu solat mmg wajib solat kat surau. Kalau antara Maghrib, Isyak tu, solat hajat mmg amalan sunat yg kitorg wajibkan.

3. Close relationships with all the teachers. Duduk jauh dgn parents, sume cikgu akan layan korg mcm anak diorg sendiri. Lagi lah kalau dlm homeroom. Sgt close. Betul ni. Kadang-kadang sampai terlupa ada parents kat rumah sbb dah seronok gila duduk sini haha okay, over pulak tu.

4. BKP yg sgt awesome! Like seriously, BWP, LDP, BADAR, EMC, PRS, RCC, JAKSA dan sume organisasi lain dah buat sehabis baik, sedaya upaya yg mungkin utk buat masa kat maktab ni terisi dgn perkara yg berfaedah dan bermanfaat. Recently, kitorg ada Sukan Muhibbah yg sgt awesome sampaikan kitorg buat lagi sekali; Sukan Muhibbah 2.0. Sumpah best tahap dewa petala kelapan yaww!

5. The exact place where you can focus on success in life and insya-Allah, in Jannah. Maktab kami sgt mementingkan agama dlm apa jua hal. Jangan terkejut kalau tetibe korg sama-sama berubah mengikut arus kat sini. Yes, no internet, no phone except for weekend, no socializing dan bukankah itu yg terbaik utk menjaga kesucian dan kehamonian agama kita? :)

Ngee, this is not the RIGHT survival guide to those who are going to register in TGB. Tapi boleh lah jadikan panduan awal sama ada nak tolak ke nak terima offer nak ke TGB lusa nanati. Assalamualaikum :)

0 comments