Default Picture FB

9.12.11

Okay, atas tu mmg default picture sekarang. Lawa, en? Tolong cakap ya. Kalau tak, bontot kau bisul. Sangat indah, pakai baju pink, shawl pink, wedges pink (kat kaki yg mmg tak nampak saja je nak bagitahu), beg pink. Oh, dan cawan CoolBlog dengan sticker pink. Sticker CoolBlog sekarang hijau lah ntah apa colour lain pun aku tatau almaklum Jasin takde CoolBlog mahupun McD maka aku tatau. Susah nak jumpa sticker pink sekarang maka aku sgt value gambar ini. Dan aku decolourized kan gambar tu dengan colour pink. Colourized ke decolourized ke aku main hentam. Watermark juga nak colour pink, hamboihh.

Dan gambar first tu candid sebab Diyana Abdue buat lawak yg aku rasa korang akan rasa tak lawak kalau bagitahu so aku malas nak bagitahu. Dan selepas gambar ini diambil, kitorang pun pergi lah berjimba. Baidewei, saya jumpa Najwa Latif ngehehe. Oh, masa tu Najwa Latif tak famous amos lagi. That was on February, nak celebrate those yg dapat masuk SBP, MRSM dan yg sewaktu dgnnya.

Ni pulak default picture sebelum yg atas tu. Okay, sebenarnya yg pink tu default picture sebelum yg atas ni. Kiranya dia jadi default picture dua kali lah. Yg atas ni kat bilik jiran sebelah. Ya, kat asrama TGB. Katil kitorang katil kayu je almaklum TGB daif tsk tsk. Kenapa jiran sebelah? Kenapa bukan katil sendiri? Masa ni kitorg tgh tunggu LDP datang utk inspection dan kitorg tgh practise lagu Carta Hati untuk persembahan selepas inspection. Dan lagi sekali candid tutup mulut sebab gelak hei perempuan kau ingat kau comel ke LOL.

Setiap kali inspection, mmg WAJIB letak buku panduan asrama dgn kad outing kat atas katil. Dan masa ni inspection kitorg umum takde tema. So pakaian rutin adalah seluar hitam, baju putih, tudung hitam, stokin je sesuka hati sesedap rasa anda. Masa inspection, LDP which stands for Lembaga Disiplin Pelajar akan check kebersihan seluruh blok merangkumi bilik, dataran, toilet, bilik study, bilik iron, ampaian dan disiplin kitorg. Lepas check apa sume, ada tazkirah and persembahan from Form 4 and Form 5.

Kenapa tukar default picture? Okay, aku seriously suka yg tutup mulut kat TGB tu ha sbb pakai tudung berjahit nampak mcm true budak hostel LOL. Nampak sopan gitu so kalau Mr. Defender tgk mcm rasa sejuk je hati dan tetibe nak aku jadi makwe dia lagi lah LOLOLOL. Dan aku tukar bila ada lah sorg mamat ni tetibe tukar DP dia gambar tutup mulut jugak. Tak, ni bukan isu tiru style or what cuma aku tak suka mamat tu dan aku tanak Mr. Defender salah faham kitorg ni couple ke hape style DP sama LOL. Senang kata, aku tak suka mamat tu so aku tanak style kitorg DP sama. Dah, habis cerita.

Sebenarnya nak cerita tu je. Tapi ter-elaborate panjang sangat lah pulak mentang-mentang BM BI A kan berlagak lah pulak. Padahal homework tak siap satu hape pun lagi haha. Okay dah, aku patut berhenti sekarang sebelum aku ter-elaborate apa pulak homework yg aku kena siapkan. Oh sebelum itu tataplah gambar di bawah sebagai pengubat rindu hati yg lara sementara aku siapkan homework. Bye!

Gambar passport ntahapeape -.- Oh, bukan diambil pada waktu yg sama seperti gambar pink di atas. Nampak tu style shawl berbeza? Dan hidung saya sangat berkilat di situ di samping ada satu pimple yg baru nak tumbuh mengenal dunia. Tetibe adik suggest amek gambar passport di saat shawl aku main campak entah ke mana tetibe je ada ladybird kat situ dan muka tak letak bedak. Okay dah kali ni serious punya bye. Bye!

0 comments