Berangan itu perlu

Bakal Mother-In-Law Terbaik Dunia.

28.2.11
Di suatu pagi Sabtu bertarikh 26 Februari 2011 (Birthday Diyana Abdue and Nani! ^^) yang hening... lah sangat, heh *mata ke atas, tangan ke dada haha, berdering lah phone gua menandakan ada mesej masuk, kfine tipu sebab phone bunyi beep je nama pun phone murah =P ;

Mama Fizi (MF) : Salam. Apa khabar? Sihat tak? Lama tak dengar berita.
Gua : Waalaikumussalam. Sihat, alhamdulillah. Sibuk sikit buat persiapan masuk asrama sekarang ni. Gelabah tak memasal sampai lupa tanya khabar balik whaha.
MF : Oh, dapat asrama ya. Tahniah la. Bila nak pergi? Tu hari kata jadi.
Gua : Terima kasih. Masa tu dapat Teknik JB. Tapi kali ni dapat Sains Johor. Isnin ni dah gerak sana dah. Memang a dulu dapat, nak pergi tapi dah anak makcik tak bagi, so saya tak pergi lah *monolog dalam hati tak berani luahkan.
MF : Makcik nak tanya kalau tak keberatan la, Zati dah tak kawan dengan Fizi lagi ya? Sebab selalu rajin mesej. Maaf la kalau makcik tanya.
Gua : Fizi dah takde mesej saya lagi dah. Ada lah dalam 2 minggu macam tu. Makcik tak tahu ke dia dah ada makwe baru? Kfine, makcik tak tahu T_T
MF : Kenapa? Gaduh ke? Makcik tak tahu pun, tu hari makcik ada tanya dia tapi dia diam je. Makcik bukan apa, tak sedap hati la sebab pape hal selalu makcik tanya Zati. Dia tahu tak Zati nak pindah?
Gua : Takde la. Sekejap dia cakap phone rosak, sekejap dia cakap takde kredit. Dia tahu rasanya tapi dia mcm tak kisah pun. Takpe la, dia ada sepupu yg sebaya kan? Fatin ada, Zulhelmi pun ada. Heh, gua dah pesan awal-awal kat Fatin suruh tengok-tengokkan Fizi. And saja jual nama Emy sebab Emy tak suka mak Fizi tanya pasal Fizi kat dia. Penat nak jawab tapi ada gua kisah? =P
MF : Makcik mintak maaf la kalau dia mulakan dulu. Tapi apa pun Zati jgn lupa makcik pulak. Nanti dah jauh kat asrama lupa makcik. Mak, Abah semua pindah ke?
Gua : Insya-Allah tak lupa :) Takde la, saya jek yang pindah. Mama Abah sume kat Medan. Adik saya sekelas dgn adik Fizi, Shahrin tu. Cover sedih, mana boleh saya lupa makcikkk.
MF : Ha'ah, Shahrin ada cakap. Zati tahu tak Fizi selalu dengar lagu Spring, Pesanan Buat Kekasih.

Bila makcik tanya dia tak jawab.
Zaty eh tetibe : Oh, lagu tu? Tak tahu lah saya. Mungkin dia ada masalah ke tapi malu nak bagitahu makcik. Mana lah tahu kan. Serius gelak habis sebab tak tahan Fizi boleh tahan dengar lagu mcm tu =P
MF : Mungkin jugak. Tapi apa pun makcik doakan moga Zati berjaya dalam hidup dan pelajaran. Tahniah sekali lagi. Salam.
Gua : Terima kasih ya, makcik. Makcik jangan lupa saya ya :) Salam. Aww, gua rasa geli, heh.
MF : Insya-Allah. Makcik tak lupa Zati. Nanti makcik suruh Fizi call Zati. Esok belum pergi lagi ya?
Gua : Takpe la, makcik. Sebab saya pun sibuk ni. Banyak lagi benda tak ready. Cuak, makcik ni kannn. Takyah a bagitahu Fizi haha gedikzzz.

Takyah nak buat conclusion ke assumption ke hape, aku mmg lagi sayang mak dia daripada dia sendiri. Kau ada bakal mak mertua sweet mcm ni? Non hadooo, mana nak cari. Yg buat spoil cuma Fizi jek. Takpe lah, Fizi tak boleh pakai, adik-adik bawah dia boleh jadi calon haha gatal.

Tetibe rasa berat hati nak pindah SMSJ kalau mak dia dah mcm ni. Tapi gua dah on the way dah ni. Selamat tinggal, mama Fizi yg serius tak tahu nama konon bakal menantu pigidahh.
Home-made videos by me

Dan Sebenarnya.

25.2.11


Dan Sebenarnya! ^^

Last jumpa Ayien. Last record video sengal mcm ni. Last belajar main gitar. Last post entry kat blog ni sebelum pergi SMSJ :') Lepas ni akan ada entry jugak, Insya-Allah. Tapi sume scheduled rasanya. Eheh =P

Sorry, saya takde lah sekreatif Najwa Latif ke, Syeera Sanders ke, sbb suara saya tak sedap. Saya mmg suka-suka memalukan diri sendiri kat Youtube. Saya just nak enjoy dan buat org lain rasa enjoy jugak, peace! (Y)

Video ni banyak sangat kekurangan, tetibe ada bunyi mesej masuk lah, lupa lirik, distracted terus tak ingat part mana chorus and bridge. Main taram jek letak kat Youtube. Tunggu saya kaya, saya belajar vokal dgn Cikgu Siti Hajar, kay :)
Places I went

SMSJ

21.2.11
There's no turning back :)
Gua pun ada perasaan jugak

Almost heartbroken.

20.2.11




Nak nangis boleh? :'(
Gua pun ada perasaan jugak

MACAM BANGANG.

15.2.11
Agak-agak kalau pakwe kau buat mcm ni, apa perasaan kau? ;

1. Tak layan kau for about a week tanpa sebab.
2. Tapi buat relationship request kat FB. Tetibeee.
3. Layan kau balik mcm biasa.
4. Hilang lagi for a couple of days.
5. Kau text dia sebab geram dia tetibe mendiam, dia pun layan kau mcm biasa. Siap berjanji bagai tak nak menghilang lagi dah.
6. Dia tetibe hilang lagi.
7. Kau online FB, boleh pulak pakwe kau dah in an open relationship (?)

Okay, bayangkan apa reaksi kau? Cekik dia? Upah orang suruh racun makanan dia? Edar surat layang kat mak dia supaya tahu anak dia tu bohjan? Ntah lah, yg aku cuma mampu buat sekarang cuma off phone dan deactivate account FB. Sekian, nak sambung emo pakwe tetibe berubah secara drastik.
Pictures and videos

Don't worry, I got you

12.2.11


Comel gila kot part " Don't worry, I got you " tu :)
Obsessions

Goodbye and farewell comes together.

4.2.11
Hai! Tak, bukan entry emo. Ni entry ceriaaaaa! Ceria tak? Heh. As I've already said before (pernah ke?), tak rock lah en zaman sekarang tak kecoh, derr. So I'm telling you, saya dating Selasa lepas. Yeah, dating dengan...

Diyana Nasuha, Omeil and Suhadah.

Diyana, jiran depan rumah aka former classmates masa sekolah rendah and kat TIGS dolu-dolu. Manusia yang dah rajin menumpangkan saya yang berat gajah ni angkut sekali pergi BP Mall. Kau nampak tu dia pegang chopstick? Mak dia, Cikgu Nona aka bekas cikgu PSV dan masih cikgu BM saya sekarang, belanja makan Sushi King! :D First time dan lepas ni boleh lah kot request hadiah birthday nak makan kat Sushi King? Heheh.

Omeil, ex-hostelmate. Dulu dorm kitorang sebelah-sebelah, saya Z4, dia Z5. Dah nak pindah pergi MRSM Mersing. Sentappp ah gini. Omeil, jaga diri tau!

Suhadah, yang takde dalam gambar, pun bekas classmate dari Darjah 1 sampai nak ambil UPSR. Kurus gila kot sekarang, cikeding tapi tinggi.

Diyana Abdue and Ilya Farhana.

Cerita pasal Diyana dulu lah eh sebab kite jumpa dia dulu kat Popular baru jumpa Ilya kat game (?). Diyanaaa, masa date dengan Encik Awak dulu mmg nak jumpa dah. Tapi entah apa kebengapnya phone boleh rosak bahana letak Pepsi dalam beg. Amek kau T_T Diyana best lah. Cakap guna saya-awak je, hee. Nak keluar dengan awak lagi boleh tak?

Ilya, alaaa ni asal nak meleleh dah nak cerita pasal you ni? Jap, tarik nafas, fuhh lepas. Okay :) Kenal since Form 2 zaman Myspace, dah bagitahu kot dalam entry ni. Banyak share prob dengan dia sebab dia best gila! Saya suka tengok awak pakai shawl gitu. Teringin tapi tak reti, loser me. Dah takyah nak tipu orang lagi dah saja nak buat orang touching bagai. Saja betul Ilya ni. And I rasa you patut main bowling time baru lepas nangis la, baru boleh strike en? All the best kat SMSJ! Be strong!

Anis Borhani.

Masa tengah makan kat Sushi King, tetibe dia text cakap dah sampai. Masa tu tengah menikmati sushi hape ntah. Then terus rushing jumpa depan KFC kat escalator tu. Haha mcm lifeless takde tempat lain nak jumpa. Takde lah spend time sangat dgn dia. Masa snap ni pun (masih) rushing nak balik dah. Anis comel! Suara dia best! Ntah nape, saya suka suara dia. Keep up the cuteness!

Dian and Khalida Aqila.

Dian, nampak mcm tu jek lah masa kat Popular. Then dia keluar dgn Shasha pergi makan kot. Suka cara dia pakai shawl. Biasa tapi nampak selesa. Kecik jeh dia ni.

Khalida, satu-satunya manusia yg mcm concern sangat asal gua tak bersuara. Ntah nape, rasa mcm pemalu gila masa tu. Maybe sebab tak rapat dgn sume jadi rasa susah nak hadam (?) jenis-jenis manusia yang berjenis-jenis kat situ. Kau paham tak apa aku membebel ni? Ntah, aku pun tak faham. Tapi Khalida, awak peramah lah. Saya suka :)

Najwa Latif and Hanna Hairom.

Najwa Latif, takkan tak kenal kot? Sweet sangat! Okay, kitorang tak bertegur tapi see, we are in a picture! Gaya gua cakap mcm first time amek gambar T_T Tak boleh lupa masa shawl dia err tercabut eh?, then masa dia berpeluk dengan Dayana. Sayu, rasa mcm nak nangis sama tapi tahan. Sebenarnya I nak cakap, I suka gila dengan Carta Hati! :)

Hanna, pun tak bertegur, heh. Girl, you're drop dead gorgeous! Saya suka rambut awak, mcm lembut gila. Then you gila kurus kot. Mmg serious lawaaa! Pakai tudung pun lawa, natural beauty :)

Haizu, Shasha Aneeza and Mawaddah.

Haizu, saya suka cara awak pakai shawl. Macam lain tapi selesa. Shasha, awak lawaaa! Eventho cuma pakai tudung bawal biasa tapi mcm charming gilaaa. Baju you lawa, kena dgn you. And suara you comel. Marah org pun mcm tak marah jek. Mawaddah, kenal dah lama. Since Darjah 6 masa Perkampungan Jom 5A kat TIGS dulu. Still sweet and fresh as always :D

Wafa and Hadirah.

Gila kecoh minah berdua ni ==" Lagi-lagi part pearl CoolBlog tu, haha. Wafa cantik. Eventho pakai braces. Hadirah, rasa mcm loud gila kot. Peramah ^^

Azli Dayana.

Ex-hostelmates. Nak pindah SAMURA. Dulu kan, dia adik angkat kakak dorm leader saya. Sekarang tatau lah dgn sape. Bestf Najwa Latif. Dayana ni mmg best, berdasarkan pengalaman berkawan dgn dia masa Form 1 dulu. Awak, take care, okay!

Saya suka sangat keluar dengan sume orang ni. Best best! Thanks dah layan saya mcm dah lama kenal. Sorry terlebih pemalu, hihi. To those yang takde nama kat sini, sorry. Ramai sangat manusia baru. Tak mampu nak cam satu-satu. Otak karat sikit, hee. Jangan nyesal eh keluar dengan saya, heh.

Dan kepada Adhwa Nadirah yang nak pindah SAMURA jugak, saya sayang awak sangat-sangat! Jangan lupa saya. Saya mesti rindu awak. Awak belajar betul-betul tau. Takyah dah pasang pakwe lagi. Saya jek boleh teehee. May our friendship lasts forever :)

p/s: Sume gambar curi dari FB Ilya, Diyana, Shasha and Hanna. Maafkan saya, hee.