Birthweek.

31.1.11

Dah seminggu dah tapi peduli hape aku. Tak style ah tak kecoh zaman sekarang ni kan. 25hb lepas, birthday Ayien! Kawan masa kecik-kecik merangkap guru gitar saya merangkap pakwe Sera! Ni semua kenapa ada tanda seru ni? Okay, excited!

Oleh sebab bajet si Sera Hajah Bakhilah mmg tak pernahnya ada, so kitorang decide nak buat kek! Main curah jek apa yang ada, hee. Tapi best kot sebab sume org puji. Bangga saya, resepi Mama tuuu. Sera just tampal and decorate kek. Mmg terbaik lah sangat topping dia ==


Nampak tak coklat comel warna-warni tu? Ada 8 jek kan? Percayalah, masa Nana buka coklat tu, penuh satu mangkuk. Kitorang balik rumah tinggalkan Sera siapkan topping dgn lapisan kek kedua, tahu-tahu dah tinggal sikit dah. Pelahap Sera ==

Overall, sume okay :) Best kot celebrate birthday org tersayang bila kita berhempas-pulas nak buat dia happy. Ayien dgn Sera nangis on the spot weh. Terharu gila tengok drama tak berbayar depan mata sendiri. Siap ada video pengumuman cinta masing-masing.



Haha kau ingat aku nak bagi kau tengok video SerAyien tu? Nehiii. Eh tapi video atas ni best sbb saya suka Genelia. Comel gilaaa! Lagi-lagi dalam Santosh Subramaniam and Jaane Tu Ya Jaane Na :D

0 comments