Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Birthweek.

31.1.11
Dah seminggu dah tapi peduli hape aku. Tak style ah tak kecoh zaman sekarang ni kan. 25hb lepas, birthday Ayien! Kawan masa kecik-kecik merangkap guru gitar saya merangkap pakwe Sera! Ni semua kenapa ada tanda seru ni? Okay, excited!

Oleh sebab bajet si Sera Hajah Bakhilah mmg tak pernahnya ada, so kitorang decide nak buat kek! Main curah jek apa yang ada, hee. Tapi best kot sebab sume org puji. Bangga saya, resepi Mama tuuu. Sera just tampal and decorate kek. Mmg terbaik lah sangat topping dia ==


Nampak tak coklat comel warna-warni tu? Ada 8 jek kan? Percayalah, masa Nana buka coklat tu, penuh satu mangkuk. Kitorang balik rumah tinggalkan Sera siapkan topping dgn lapisan kek kedua, tahu-tahu dah tinggal sikit dah. Pelahap Sera ==

Overall, sume okay :) Best kot celebrate birthday org tersayang bila kita berhempas-pulas nak buat dia happy. Ayien dgn Sera nangis on the spot weh. Terharu gila tengok drama tak berbayar depan mata sendiri. Siap ada video pengumuman cinta masing-masing.



Haha kau ingat aku nak bagi kau tengok video SerAyien tu? Nehiii. Eh tapi video atas ni best sbb saya suka Genelia. Comel gilaaa! Lagi-lagi dalam Santosh Subramaniam and Jaane Tu Ya Jaane Na :D
Plain random

Triple Unfinished Dots.

28.1.11
Serious, gua rasa macam dah berubah banyak sangat lately. Sejak ada pakwe KONONNYA ni, gua jadi super. Super cengeng, super obsessed, super cemburu, super pemalu, super diam, super lost, super emo, super kurang dalam semua benda yang aku pernah lebih. Hell yes, Encik Awak pulak yang amek sume tu. Dia dah super rajin, super baik, super bising, super cool, super lebih dalam semua benda yang pernah dia kurang.

Aku rindu aku. Aku rindu aku yang dulu ceria, periang. Aku benci aku. Aku benci aku yang sekarang pendiam, pemalu. Aku cuba cari mana diri aku, tapi tak jumpa. Sama ada ini diri aku atau diri siapa, aku tak tahu. Yang aku tahu ini mmg bukan diri aku.

Boleh tak kalau aku nak... ntah, aku sendiri dah tak tahu apa yang aku nak. Aku rasa macam cukup, aku rasa macam kurang. Hati macam dah tak hati-hati. Aku dah hilang. Lost.
Gua pun ada perasaan jugak

Wanna Move. Badly.

23.1.11
Kau click kalau kau nak tahu pasal apa. Agak-agak tak boleh nak zoom dah, right click then save image as whaha. View sendiri kat PC ke laptop kau, okay?

Ntah, mmg down gila kot. Tak dapat SBP biasa jek, sebab memang tak mengharap pun. Sedih lah sikit bila Nad dapat Sains Muar and nak pindah by this Chinese New Year ni. Ilya pun dapat Sains Johor. Saya?

Then, MRSM pun tak dapat. Former primary bestf, Izzati dapat MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin. Tu yg tetibe ada status macam kat atas tu. I... just wanna move. Bodoh gila kot tolak Teknik Perdagangan dulu konon yakin dapat SBP or MRSM. Tapi harammm. And so I guess, this is where I belong?

Abah pulak mcm pressure habis. "Abah tak yakin lah kau boleh dapat 10A kalau duduk Medan", "Kalau kau tak pandai, kau takkan dapat 8A. Masalahnya sekarang ni kenapa kau tak dapat mana-mana?", "Abah nak mintak surat sokongan, kau kena masuk MRSM jugak!". Tertekannnnn!

Dah lah, I nak siapkan Chemistry. Buh-bye.
Family which is sooo familiar -_-'

Abaikan.

20.1.11

Macam ni rupanya rasa kena tinggal - boyfriend, best friend pindah sekolah, family yang this close nak porak-peranda. Syukur, gua masih ada life.

p/s: Akhirnya ada update selepas 3 bulan; Awak, ni cerita kita...
Love KONONNYA

Ouchh.

17.1.11


Aku tak tahu apa kena mengena video ni dgn aku rindu Ain sekarang ni. Absent today, qadha tidur Ahad semalam siapkan dokumen pemeriksaan stok Kedai Peladang. Nasib baik buat kerja bergaji, berbaloi lah sikit en dah ponteng sehari. Encik Awak pun absent, luka terkena pisau masa tolong mama kat dapur masih bleeding dari malam tadi sampai pagi. Asal gua tak rajin tolong mama masak mcm Encik Awak ha? Pagi tadi try masak makaroni habis hancur gua buang dlm tong sampah, membazir. Dasar perempuan kayu.

Dah, dah. Homework tak nak banyak lagi pulak tu. Siap panggil-panggil guna suara Shahrukh Khan. Gatal -,-
Gua pun ada perasaan jugak

Dah Agak Dah.

14.1.11
I thought so this'd gonna happen. Memang Ain akan pergi. Aku tahu Ain genius. And hell yeah, I just don't know why I can't face this. Tak adil lah sume ni! Ain balik dari Kem PermataPintar 17 Disember 2010, then nak pergi balik duduk UKM sana for 2 years (!) 17 Januari ni. Apa ni?! Tak sempat nak spend time meronggeng sama-sama. Dah lah tak dapat sekelas. BENCI!








Taken yesterday, lepas merentas desa. Ya, tiap-tiap hari saya nangis. Mengenangkan hari ni hari last Ain kat sini, gua tahan air mata dari bangun tidur sampai peluk Ain masa balik tadi. Ntah lah, rasa mcm I'm so lost without her.

p/s: Extremely sad.
Contests dan kebarangkalian untuk menang

OLD SCHOOL PHOTO Contest

8.1.11
Hai, hello, assalamualaikum and err evening?


Syarat-syarat penyertaan :
1. Follow Plastic Tree bagi memudahkan Teika inform apa-apa dan announce pemenang.
2. Gambar tak ada muka korang pun takpe.
3. Edit dibenarkan, malah digalakkan.
4. Tinggalkan link kat comment entry ini atau page Plastic Tree.
5. Wajib tag 2 orang shj. Lebih? Boleh.
Rules tu taklah rules sangat, tak ikut tak tolak markah pun. Ekeke, ini bukan exam. Yang penting syarat nombor 4 tu. dan gambar yang dipertaruhkan mesti milik korang sendiri. Kalau tak, automatik penyertaan - BATAL. :)

Hadiah : Misteri, depends on sape yang menang lah kan? (wink wink)
Tarikh tutup : buat masa ni 10 Januari. kalau diubah, akan diberitahu kelak

Dan gambar buruk yang dipertaruhkan adalah di bawah ni;

Oleh kerana Teika cakap screenshot pun boleh, so here it goes in the winning list, heheh. Ya, memang buruk. Dan kalau kau bijak pandai, teka lah dari DVD cerita apa gua amek screen shot ni? Hee :D

Oh, ya. Teika, saya tak sempat nak tag sesiapa. Sorry. Mungkin, saya nak kena siapkan homework Chemistry lepas ni atau maybe saya nak menang sorang. Boleh jadi, kan? *wink

p/s: Awak sayang saya tak? *emo
Love KONONNYA

As have been expected,

5.1.11
firsy day of school memang tersangatlah boring. That's why I write this on third day of school. Orientation 's finally over dan saya dah dapat kelas :) Peduli lah en result PMR 8A tapi masuk second class, dah gua minat akaun, nak buat mcm mana.

Okay, jujur mmg sedih habisss sebab tak sekelas dgn Ain. Dah lah 17 ni dia pindah Akademi Permata Pintar. Hari-hari terakhir tak dapat dihabiskan bersama. *Feeling like crying. Tapi sokay lah, saya nak kejar result SPM A tegak mcm sebelum ni.

Dan sebagai permulaan yang baik untuk 2011, saya dapat C3! ^^ Macam mana lah tak sayang bapak saya ni. Ajak pergi bandar ingatkan nak cabut gigi jek, then tetibe ajak pergi beli phone. Aww!

Oh ya, saya nak belajar sungguh-sungguh lepas ni. Saya nak fokus betul-betul. Saya nak sayang meja saya sebab Encik Awak yang tolong angkat meja saya tadi. Okay bye! =P



Kimia for all sebab saya dah start belajar Chemistry (?)
Home-made videos by me

It's a hello from hell.

1.1.11
Sorry, gua private blog tak bagitahu. Konon nak mekap blog, last-last buruk jugak cenggini. And so this is the official re-opening (?) yada yada yada. Well, Happy New Year, peeps! Idk whether this year gonna work for us or not, tapi hope so lah. 2010 err not my fav, dgn patah hati ape sume, sakit ulang-alik hosp but overall ada jugak rasa manis. Takde lah haram J sangat mcm 2009.

Dan, alhamdulillah, 8A dalam genggaman akhirnya :) Ntah, tak happy sangat mcm dapat result UPSR dulu. Maybe sebab masa exam gua sedang mengalami kekecewaan terlampau dan melarat sampai habis exam, makanya result cemerlang ke jahanam ke mmg tak mempengaruhi langsung hidup gua. Pasrah dan bersyukur seadanya.

Tayah nak ungkit entry konon dapat C3 kalau result flying colours lah sangat. Bapak gua cakap C3 ke C4 ke hape, sume beli 2011. Bonus tak dapat lagi plus phone turun harga 2011 sebab sume phone bebas cukai T____________T Punya lah berjimat-cermat bapak aku. Heh.

Ain confirm pindah Akademi Permata Pintar. Menangis tayah cakap lah, rumah aku dah banjir tahap kena pindah pusat penempatan. Sahabat ketawa, nangis, meronggeng, mengumpat dah takde. My teenage life will suck. Eceh cakap mcm takde kawan lain. Yea, kawan ramai. Tapi sahabat ni sorang jek lah. Alahai.

Dan saya sedang berusaha sedaya upaya pujuk cikgu-cikgu atasan bagi saya masuk kelas kedua. Dah serik dah kot duduk kelas first. Tekanaaaaan! Second class ada Akaun instead of Bio. Nak suruh amek Bio? Bak meh sejuta sini, sejuta alasan mengapa saya perlu masuk kelas Cekap. Sendiri punya impian, sendiri laksanakan, tak gitu? *wink

Oh hidup sekarang bahagia, rasanya. Encik Awak never fail yet to make me smile almost every day. Eh jap, betul ke grammar aku? Almaklumlah, budak, uhuk uhuk, konon pandai, uhuk uhuk, dah lama, uhuk uhuk, tak bukak buku. 01.01.2011, alhamdulillah cukup sebulan dah :)

Dan sebagai pengganti NY picture, nah my latest home-made video;



Err new obsession, maybe?

p/s: Suara saya sangat childish ==