What Have I Done.

10.11.10

What have I done bunyi macam berat gajah. Bunyi macam banyak buat dosa. Bunyi macam rasa bersalah tertumpahkan sos tiram dalam sambal istimewa Kak Sha (iklan Downy :P). Bunyi macam pelempang hinggap di pipi sebab tak start-start lagi apa nak cerita ni. Haha lama seh gua tak update. Makanya ini adalah entry menebus kesalahan dan dosa saya. So what have I done in a week?

1. Menyambut kepulangan laptop tercinta, dan dah TER-rosakkan balik haha mampos aku kalau abah tahu ni.
2. Menyambut Deepavali *nada serius.
3. Menyambut ulangtahun pertama saya single yeay! Hai, Encik Awak! *kenyit mata sikit haha
4. Habiskan game Mystery P.I : The Lottery Ticket :) A great accomplishment!
5. Hirup kuah laksa. Serious selama ni tak pernah hirup kuah laksa sebab sume tak sedap. Tapi laksa R&R Dengkil memang superb! Banyak duit and panjang umur nanti, nak amek makcik indon tukang masak tu jadi bibik haha.
6. Telan 3 bungkus Strepsils. Suara aku dengan suara Bandi Amuk lebih kurang je sebenarnya sekarang ni cuma aku pakai tudung jadi ada lah perbezaan sikit haha LOL.
7. Sunsilk datang sekolah dan saya sangat suka sebab dapat free sampling kit. Dan abang Alif Haikal tu handsome. Dan badan dia taff. Dan perut dia slim. Dan rambut dia lawa. Dan dia ada janggut goatee. Dan bontot dia mantap bhaha kantoi aku suka tengok bontot orang. Tak, aku suka tengok bontot orang hensem jek :P
8. Reject offer kali kedua bekas pakwe ajak couple balik. Tak, bukan Encik Awak sebab tu reject haha.
9. Selak tudung Adhwa tengok dia ada boobs ke tak and seriously sangat flat ==
10. Masih belum kemas rumah dan habiskan sidai baju alamak mak balik kursus esok!

Finally, an entry! Okay, bye.

0 comments