Remote Control

18.11.10

Remote control. Takde dia, takde lah TV err sort of lah kan. Kalau takde remote control dan kau memang pemalas nak angkat bontot duduk depan TV picit button tukar channel satu-satu, memang menahan jek lah tengok channel yang sama.

Sama lah jugak dengan teddy bear (aku tak tahu nak letak perumpamaaan apa lagi). Takde dia macam tak boleh tidur, ya, saya rujuk kes diri sendiri. Betul-betul mata nak lelap sekali terasa takde suami teddy bear untuk dipeluk, terus terjaga dan start merayau sekitar rumah cari teddy bear. Gila.

Tapi adik saya lain. Dia tak perlukan suami, mungkin, mahupun teddy bear untuk tidur lena. Dia hanya perlukan remote control. Setiap malam.

Lebih kurang cuma adik aku lawa sikit HAHA

Dan satu hari tu, dia terbawak remote control pergi sekolah agama akibat terlalu sayangkan remote control tu. Okay, tipu. Sebab kitorang berebutkan remote control tu. Sampai sekolah, member dia tanya, "Kau bawak handset ke?" Kalau aku, aku akan jawab, "Ha'ah, handset atok kau."

0 comments