Obsessions

Annoying

27.11.10
Kau rasa macam nak bunuh diri tak bila bapak kau cakap macam ni,

"Abah confirm nak beli C3. Jangan marah."

sambil kening-kening dan kenyit mata segala bagai?

Drools sampai dapat result PMR, demm!

Entry Singapore sambung lain kali sebab tengah sakit gigi, busy study untuk UKKM dan sedang struggle siapkan laporan Singapore. Ya, kena buat laporan. Amendenya nak enjoy, balik Malaysia pening kepala. Okay, bye.

P/S: Aku dah agak dah.
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Makk, panjangnya entry kali ni siap ada gambar sehh!

22.11.10
Hi, Malaysian! Eceh berlagak lebih pulak nak panggil readers sendiri Malaysian, mentang-mentang baru balik Singapore. Oh ya, terima kasih pada yang dah doakan keselamatan perjalanan kami. Alhamdulillah, saya kini menulis entry ini di rumah saya dan bukannya di rumah sakit :)

Seperti yang korang dah notice (KOT?), saya takde semangat nak pergi lawatan ni. Makanya saya tak tidur sampai Singapore haha asal macam teruja pulak. Kumpul kat sekolah, 0315 hrs. Mandi haruslah 0215 hrs, dengan nak blow dry rambut lagi gedik punya perempuan dah tahu nak jalan jauh asal basuh rambut grr.

Rupanya sampai sekolah dah ramai manusia masuk bas, maka saya jadi panik dan nervous. Nervousness mendorong saya bercakap dan mengunyah tanpa henti dari mula-mula duduk sampai dah lepas sempadan Singapore - Malaysia. Serious langsung tak berhenti dan sangat hyperactive sehingga dah terhempaskan dua kamera bukan milik saya T_T

Suasueykemoning (baca : suasana di waktu pagi)

Jiran depan.

Wah, garangnya pakcik imigresen Woodlands. Ain kena tengking sebab terlupa letakkan sling bag dia, takuttt! Tapi memang kitorang macam jakun kot. Baru sampai imigresen Woodlands, Seha dah cakap, "We're oversea!" Dah lepas imigresen masa dalam bas tengah check phone tetibe keluar SingTel instead of MY MAXIS, budak belakang dah sibuk tanya, "Kalau kita call orang Malaysia, berapa kena charge ek?" Macam diri sendiri bukan warganegara Malaysia jek ==

Dan destinasi pertama kita, Marina Bay yaww! =D Kitorang stop kat The Fullerton Boat House dan mula lah mengexplore macam orang baru first time pergi luar negara. Okay, kami budak kampung pedalaman, memang haruslah perangai sebegitu. And this was my third time kot. First and second pergi Indon, dong!

The Fullerton Boat House :D

Marina Bay Sands.


Saya tak tahu apa yang Puan Norhayati cuba terangkan tapi beliau sungguh comel!

The Merlion, Marina Bay.

Kami! ^^

Seha, Arif and Nad, former tuition mates :)


Kami dan pelakon tambahan di belakang sana, Azhar :D

Then kitorang jalan depan sikit pergi Esplanade. Takde apa sangat kot sebab tak dapat masuk theater tsk tsk. Then masa tunggu coaster cikgu-cikgu penuh dan kami bersantai-santaian sambil merusuh kerana mogok lapar, tetibe saya rasa haus haha paham tak kaitannya? Dan saya gedik nak minum Coke dan Coke gedik nak masuk mulut saya maka Coke pun tersembur dan mengotorkan baju saya. Akhirnya saya tukar baju yang sepatutnya pakai waktu malam dan dapat sedondon dengan anak Ayah Aji yang handsome hehe :P


Lampu jalan yang saya rasa sangat unik sebab kat Malaysia macam takde. Correct me if I'm wrong.

Esplanade :D

Seriously terbaik, wokkk! Nak yang colour biru tu untuk Audi saya tapi Audi gitar lah pulak T_T

Sok-sok malu :P

Gents yang turut kami lawati haha.

Lokasi pengotoran baju oleh sang Coke durjana.

Kemudian, kami ke Chinatown, baby! :D Turun terus cari toilet dasar kawan baik syaiton == Dan dapat masuk free sebab abang jaga tandas tu takde change in cents hehe :P Lekit woh badan for sure kalau golek atas tepung mesti jadi semanis roti tisu whaha XD Keluar toilet, Nad gedik cari slippers. Penat gua speaking tapi beli kat tempat lain, sengal. Then beli souvenirs dengan budak lelaki yang mana turut memilihkan saya baju baru yang terus saya salin dalam bas lepas tu untuk terus kekal satu geng putih dengan semua :D

Chinatown Complex.

Slippers, S$5 sehh. Tapi Adhwa tak beli kat sini, dia pergi beli yang 3 kali ganda mahal ==

Eh asal panjang sangat cerita Singapore ni? Baik lah, bersambung di lain entry XD

p/s: Adakah saya ditakdirkan untuk bercakap panjang-panjang?
Gua pun ada perasaan jugak

Singapore

19.11.10
Yeah, I'm going to Singapore tapi satu hape persiapan pun tak buat lagi. Okay, anda tidak merasakan keberdebarannya? I'm going to Singapore this fcuking 3 am tapi satu hape persiapan pun tak buat lagi. Dah tu, apa lagi kau buat tercongok kat depan laptop? Cepat shut down!

Lepas maghrib tadi lah baru nak terhegeh-hegeh beli baju lah, perfume lah, jajan lah padahal dah berminggu-minggu cikgu buat taklimat Singapore ni. Alahaiii, malasnya Nur Musfirah Izzati. Maybe sebab takde semangat kot. Or maybe sebab semangat tu tak ikut sama pergi Singapore kot? Encik Awak, rinduuu!

Seriously, dua tahun lepas, masa nak pergi lawatan KL, berbulan-bulan aku get ready. Siap ada checklist segala bagai (haha aku masukkan Encik Awak dalam list tu sebab dia memang ikut pun :P). Memang seronok gila kot, dah lah dapat duduk satu baris dengan dia. Satu baris means saya betul-betul depan dia, jadi sila bayangkan betapa lebarnya senyuman saya semasa itu hehe :D

Dan masa kitorang alomost got hooked up bulan Jun lepas, dia dah janji nak study betul-betul supaya dapat tempat pergi Singapore. I mean, really grab the seat sebab cuma Top 40 something in trial je yang dapat pergi Singapore ni. Tapi kitorang just broke up mcm tu and there goes my ex cum almost boyfriend :(

Okay, I really need some sleep. GTG dan sila doakan bas yang saya naiki tak accident masuk gaung supaya saya dapat amek UKKM yang saya tak mohon tu. Cerita next entry, Insya-Allah :)

Tak nak pergi Singapore kalau Encik Awak tak ikut! *sambil hentak-hentak kaki dengan gaya mengada-ngada
Family which is sooo familiar -_-'

Remote Control

18.11.10
Remote control. Takde dia, takde lah TV err sort of lah kan. Kalau takde remote control dan kau memang pemalas nak angkat bontot duduk depan TV picit button tukar channel satu-satu, memang menahan jek lah tengok channel yang sama.

Sama lah jugak dengan teddy bear (aku tak tahu nak letak perumpamaaan apa lagi). Takde dia macam tak boleh tidur, ya, saya rujuk kes diri sendiri. Betul-betul mata nak lelap sekali terasa takde suami teddy bear untuk dipeluk, terus terjaga dan start merayau sekitar rumah cari teddy bear. Gila.

Tapi adik saya lain. Dia tak perlukan suami, mungkin, mahupun teddy bear untuk tidur lena. Dia hanya perlukan remote control. Setiap malam.

Lebih kurang cuma adik aku lawa sikit HAHA

Dan satu hari tu, dia terbawak remote control pergi sekolah agama akibat terlalu sayangkan remote control tu. Okay, tipu. Sebab kitorang berebutkan remote control tu. Sampai sekolah, member dia tanya, "Kau bawak handset ke?" Kalau aku, aku akan jawab, "Ha'ah, handset atok kau."
Family which is sooo familiar -_-'

MALU

12.11.10
Serious malu bila ada orang tanya "Adik kau dapat berapa A?" Sebab jawapan dia tak membanggakan.

Tapi gua bangga sebab Medan 14 orang dapat 5A, 6 orang dapat 4A. Time kitorang pun 10 orang jek. So bangga tu tetap ada, cuma pada adik dan anak orang lain. Bukan dengan adik sendiri.

Abah sedih, kecewa, marah, malu senang kata sume ada. Gembira je tak. Dan itu adalah sangat menakutkan saya kerana saya punya keputusan belum keluar lagi. Macam mana kalau keputusan saya pun sama tak semenggah? Maluuu!

Dan sebenarnya Ani dapat 3A 2B. B - Science and English. Dasar jawaaa -_-'
Family which is sooo familiar -_-'

What Have I Done.

10.11.10
What have I done bunyi macam berat gajah. Bunyi macam banyak buat dosa. Bunyi macam rasa bersalah tertumpahkan sos tiram dalam sambal istimewa Kak Sha (iklan Downy :P). Bunyi macam pelempang hinggap di pipi sebab tak start-start lagi apa nak cerita ni. Haha lama seh gua tak update. Makanya ini adalah entry menebus kesalahan dan dosa saya. So what have I done in a week?

1. Menyambut kepulangan laptop tercinta, dan dah TER-rosakkan balik haha mampos aku kalau abah tahu ni.
2. Menyambut Deepavali *nada serius.
3. Menyambut ulangtahun pertama saya single yeay! Hai, Encik Awak! *kenyit mata sikit haha
4. Habiskan game Mystery P.I : The Lottery Ticket :) A great accomplishment!
5. Hirup kuah laksa. Serious selama ni tak pernah hirup kuah laksa sebab sume tak sedap. Tapi laksa R&R Dengkil memang superb! Banyak duit and panjang umur nanti, nak amek makcik indon tukang masak tu jadi bibik haha.
6. Telan 3 bungkus Strepsils. Suara aku dengan suara Bandi Amuk lebih kurang je sebenarnya sekarang ni cuma aku pakai tudung jadi ada lah perbezaan sikit haha LOL.
7. Sunsilk datang sekolah dan saya sangat suka sebab dapat free sampling kit. Dan abang Alif Haikal tu handsome. Dan badan dia taff. Dan perut dia slim. Dan rambut dia lawa. Dan dia ada janggut goatee. Dan bontot dia mantap bhaha kantoi aku suka tengok bontot orang. Tak, aku suka tengok bontot orang hensem jek :P
8. Reject offer kali kedua bekas pakwe ajak couple balik. Tak, bukan Encik Awak sebab tu reject haha.
9. Selak tudung Adhwa tengok dia ada boobs ke tak and seriously sangat flat ==
10. Masih belum kemas rumah dan habiskan sidai baju alamak mak balik kursus esok!

Finally, an entry! Okay, bye.
Semua orang sambut Hari Tua

Tutorial Photoshop

3.11.10
Pertama sekali, muka aku ada macam muka manusia rajin ke nak buat tutorial segala bagai? Adik mintak tolong tunjuk kerja sekolah pun aku cakap nanti sampai diorang dah habis final exam. Makanya, bolehkah saya diklasifikasikan rajin?

Kedua, muka aku takkan muka korang pulak kan ada macam muka reti guna Photoshop ke? Selama ni letak gambar dalam blog pun takde letak tanda air (baca : watermark), ada hati perut nak guna Photoshop.

Ketiga, ini sebenarnya adalah entry birthday, kenapa tajuk boleh letak Tutorial Photoshop? HAHA sengal Zaty. Sebenarnya nak bagitahu, saya baru first time guna Ps semata-mata nak buat gambar bawah ni;

Buruk, ya, saya tahu dan saya rela jika gambar ini dikeji kerana saya boleh salahkan Ilya HAHA.

To Ilya;

Happy Birthday, babe! I'm sorry I takde hadiah untuk you. First, sebab tengah save bajet nak pergi Singapore and duit reunion. Second, bila masanya lah I nak bagi kan? Kalau lah muka I ni muka rajin nak pergi pejabat pos buat pos laju, memang mati terkejut lah bapak I jadi I putuskan untuk tetap malas kerana I sayangkan bapak I HAHA WTF apa kena mengena?! I'm looking forward to see you soon! Hope mak you bagi you keluar. Jangan risau sebab setakat ni sume orang yang keluar dengan I berjaya pulang ke rumah dengan jayanya, tanpa sebarang kecacatan fizikal. Kecacatan mental mungkin ada sebab I memang sengal orangnya HAHA. And kemaafan dipinta sebab kejadah lah sangat gambar I lagi besar kat atas tu HAHA redha je lah ye XD

Saya kenal makcik ni since zaman myspace lagi. Yahh, zaman tu myspace popular almaklum sume generasi rempit gituew =P Tapi I really love her, mungkin tak sebanyak sayang dia pada besfriends dia yang lain lah kan. Dia tukang penenang masa mula-mula clash dulu. Tukang komen entry blog saat blog popular HAHA gua redha, bhai blog gua makin mundur lately. Apa pun, ILY, Ilya ♥

Ilya's blog; HEY ,

p/s: Asal boleh ada 3 orang minat gua sekali gus? Mana nak pilih? T_T