Family which is sooo familiar -_-'

Perempuan

29.10.10
"Akak, bawak naik selendang pink bunga-bunga kau tu."

"Ma nak buat apa?"

"Nak pakai pergi kerja."

"Ma reti ke?"

"Kau lah ajar."

Sila percaya Nur Musfirah Izzati pergi bandar pakai baju kurung PINK. Buku-buku kat belakang ready to be recycled :)

Emak saya sebelum pergi kerja.

Perempuan rupanya aku == Oh ya, selendang tu beli masa preloved sale kat MODISH! Do visit! :D

p/s: Ain dapat pergi UKM jugak, at last :(
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

1 + 0 bukan tajuk novel seterusnya Hlovate selepas aA + bB

27.10.10
Terima kasih, Kak Seha kerana bertanyakan ke menanyakan pasal pertandingan memasak Sabtu lepas. Kalau tak tanya, kuasa lah sangat makhluk yang sedang menaip ini bercerita. Kitew maluew. Malu lah sebab dapat nombor satu! Ya, nombor satu tapi ada tambahan angka kosong kat belakang. Kalau kau belajar math walau sampai tadika pun umum kau tahu kitorang dapat tempat ke-10.

Mengapakah tewas eceh perkataan kalah seperti terlalu loser gitu. Entahlah, saya rasa mi goreng kitorang sedap, Chef Wan pun rasa sedap. Tapi oleh sebab yang jadi juri Chef Two dan Chef Three, makanya jadi tak sedap kot (?)

Kau tengok betapa menggodanya mi goreng kitorang tetapi mengapa tewas jua?!

Yang tukang masak tu sorang jek tapi yang lain menyibuk sebagai bukti kerjasama konon nak markah simpati juri tapi kecundang jua.

Candid dan tidak dapat diselamatkan.

Ahli kumpulan Dewi Melayu. Kasihan chef kita terlindung daripada tiupan angin camwhore yang melanda.

Yang menang. Ah tak aci kenapa tak bagitahu boleh bodek cikgu dengan sediakan sate, naget dan air tembikai? Kalau tahu, mesti menang jugak okay berdosa mengeluh. BTW, tahniah Bie!

Kau tengok tu diorang siap cover gitu konon nak mencegah daripada bakteria hinggap lalu membuat sarang dan mengurangkan keenakan malahan membuatkan juri cirit birit selepas itu.

Bib mempertikaikan kekalahan kami dengan meluahkan isi hati kepada Taruna.

Eh cikgu kegemaran nombor dua! Hai, Cikgu Azhar! ♥

Ingatkan lepas pertandingan memasak ni nak berubah terus rajin masuk dapur. Tapi terima kasih kekalahan kerana memberi saya sumber alasan malas tolong mak masak selain daripada kupas bawang dan ikan bilis sahaja whaha *mood berharap mak mertua takkan baca ini.

p/s: Tuhan, jauhkan aku dari cinta terhadap makhlukmu yang bernama lelaki.

p/s/s: Sedang tekun menghadap aA +bB karya Hlovate :)
Pictures and videos

Kerana Cinta

22.10.10


Lu org nak dating weekend ni kan? Ingat-ingat sikit mak bapak. Jangan kerana daTING, ada pulak yang bunTING. Ciao!

p/s: Esok ada pertandingan memasak. Aku masak? ==
Love KONONNYA

Lewat, maafkan saya.

19.10.10
Due to fever, entry ini lambat ditulis. Waa rasa macam baru jek sihat dan meneroka SO Sabtu lepas, mengapa sakit lagi? Terima kasih, bapak. Ya, bapak lah pembawa virus ini tapi dia lagi best sebab kena tahan kat hospital 3 hari dan dapat bronchitis sebagai pakej pelengkap T_T

Birthday girl.

Semalam, 18th Oct, birthday Ain, yeay! Tapi minah ni gedik, malas datang sekolah nak jugak rasa ponteng sekolah tu best ke tidak, makanya no celebration. Minah yang tulis entry ni pulak, lupa beli hadiah padahal kat SO dari pukul 12 sampai 5 lebih. Apa kau buat, perempuan selain karok, tengok wayang dan jatuh cinta?! Eh jatuh cinta? *wink

Dan, oleh sebab bukan oleh kerana, lihat, pesanan Cikgu Ruzina setiap kali ujian tatabahasa sudah melekat di memori kepala hotak saya, sila bangga, cikgu -.- Eh where was I? Oh ya, since surat offer UKM tu Cikgu Shahrizad lambat sampaikan selama 5 days ++, Ain pulak jenis yang malas merayu, so kira offer tu kira decline mcm tu jek.

Jadi untuk mengekalkan kemesraan dan kerapatan dan kekimiaan (baca : chemistry) yang ada antara kami, semuanya terpulang pada keputusan SBP kami. Kalau dapat sama lagi masa Form 1 dulu kat TIGS dan sama-sama berganding bahu berhijrah ke Seri Medan, pergi kot. Kalau dapat lain-lain, jawabnya tak pergi lah ye.

Gedik bukan kami? Sungguh ==

p/s: Saya dah pandai jatuh cinta sekarang. *blush
Berangan itu perlu

A Letter To My Kid(s) I

15.10.10
Hey daughter / son, (I prefer girl, so she'll end up like me tulis surat buat anak sebegini bhaha :P)

Mummy's here! Please read this with your heart, I want you to know what I want best for you. I hope after 9 months I carry you in my big tummy, I can see you. I wanna hold your little tiny fingers, I wanna give you lotsa kisses, I wanna feel what your granny felt back to the day I was born.

I want to take a good care of you. You'll feel the love from your mummy, in case mummy tak meroyan lah kan haha :P I wanna enrol you in music classes, ballet, taekwondo, foreign language classes or maybe cooking? So you'll be a good child for me and Papa. So you'll grow up as a bright kid. I want everyone to respect you.

In case you're cengeng like me, nope, you'll not be pampered. I don't want my baby turns to a spoilt brat. If you wanna cry, go and sit at the corner. No one will bother you. Then you'll realize you can't get everything that you want. I want you to be independent. You must learn how to survive life, if mummy and Papa have to leave you.

My baby, you'll be as strong, determined and courageous as me. You'll be a loyal and caring lover just like Papa. We'll make sure that you will be raised up, perfectly.

Will write to you again.

XOXO,
Mummy.

p/s: Absent, again. Thanks, food poisoning.
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

IDK

14.10.10
Jangan pelik, hari ni saya tak sekolah :P Faham-faham lah hari ni 14 hari bulan ye :D

Semalam, Cikgu Shahrizad bagi surat offer UKM pada Ain. Yeah, Ain layak pergi camp kat UKM tu and if she survived, next year she'll study at Akademi Permata Pintar. She'll be gone, for real. Yea, I cried. IDK why, whether I'm too happy for her, jealous sebab tak dapat sama or sad because she is leaving. Mana tak sedih, kat sana tak boleh bawak phone, and the camp lebih kurang a month. Gila?! Kalau dapat masuk Akademi tu, arhh, lagi lahhh!

Rapat. Sangat.

Macam lengan dan ketiak.

Due to family probs, kawan kesayangan yang seterusnya cewah tak nak bagitahu nombor berapa takut kecik hati haktuih, Dada' is gonna move to Muar at the end of this year. Alaaa, lepas ni saya nak tiru kerja siapa lagi? Nak pergi pasar dengan siapa lagi? Nak gossip dengan siapa lagi? Cakap dengan siapaaa kalau bukan Dada'? Ye, saya nangis lagi T_T

Menunjukkan lokasi rumah barunya.

So, these girls are moving out. As for me, we'll see. Saya mohon SBP, MRSM dan SMT. It might be weird as I wish I will be accepted for SMT. SMT Perdagangan JB, wait for me! Okay, stop all the dramas. Instead of tears, we shared fun. We chose Truth Or Dare masa free time lepas game bola baling semalam, ye lah game apa lagi yang enjoy, kan selain dapat korek rahsia orang muehehe *gelak jahat sejahat Mojo Jojo PPG.

IDK why I wrote this, maybe I just wanna tell you how much fun we can have instead of sadness, even I wanna cry my heart out! :(

p/s: We won the futsal championship, Go Efisien Go! ^^
Gua pun ada perasaan jugak

Kesayangan. Yang. Tua.

13.10.10
Tak, tak nak cerita pasal PMR mahupun pasca-PMR. Sebab biasa lah en, cerita lepas PMR. Online, tidur, makan, tv, texting dan begitu sahaja lah masa seorang Zaty dihabiskan tanpa rasa sesal. Pergi sekolah, masuk musolla, cikgu potpet, saya pun potpet, semua potpet dan balik. Oh, lupa. Dan tidur semasa cikgu potpet, dan makan semasa cikgu potpet. NIKMATNYA HIDUP.

F*ck, kan dah huraikan cerita pasal pasca-PMR sampai satu perenggan. Okay straighght eh straight malas tekan backspace, to the point. Kerajinan menaip pada hari ini didorong oleh dorongan teman dan keluarga. Okay, tipu bila masa mak bapak aku tahu aku ada blog kan. Nak cakap pasal ini sebenarnya;

Semakin hari semakin lawa.

Yang pakai tudung pink haha.

Yang belah kanan tu makwe saya, nama dia Sera. Nama penuh, censored sebab dia takut ada orang jampi dia jatuh hati pada orang tersebut. Budak ini sebenarnya semakin hari semakin tua, sejak dia lahir. Tu sume orang tahu en, Zaty sengal. Baiklah, ucapan gedik seperti biasa;

Happy 15th Birthday, sayang! Jaga diri baik-baik, jaga hati dan jaga persahabatan antara SAM, okay. Ah, sh*t! Aku kelu. Mungkin sebab kau bukan lagi makwe aku. Ya, mungkin. Okay, saya tak gedik.

Baiklah, blog saya buruk. Siapa-siapa tolong editkan bagi lawa sikit, boleh? Mintak nyawa dan mintak tolong! Mintak nyawa sebab lelaki yang saya sedang cuba kenali dah pergi. Orang dah berpunya, tak baik diganggu. Akhirnya, saya sedih lagi. Sebab tu banyak mencarut. Patutnya berzikir T_T

p/s: Nak buat video miming lagi!
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Hey hey!

10.10.10
Okay, I'm finally here! First week of exam, survived. Makkk esok je tinggal Maths and KH. I'll get As, Insya-Allah. Yes, I'm fine, very fine. Kepala saya belum putus wayar lagi eventho paper Science 2 macam tak nak susah lagi kan. Nyesal gilaaa vavi tak study hard masa tu. Apa guna nyesal sekarang, bukan boleh resit paper tu, waaaa! T_T

Okay, my life is getting more stable now. Lepas habis PMR ni haruslah banyak hari harus Nur Musfirah Izzati fly sekolah en, begitu juga dengan Encik Awak. So, we'll not see each other. It's great actually so takyah lah nak menghadap muka dia sambil menyumpah seranah dalam hati kemudian lari pergi tandas rasa macam nak marah and nangis bengap sape suruh masuk rumah setan. Lepas ni saya akan lari masuk surau pulak -_-

Okay eh mengapa setiap perenggan harus ada perkataan okay sebagai pembuka kata? Okay, kan dah mula balik so silly me. Baiklah, saya sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang sekarang ini cewahh macam komen artis -artis gitu. Saya serius, sungguh serius seperti lirik soundtrack Wonderpets; INI SERIUS! Idk whether this could work or not tapi saya nak lepaskan PMR dahulu.

Okay (lagi), two more subjects! Pray for me yaww!

p/s: Entri-entri sebelum ini, tu puisi saya buat sendiri. Kemaafan dipinta kalau tak sedap hehe.
I write trash

Sepi

4.10.10
Malam kubermimpi
Aku duduk di tepi tasik
Memetik gitar melagu puisi sepi

Cerita mimpi itu lagi
Aku sepi, sepi sekali
Merindu kucupan darimu
Menunggu pelukan eratmu
Menanti kehangatan asmara tika bersamamu
Sepi

Dan hari-hari terus berlalu
Masih lagi sepi, sepi sekali
Mimpi itu bercerita
Kau sudah pergi
Cukup jauh, jauh sekali

Aku lantas tersedar
Menoleh ke sisiku
Itu bukan mimpi
Kau benar-benar pergi
Dan hidupku kini
Masih dan terus diselubungi sepi.

p/s: Doakan kejayaan saya dalam PMR 5 - 11 Oktober ni! Thanks, y'all! Love ya!

Penanggung sepi,
Zaty.
I write trash

Cinta Sejati

2.10.10
Percayakah kau pada cinta sejati?
Pernahkah kau merasa hadirnya?
Tahukah kau apa erti cinta?

Mendapatkannya penuh kesabaran
Kau kan ditimpa pelbagai halangan
Diselangi kesukaran dan ketidaksanggupan
Bisakah hatinya kau tawan?

Dapatkah kalian bertahan?
Terlaksanakah segala ujian?
Apa kau rasa erti cinta dengannya?

Bosankah dengan karenahnya?
Pilihanmu tinggal dua
Curang atau tetap setia?
Hati siapa kan terluka akhirnya?

Jangan kau berakhir sebelum bermula
Erti cinta takkan kau tahu
Bahagia dan gembira takkan kau rasa

Maka wahai pencari cinta
Percayakah kau pada cinta sejati?

Masih mencari cinta,
Zaty.