Sudut

30.9.10

Di suatu sudut yang terpencil
dalam lubuk sukma yang terdalam
ada suatu rasa rindu
yang tak bisa dinafikan
walau aku cuba melupakan
kau sentiasa muncul di kotak fikiran.

Di suatu sudut kamar kecil
aku menikus membatu diri
duduk keseorangan menangisi sepi
tidak bersuara ketandusan kata
diam mulutku, mati hatiku
tiada berteman dirimu lagi.

Di suatu sudut dunia tak berpenghujung
saat rindu sayangku masih menggunung
aku percaya pada takdir
yang pernah menyatukan kita
kau dan aku adalah cinta
pasti nanti kembali bersama.

Yours truly
Zaty.

0 comments