100th, and I don't know what to write.

29.8.10

Pernah pergi sini? --->www.mohdkhairuddin.com Haruslah pernah, kan. Ingat nak join, tapi my mom bukan kinda yang suka memalukan anaknya sendiri. Waa, terlepas dah peluang eh ke boleh submit entry pasal bapak ye? Entah, malasss. Revision pun hampeh T_T

Tapi terlanjur cinta sebut pasal bapak, meh lah continue. Bapak saya comel haha. He's 44 already. Berbanding dengan mak, bapak saya advance sikit. Dia sangaaaaat aktif berfesbuk. Sekali login, berpuluh notifications tauu haha nampak sangat aku tak feymes.

Apabila sudah aktif berfesbuk, haruslah camwhore pula. Kalau pergi mana-mana, camera tak tinggal. And I'll be his photographer, kekadang bergaji kekadang free. Sikit-sikit, "Akak, amek gambar Abah, nak masuk FB.", "Nanti hujung tahun pergi S'pore, kita amek gambar banyak-banyak masuk FB, okay." Malu pun ada jugak kekadang depan orang ramai tetibe panggil suruh amek gambar dia ==

Pernah tengok Dottie? Kenal Makcik Petir? Ya, bapak saya kurang lebih macam tu. Suara dia sangaaaaat kuat. Kalau kitorang kena marah, kat hujung simpang kedai depan boleh dengar suara dia. Lebih memalukan, bapak saya suka menyanyi lagu-lagu terkini cewah tapi sume salah lirik. Dah lah nyanyi kuat-kuat, salah lirik pulak tu. Bapak siapakah?

Kalau pergi jalan-jalan jauh or pergi mall tanpa bapak, bapak mesti bagi duit. Paling koman pun RMXX lah kan. Seronokkah? Tett! Sebelum pergi, bapak bukan pesan suruh hati-hati. Instead, dia pesan, "Duit tu jangan habiskan. Baki bawak balik, Abah bukan banyak duit." RM2.50 baki pun bapak tuntut -_-

Tapi bapak saya sungguh sporting. Mintak apa je, mesti bagi. Walaupun agak lambat dia tunaikan janji. Paling best, masa Darjah 6, Nur Musfirah Izzati gedok mintak handphone ada camera biasa a budak kan, kalau result cemerlang masa UPSR. A day before result, handphone dah dapat dah! Alhamdulillah, result pun memang 5A :)


Birthday bapak minggu lepas tapi demi study, tangguh dulu lah entry ni. Ni pun curi-curi update sebab bapak and the rest takde kat rumah hehe.

p/s: Nama bapak saya Musiran. Mushiyan tu nama manja aww.

2 comments