Surat Buat Bintang.

27.7.10


Bintang
Senyumlah pada diriku
Sudah berapa malam
Langit itu kelam
Bulan jadi suram
Dan aku muram.

Mana hilang cahayamu
Mana pergi serimu
Aku rindu sinar itu.

Bintang
Aku tahu kau sembunyi
Cuba lari dari realiti
Aku masih berdiri di bawah sini
Tunggu kau berseri lagi.

Kembalilah padaku
Terangi malamku
Temani tidurku
Warnai mimpiku.

Biar bulan jatuh ke riba
Biar langit runtuh ke dunia
Oh bintang aku tetap setia
Sampai tubuhku kaku diam tak bersuara.

p/s:Jangan kau pura-pura tak tahu puisi ni buat kau.

0 comments