Ada ke harapan?

18.7.10

Tadi pagi, sekolah buat Ceramah Teknik Menjawab PMR. Tak payah cerita lah en, mana ada ceramah yang tak membosankan, ye tak? Kecuali slot Maths tadi lah, tak mengantukkan langsung hee! :D

Eh tapi bukan nak cerita pasal tu. Nak cerita lain. Tadi, penceramah Maths tunjuk statistics result masa mid-year. Err biasa lah sekolah kampung, result tak meletup-letup, normal. Then terpandang overall result English. OMG, sorang je A?!

Haha hari tu I cakap dapat 4A kan? Haha baru tahu sebenarnya result 5A 3B. Teruk en result sendiri tak tahu. Rupa-rupanya satu lagi A tu English, alhamdulillah :D Makanya, baru dapat kesimpulan, saya sorang je A English dalam satu form tu?

Ni bukan soal betapa bengapnya budak sekolah saya or betapa konon hebatnya saya dapat A for English padahal paras hidung 80% je, tapi ada ke harapan saya dan rakan-rakan yang lain dapat 8A masa trial dan PMR nanti?

Makanya, dengan ini saya mengisytiharkan, start Isnin ni, revision untuk trial dah start dah. Last online; 31st July 2010 lah ye. Doakan yang terbaik buat Nur Musfirah Izzati. Thanks for reading :D

Masa ceramah pun sibuk tengok kamera, ada ke harapan nak dapat 8A =="

p/s:JOS menyusul.

0 comments