SCHool = SoCool + Happening

How To Forget Your Damn Ex-Boyfriend #2

29.7.10
Assalamualaikum,

Wishing Joe Kingman will be the King of the Man in my heart haha grammar terabur XD

Take note, ni kalau Zaty dah bagi salam, means entry ni serius la gamaknya. Err serius KOT. Semalam masa otw to lab, nampak budak Form 1 gaduh. Biasa lah en, gaduh pasal rampas pakwe segala bagai ni ye kat sekolah kau? TETT, not for me. Budak Form 1 yang baru masuk alam high school tak lepas lagi bab Reproduction apa lagi Pythagoras Theorem dah bikin kecoh bergaduh pasal rampas pakwe, WTH?

Tadi punya kes lagi ok lah kot sebab budak Form 1 gaduh dengan budak Form 1 jugak. Tak macam budak Form 1 yang pernah sound Nur Musfirah Izzati tahun lepas tsk tsk. Kira moral value dia, lu tak payah pasang pakwe kalau lu tak reti jaga. Tak payah jugak cari yang lu dah tahu jenis masa kecik mak ajar mengapa pilih salah satu jika boleh dapat kedua-duanya ==

In case pencetus pergaduhan semalam si budak Form 1 yang pernah satu tadika dulu terbaca blog ni, nah Ep 2 How To Forget Your Damn Ex-Boyfriend yang AKAK rasa kau perlukan seandainya budak yang kau ajak BERBINCANG tadi betul-betul rampas pakwe kau, dik;

First; stop talking about him (!) Kau rasa semua akan okay kalau kau luahkan dekat best friend, friend kepada best friend kau and so on, tapi bila kau story mory cerita duka kau tu pada ramai orang, kau bukan semakin lupakan dia, okayy. Kau semakin ingatkan dia, in fact all the facts about him every time you start to talk about him again. Banyak lagi gosip, uols! *gedik

Second; susah ya nak meluahkan perasaan terpendam tu? Get a recorder bukan rekoder yang cikgu suruh bawa tiap kali music class tu, bukan == Sekarang phone dah canggih, even lappy pun ada recorder. That's it, walla! Record lah semua kebencian kau pada dia. I repeat, KEBENCIAN! Bukan luahan jenis "Kenapa kau tinggalkan aku? Aku sayang kau sangat, tahu tak." "I hate you so much I feel like vomitting every time I see your face", is more preferred :)

Third; be a freak! Go crazy! Buat benda-benda yang orang lain tak fikir nak buat. As for me, I mime. Gila tapi nanti kau akan rasa keseronokan yang double triple. Or maybe, menjahit? XD Kiranya, find a new hobby. A new freak hobby :)

Tiga dah lah. AKAK pun baru Form 3. Trial next week, lagi 3 hari tapi masih online, bengap T_T
I write trash

Surat Buat Bintang.

27.7.10

Bintang
Senyumlah pada diriku
Sudah berapa malam
Langit itu kelam
Bulan jadi suram
Dan aku muram.

Mana hilang cahayamu
Mana pergi serimu
Aku rindu sinar itu.

Bintang
Aku tahu kau sembunyi
Cuba lari dari realiti
Aku masih berdiri di bawah sini
Tunggu kau berseri lagi.

Kembalilah padaku
Terangi malamku
Temani tidurku
Warnai mimpiku.

Biar bulan jatuh ke riba
Biar langit runtuh ke dunia
Oh bintang aku tetap setia
Sampai tubuhku kaku diam tak bersuara.

p/s:Jangan kau pura-pura tak tahu puisi ni buat kau.
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Selamba, baby! :D

21.7.10
Semalam... Semalam I call you, you tak answer haha okay bukan nak cerita tu. Despite the fact yang I memang rindu saat miming video-video bodoh tu, I rindu semalam! Macam nak ulang lagi je pengalaman semalam sebab best gila babeng even babeng pun tak gila macam ni. Kira babeng lagi sopan dari I lah T_T

Semalam, okay tak ulang lagi lirik Kantoi, sekolah I ada anjurkan satu English programme, English Sure Boleh to be more specific. Tak, ni bukan Ceramah Teknik Menjawab Peperiksaan or what, tapi more to making ourselves to be good at English. It was not soporific at all, even tak sempat nak mengantuk sebab asyik kena simbah dengan air je -_-'


I tak nak cerita pasal ESB, korang nak tahu, korang suruh lah cikgu korang panggil Coach Sha and Coach Ridz datang sekolah korang. Tak rugi pun. We're supposed to pay RM25 tapi discount jadi RM10 yeay! Dah tu I nak cerita apa? Just want to give you all 3 tips to be more SELAMBA in learning or using English. Here are the tips :D ;


1. Eat out, speak loud.

Pergi pasar malam atau apa jenis pasar sekali pun lah kan but I really mean PASAR, market bukan supermarket or hypermarket, understand? Beli makanan but speak in ENGLISH. Amacam, ada berani?


Example of conversation;

You: Makcik, otak-otak, please.

Makcik: Nak bungkus ke?

You: Absolutely *nodding


Kalau korang mengangguk even korang cakap absolutely, makcik tu sure faham, beb. Give it a try!


2. Phone call, ask all.

Ni paling best sebab ni yang boleh buat live semalam. Call any 5-stars or above hotel, ask their room rate, that's it. And YKW, I gave it a try! Boleh bayangkan I yang pemalu kononnya ni volunteer nak call hotel? Hilarious and crazy! Coach Ridz dialled Mines Resort for me and before the receptionist sempat sambungkan I pada Front Desk, I dah cakap, "Thank you. Lovely. Bye." Haha memang tu pun scriptnya =P Berbaloi though, dapat 2 Cream-Os and RM1, Coach Ridz suruh call hotel lain pulak ==


3. Drop in, pretend buying.
Go to any store, malls are preferred, singgah kejap, tanya itu ini, then blah. Simple, right? The coaches showed us a video about a group of kampung kids pergi showroom kereta, konon macam nak beli, tanya harga, try masuk boot haha then blah. COOLIO!

It was a very very interesting yet enlightening programme, though. Berkesan ke tak? As for me, my confidence level dah meningkat :D And most of my classmates dah berani speaking, selamba je lah! Kitorang dah tak kisah pun kalau buat salah, then we learn from the mistakes lah kan, apedehal der?

Interested? Add Coach Sha and Coach Ridz on Facebook to know more;
Coach Sha
Coach Ridz

And suruh cikgu korang contact coaches tu untuk buat ESB kat sekolah korang kat sini;
simple way to catch english

Kalau cikgu korang setuju, be prepared to get splashed with lots of water!
Gua pun ada perasaan jugak

Awak pun sayang saya tak?

19.7.10
Ya, JOS datang kembali. Bagi yang tak tahu JOS tu apa sebab I ni memang berlagak artis mengharapkan semua orang tahu pasal diri I, meh click sini :D Hari tu cerita pasal sakit mata kan? YKW cewahh Anis, Kak Zaty pinjam short form ye, betul-betul lepas sembuh sakit mata sakit lain pulak menyusul. 'Betul-betul lepas' tu macam hari ni last puasa, esok hari raya, faham?

Sakit apa? Sakit hati, for real. Lepas kecewa a week sebelum sakit mata, perempuan gedok ni ikat perut berdiet sebab kecewa. Tak sentuh nasi sangat sebab takut gemuk. Frust menonggeng tertonggeng meronggeng ;'(

05/07, Monday
Nak puasa ganti tapi lupa sahur. So buat-buat macam puasa, cuma minum air je sepanjang hari. Pergi sekolah macam biasa. Lupa makan masa rehat. Lepas KH, naik tingkat 2 Staff Room jumpa Puan Norhayati minta latihan masa cuti sakit. Rushing gila terus naik tingkat 4 Blok G. Sampai Lab ICT, sesak nafas terus rasa nak termuntah. Masuk Lab ICT, sesak nafas makin teruk. Tak berdaya, rasa lemah terduduk. Pitam kejap, buka mata rasa berpinar, pengsan.

Rest lama jugak, then Cikgu Khatijah decide nak angkat bawa turun. Adhwa, Dada', Seha and Fara struggle gila angkat I yang berat gila ni turun. CAN YOU IMAGINE FOURTH FLOOR? Gila penat diorang. Sampai bawah, Cikgu Norza angkat bawa masuk Bilik Kesihatan. Then ramai KOT cikgu datang tengok.

Ambulans datang bawa pergi GH. Menangis gila-gila sebab Ain tak ikut sama ;'( Sekejap je pun kat GH, doktor GH garang. Sekejap tapi air dah masuk 2 botol. Paras gula 5.4. Then ambulans Pantai sampai, abang ambulans tu handsome teehee :D

Sampai Pantai, masuk air botol ke-3. Paras gula, 3.6 (!) Inject air gula 2 kali, sumpah sakit. Masuk wad, terus sihat haha. Paras gula naik 5.9 :D Malam weak balik. Paras gula turun 4.5. Masuk air botol ke-4.

06/07, Tuesday
Pagi tetibe sakit perut gila. Masuk air botol ke-5. Doctor suruh buat ultrasound. Everything was okay. Masuk air botol ke-6. Then buat endoscopy, pun okay jugak. Tapi paras gula turun 4.5. Doktor saya baik, dia bagi balik esok :) Terus text Kak Seha, Kak Myza, Kak Ziqa, Emy and Lynn sebab excited terlebih. Mama suruh makan nasi goreng yang Kak Mis belikan petang tadi supaya paras gula naik but it turned out sakit perut bertambah :(

07/07, Wednesday
Sakit perut, sakit kepala menyerang. Doktor suruh buat brain scan haha. Nope, I'm not crazy, saya masih waras :) Doktor tak bagi balik, tapi I degil mintak balik jugak. At last, doktor bagi balik jugak :D Yeay! Tapi ubat sangat banyak, masih belum habis sampai sekarang hehe.

Naik sekolah, terus ramai orang caring suruh makan, suruh jaga kesihatan, mengaku sangat sayangkan saya, menangis kerana saya and banyak bagi nasihat. Semua cikgu dalam bilik guru dah tahu and everyday kena ceramah jangan diet pada usia muda lah, jangan lupa makan lah and so on. It's okay, at least I know, there are some people that still love me out there :)

Bilik ni best sebab saya stay sorang jek :)
Events mahupun peristiwa yang sewaktu dengan saya

Ada ke harapan?

18.7.10
Tadi pagi, sekolah buat Ceramah Teknik Menjawab PMR. Tak payah cerita lah en, mana ada ceramah yang tak membosankan, ye tak? Kecuali slot Maths tadi lah, tak mengantukkan langsung hee! :D

Eh tapi bukan nak cerita pasal tu. Nak cerita lain. Tadi, penceramah Maths tunjuk statistics result masa mid-year. Err biasa lah sekolah kampung, result tak meletup-letup, normal. Then terpandang overall result English. OMG, sorang je A?!

Haha hari tu I cakap dapat 4A kan? Haha baru tahu sebenarnya result 5A 3B. Teruk en result sendiri tak tahu. Rupa-rupanya satu lagi A tu English, alhamdulillah :D Makanya, baru dapat kesimpulan, saya sorang je A English dalam satu form tu?

Ni bukan soal betapa bengapnya budak sekolah saya or betapa konon hebatnya saya dapat A for English padahal paras hidung 80% je, tapi ada ke harapan saya dan rakan-rakan yang lain dapat 8A masa trial dan PMR nanti?

Makanya, dengan ini saya mengisytiharkan, start Isnin ni, revision untuk trial dah start dah. Last online; 31st July 2010 lah ye. Doakan yang terbaik buat Nur Musfirah Izzati. Thanks for reading :D

Masa ceramah pun sibuk tengok kamera, ada ke harapan nak dapat 8A =="

p/s:JOS menyusul.
Gua pun ada perasaan jugak

I thought we can be like them *sigh

15.7.10

YA, AKU RINDU KAU WALAUPUN AKU DAH BANYAK KALI CUBA LUPAKAN KAU.
Gua pun ada perasaan jugak

I'm Sorry.

2.7.10
WTH I am posting this crap? Idk, just want you to understand this;

I'm a weirdo, yes I know.

Itu cuma a single opinion, from a girl like me. I'm just 15, I'm sorry I belum banyak makan garam macam you all. Women are more beautiful with short hair as women are complicated enough. Tu dari sudut pandangan seorang weirdo bernama Nur Musfirah Izzati. Puas?

Complicated enough? Tak faham? I'm sick seeing a woman fussing about what shampoo she has to use, what hairstyle for next month and etc. Being a woman is complicated. Yes, I WAS a tomboyish girl with short hair like a boy's, that's why I said, it's from my point of view.

Hidup tak perlu rasa susah. Being yourself makes things easier. Thanks for being yourself, wahai pengkomen di atas. I don't blurred their names as I don't think I need to. Lunar Helios, my bestf's brother. Amir, err Idk much about him actually. Emy, bestf, more to ex-boyf. Alliem, founder of KSMY.

To respect them, I deleted the status and posted this;

Satisfied enough?

----------

Still not recovered dari sakit mata. Tapi pergi sekolah jugak, rinduuu! Jangan risau, Friday will be the Winking Day ;)

p/s:Jangan ganggu saya!
I write trash

Kesatria Cinta.

1.7.10
Saat aku jatuh
Hampir lumpuh
Kau datang menyuluh
Memberi cahaya dan cinta
Yang sempurna.

Saat aku sedih
Hatiku pedih
Kau ada dan masih
Di sini menemani
Jiwa yang sepi.

Kaulah kesatria cinta
Turun dari kayangan
Kaulah penyelamat cinta
Hilang tanpa bayangan.

Kini ku sendiri
Hidupku sunyi
Tanpa kau di sisi
Kau pergi dengan tiba-tiba
Tanpa sebarang petanda.

Ku masih di sini
Hati dan jiwa ini
Mengharap kau kembali
Setia kumenunggu
Walau masa berlalu.

p/s:Very down.