Bintang.

4.6.10

Malam itu kau tanya aku,
Sayang, mana yang kau suka?
Bintang atau bulan?
Lalu aku jawab bulan.

Kau tanya kenapa.
Ringkas aku jawab,
Sebab bulan cuma satu.
Satu macam Tuhan, satu macam hati dan satu macam kau.
Kau senyum.

Kau kata kau suka bintang,
Sebab bintang itu banyak, tak terkira,
Sama macam cinta kau pada aku.
Ya, aku juga senyum.

Malam itu kita bilang bintang sama-sama.
Kita bilang sampai kita tidur.
Di bawah cahaya bulan dan sinaran bintang.
Kau bulanku dan aku bintangmu.

Written by;
the alter ego of me, Mila

2 comments