We're not losers.

15.5.10

Cewahh, dah menang boleh lah cakap 'We're not losers' segala bagai, kan. Hihi, tak sia-sia practise tiap petang, kitorang dapat naib johan Forum Remaja! Ya Tuhan, sumpah rasa heavennn giloss, youu! Nak tulis pun dah tak tahu nak guna word apa dah, sebab rasa macam mimpi. Kalau lah result PMR macam ni, kan besttt ;) Tajuk forum kitorang, 1 Malaysia:1 Manifestasi Ke Arah Perpaduan Nasional. Tidak berbaur politik, ya, harap maklum. Sekolah kitorang tuan rumah :)

First round 'Kalah Mati' memang teruk. Cdah memuncung, Kak Syera banyak tersasul, Bieha yayang lagi lah, I pulak kena saiko dengan TETT, cakap menonong jek laju, langsung tak senyum. Tapi, kitorang dapat masuk final jugak! Actually, Medan dah lama tak hantar wakil, so kali ni kitorang join, kitorang aim masuk final sebab tak nak malu sebagai tuan rumah. Dapat tahu jek dapat masuk final, kitorang rasa gila relax, langsung tak takut macam first round :D

Wah, final round compete dengan TIGS, HS and Kolam Air. Memang kitorang cuak jugak lah, kan. Tapi cikgu sume bagi semangat as Medan baru jek jadi Johan bahas, so mengapa tidak kami, cewahh. Final round was superb. Everything was wonderful. Takde kesalahan besar macam first round and I did my best in my own way, berbeza gila dengan first round. Habis jek performance, kitorang melompat kegembiraan kat luar.

Masa umumkan hadiah lagi tak sangka. Kitorang assume dapat third place jek sebab Kolam Air pun best jugak. Tapi bila diumumkan jek Kolam Air third place, kitorang dah macam 'We're in Top 2!' And kitorang dapat Naib Johan!, kalah to TIGS. And the best part is, I won the Anugerah Penforum Terbaik! I memang nak award tu, siap mimpi menang lagi. Tapi bila betul-betul dapat, it was a very undescribable feeling! Punya lah blur sampaikan Bieha dah suruh bangun amek hadiah. Sepanjang perjalanan nak amek hadiah tu, cewahh macam jauh jek, sume orang puji. Sampai jek seat I, terus menangis sampaiii dewan dah kosong. Alhamdulillah :D

Pagi tadi masa penyampaian hadiah lagi nonsense punya perangai. Kiranya nama I kena sebut 2 kali lah, kan so hadiah Naib Johan tu Cikgu Fazilah yang tolong pegangkan. Lepas amek hadiah Penforum Terbaik tu, I patah balik nak amek hadiah Naib Johan, I salam lah dengan Cikgu Fazilah. Lepas tu cikgu sebelah hulur tangan, cikgu sebelah lagi dan seterusnya. Budak-budak lain sume dah 'Boo!' jek kat bawah. Nasib Medan cuma Naib jek. Kalau Medan Johan, mahunye I tak salam sume cikgu?

Apa pun, thanks to the rest forum members, Kak Syera, Cdah, Bieha, Faqih, Kak Nisa, Shahrina and BB. Thanks jugak pada Cikgu Sarimah and Cikgu Saian yang dah banyak tunjuk ajar. Tak lupa, sume cikgu, Kak Seha and kawan-kawan yang banyak bagi sokongan and semangat. Parents, love you! Comel jek parents I gaduh siapa yang sebenarnya wish dulu bhaha. Tahun depan nak aim Johan pulak! :D

Gambar kat SINI :D

4 comments