Antara 6 orang yang harus dibacakan surah al-Fatihah setiap pagi sebelum ke sekolah.

16.5.10

Orang tersebut adalah cikgu-cikgu. Yeay, hari ni Hari Guru! Kan dah cakap hari tu, family I tak celebrate semua jenis hari ni, kan. Tapi Hari Guru macam WAJIB gitu, tapi kitorang yang masih bersekolah ni jek lah yang sambut. My parents keluarkan duit beli hadiah untuk cikgu-cikgu terpilih, hihi :)

Masa tadika dulu, I masuk 2 tadika kalau tak silap. First, Tabika Perpaduan masa 4 tahun. Tapi sekejap jek sebab cikgu tu tak tahan dengan perangai I. Dah lah masa orang lain belajar, I sibuk duduk kat ceruk kelas baca buku cerita sorang-sorang then suka memekak macam murai tercabut ekor. Ya, I dah pandai baca dari umur 3 tahun :) Then, masuk Tabika Kemas Sayang masa 5 tahun sampai 6 tahun. Sayang Cikgu Ros :)

Mula-mula masuk sekolah rendah sumpah tak best. Semua orang sibuk belajar aeiou, okayyy, I rasa macam orang tak betul, sungguh gelisah. Tapi sejak Darjah 4, hidup memang struggle sebab nak dapatkan 5A for UPSR. Dah tu, muka ni jek lah yang selalu masuk bilik Cikgu Nasir *actually bukan bilik Cikgu Nasir sorang jek, kena kaunseling. Mengapa? Hihi, ada lah. Sebab tu lah Cikgu Nasir rapat dengan I even dia dah pencen :) Kontroversi harus melekat dengan I, Idk why. Alhamdulillah, I managed to get 5As! Terima kasih, cikgu!

Form 1, masuk TIGS. TIGS best tapi homesick punya pasal plus injured sebab jatuh katil double-decker kawan tertolak secara tak sengaja, maka I pun pulang lah ke tanah air, Seri Medan XD Siapa cakap sekolah luar bandar tak boleh berjaya? I'll try to naikkan nama Medan. Sayang semua cikgu yang dah banyak doakan saya. Anak murid yang satu ni memang tak sudah bagi kontroversi pada sekolah. Tapi semuanya bersabar kerana saya. Macam mana tak sayang ni? :")

Tadi, cepat-cepat topup sebab nak text cikgu-cikgu. First, Teacher BB. She said that I'm a good girl and wished that I can good result for PMR. Then, Cikgu Razidah, cikgu tuisyen even dah berhenti bulan ni. Hihi, dia cakap 'I'm gonna miss you'. Aww! :") Actually, boleh jek jumpa kat sekolah, cuma dia tak ajar kelas I. Lepas tu, Cikgu Nasir. Ala, esok Cikgu Nasir datang sekolah lamaaa! ;'( Nak jumpa jugakkk! Pagi tadi dah wish kat Teacher Radziah on FB. Pun wish I dapat good result, tapi for mid-year. Tak lupa juga, Cik Linda, warden semasa di TIGS and Mama Rohaina. Tadi, jumpa Teacher Mud masa shopping for hadiah Hari Guru. Sumpah, rinduuu! :"( Ok lah, nak nangis, bye.

0 comments