When I Was 5...

19.4.10

Cewahh, tajuk tak boleh blah. Sebenarnya kan, I suka and admire gilaaa dengan penulisan Kak Seha Hisham. Baca blog dia jek, sumpah tetiba muncul awan comel atas kepala flashback kenangan masa kecik dulu. Maka, dalam entry ni, I nak cerita masa I kecik-kecik dulu. When I Was 5 tu saje jek konon metafora, hiperbola gitu ah =P

1. Masa kecik dulu, I tak reti makan pedas-pedas. Sos cili pun tak berani. Dah besar sekarang, pun tak berani lagi. Tak pernah lagi makan asam pedas, sambal belacan, sambal tumis dan yang sewaktu dengannya. Sos cili pandai makan kat rumah jek. Kat rumah orang lain tak reti, HAHA pelik -_-'
2. Masa kecik dulu, keluar rumah jek mesti pakai gaun kembang yang kalau kita main pusing-pusing tu kain dia ternaik nampak seluar dalam =.=" Tapi sampai darjah 1 something macam tu je lah. Dah besar sekarang, I pakai apa yang I nak pakai lah. Tapi teringin jugak lah nak pakai gaun kembang lagi :)
3. Masa kecik dulu, suka pakai barang kemas. Pulak tu, nak emas jek materialistik betul. Dah besar sekarang, pandang emas jugak, tapi emas putih lah naik sikit standard. Tapi dah tak pakai lagi sejak rantai emas putih tu tetiba putus sendiri masa orang tengah minum air, sengaaal! >.< 4. Masa kecik dulu, jatuh dari pokok tinggi mana pun tak rasa sakit. Dah jatuh gedebuk, boleh senyum kambing lagi :D Dah besar sekarang, jatuh cinta pun dah boleh rasa sakit. Ha'ah, sakit hati. Pandai menangis pulak tu. Eh apahal tetiba emo?
5. Masa kecik dulu, pergi tadika mesti tocang rambut dulu. Sampaikan kena marah dengan Mama sebab dah lambat sangat. Dah besar sekarang, jangan kata nak tocang rambut, ikat ponytail pun tak boleh. Rambut dah pendek gilaaa!
6. Masa kecik dulu, minuman kegemaran sepanjang zaman semestinya Milo! Nak kejut bangun pergi tadika pun kena letak botol susu berisi Milo kat mulut dulu. Dah habis sebotol Milo tu baru bangun pergi bilik air. Dah besar sekarang, baru minum Milo seteguk dah pening sampai muntah-muntah. Apasal en?
7. Masa kecik dulu, langsung tak reti minum susu tepung. Dah habis tempoh nenen, *Faham kan nenen tu apa? Ala, susu ibu lah! cuma reti minum Milo jek. Memang tak minum susu tepung. Dah besar sekarang, eleh, sama jek. Perubahan yang agak ketara, dah reti minum susu soya =.="
8. Masa kecik dulu, cuti sekolah mesti hilang dari pandangan mata Mama Abah. Ikut Nenek balik kampung. Selalu terlepas Mama Abah pergi holiday ke sana ke mari. Dah besar sekarang, jarang sungguh balik kampung. Kalau balik pun, kena make sure takde kelas tambahan. Benci dah jadi besar!
9. Masa kecik dulu, tidur pun ada shift. Malam ni tidur dengan Nenek, malam esok tidur dengan Mama. Siap tulis dalam kalendar lagi. Tapi kalendar dalam kepala otak je lah, heh. Dah besar sekarang, kebiasaannya tidur ramai-ramai kat living hall ni. Sofa I chop dulu! :)
10. Masa kecik dulu, pergi sekolah pakai beg roda, pheewitt! Time tu bajet cool a tarik beg roda masuk kelas. Dah besar sekarang, back to basic. Pakai beg galas biasa je. Takut badan senget sebelah pakai beg tali satu trend remaja masa kini, cehh cehh.

Dah lah, 10 cukup lah en. Kadang-kadang, recall balik kenangan manis dulu-dulu buat kita sayang sangat nak hancurkan masa depan. Ok lah, sebelum I keluarkan segala macam falsampah, better I blah. Chow!

p/s:Dah potong rambut lagi! Rambut sekarang dah lebih kurang macam Zoela + Nad AF8 :)

2 comments