Kita kena sebut PAIN macam kita sebut PEN, baru kita tak rasa PAIN sangat -,-

27.4.10

Pernah tak rasa 'sesuatu' bila bertentangan mata dengan pakwe yang dah lama tak jumpa, dah lama break tetibe terjumpa balik? Lepas tu bertentangan mata pulak dengan makwe baru dia yang entah dah keberapa lepas dia ceraikan kita yang dok berkepit dengan dia konon macam merpati dua sejoli tu? Pernah tak rasa perasaan tu? PAIN kan?

Tilik punya tilik, makwe baru dia tu takde lah lawa sangat sampai dia tinggalkan kita. Dah tu apahal dia tinggalkan kita? Apa kurangnya kita? Kalau kita takde kuranggg, takdenya dia tinggalkan kita cari yang lain, ada faham? Kurang faham? Pergi cari apa kurang kau sekarang sampai dapat -,-

Memang sumpah sakit lah hati meluap-luap sampai nak meletup rasanya bila bertentangan mata dengan makwe baru dia. Tapi bertentangan situasi dengan yang kat atas tu, sebab makwe dia gila cun melecun kauuu, tu yang agaknya sangkut tu kot. Aku ni pun siapa je lah, tak layak dengan dia. Pilihan sume nak cun cantik menarik korang-memang-comel gitu, blah ah.

Ha'ah, aku memang emo pun sebab tu lepaskan kat sini. Agak-agak suci murni je minah tu pandang aku lain macam. Eceh, awak amek lah Encik Awak tu ha, dah tak berminat dah kat dia. Cinta untuknya dah lama aku campakkan kat Gunung Everest sinun. Korang bercintan cintun lah sampai kiamat ke sampai syurga ke, suka hati korang. Ah, panasss!

Lagi satu, pada bebudak kelas yang dah mula ada facebook tu, in case satu hari nanti korang terjumpa blog budak kelas korang yang tak semenggah ni, aku warning dulu awal-awal jangan mengada-ngada nak sebarkan cerita dalam blog ni. Dah habis baca kat sini, habis kat sini. Kang mula lah ada gosip liar segala bagai konon aku gila talak apa kejadah.

BYTHEWAY, Nur Musfirah Izzati dah delete posts lama yang ada berkenaan dengan Encik Awak tu supaya takde misunderstanding pulak kang. Benda lama dah tak payah nak diingat balik, buang karan =.= Encik Awak tu sape lah pulak? Ha, korang godeh lah posts lama kalau agak-agak rajin. Kalau dah rajin bebenau, meh sini tolong aku buat kerja kursus meh -___-


p/s:Minah tu takde buat salah kat aku pun, yang aku emo tetibe apahal?

0 comments