All Of A Sudden;

12.4.10

Lebih kurang macam kau, tapi versi perempuan.

Saturday turned out to hell! Worst day ever in my life. And all of a sudden, aku mula terfikir. Boleh ke kita benci orang yang buat kita marah? Padahal, sebelum ni, dia baik dengan kita? Cuma, sekali ni je dia buat kita marah. Marah yang betul-betul tak pernah kita rasa sebelum ni. Marah tahap nak terjun bangunan. Sumpah, aku dah lama tak rasa marah macam ni.

Mana tak marah. Sesuka hati je selongkar beg orang, check duit kita ada berapa dalam purse. Lepas tu, demand belanja mahal-mahal sebab dah tahu duit kita ada berapa. Padahal duit tu kita dah bajet nak beli barang yang dah lama kita usha. Siap ikat perut lagi ni semata-mata nak beli barang tu. Tapi last-last, balance tinggal RM5. Nak beli apa dengan RM5?!

Kau nak mintak belanja, okay, aku tak kisah. Tapi cukup aku tak berkenan orang selongkar beg aku. Takde adab eh? Kau pandai-pandai bawak makwe, tapi kau tak bawak duit pulak. Dah makwe kau tak nak makan tu, dah lah. Kau order jugak makanan untuk dia, tapi siapa yang bayar? Aku jugak kan. Murah takpe, ni nak RM30++. Erghh!

Kau nampak aku tarik muka sebab bajet aku tak cukup, kau marah aku. Kau marah aku sebab buat perangai depan kawan-kawan aku. Habis tu, baik sangat ke kau dengan perangai macam tu depan kawan-kawan aku? Memang sumpah shit lah perangai kau. Aku ajak kau bawak aku dengan kawan-kawan aku sebab aku nak belanja diorang. Apasal bawak makwe, bodoh?!

Agak-agak dompet tu tipis, fikir la dulu sebelum pasang makwe. Tak malu ke konon belanja makwe makan, tapi yang bayar, aku? Konon nak gentleman, makwe tak nak makan siap orderkan lagi. Pandai order, pandai a bayar sendiri, tolol. Bukan main mula-mula kau order makanan kau sendiri sikit punya banyak konon nak share. Tapi last-last, aku yang tak makan.

Dari sebelum pergi hospital, aku tak sarapan pun. Nak pitam jugak lah aku buat physio. Dengan sakit, menjerit menangis macam nak apa, aku ingat lepas tu aku boleh enjoy. Tapi orang lain pulak yang enjoy dengan duit aku. Adil ke kau dengan makwe kau makan sedap-sedap, tapi aku telan air liur je? Tak rasa macam palat ke?

Dah a. Kau jangan ingat aku anggap kau macam abang aku yang selama ni aku sayang, kau boleh buat aku macam ni. Aku cukup tak sangka selama ni kau baik, rupanya sekarang dah pandai pijak kepala aku. Aku bukan jenis orang suka cari gaduh. Jadi kau jangan ingat aku diam, aku cool. Aku cuma tak nak keruhkan keadaan. I just want you to change.

p/s:Semerah Cinta Stiletto sumpah superb! Masa tengok SCS jek lah, aku tak berapa rasa marah dengan kau. Habis je SCS, muka kau pun tak hingin aku nak hadap lah!

2 comments

  1. relax zaty.
    mmg rasa mcm shit gila haih.
    akak pun rasa nk mrh nih.
    hesh!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete