Air Jampi.

26.4.10

Sabtu lepas baru lah Nur Musfirah Izzati menjejakkan kaki ke sekolah setelah 3 hari tak datang sekolah. Selasa pun setengah hari je, lepas rehat Abah amek sebab badan dah menggigil seram sejuk macam orang gian dah lama tak dapat bekalan =.=" Selasa tu mula macam malas nak datang, tapi sebab ada Gerak Gempur, go on je lahhh.

Sabtu pun malas tapi Abah dah membebel, ikutkan jugakkk. Cikgu-cikgu semua sporting, macam mana tak sayang lebih ni? ^^ Indra ajak ikut bahas Selasa ni, nak fly sekolah ke tak eh? Pening satu hari jangan cakap lah. Rasa macam tak berpijak di bumi yang nyata gitu. Masa Agama, Ustazah Melati suruh duduk bilik kesihatan. Fly waktu Maths dengan Bie :D

Teacher Bee Bee pesan suruh amek suplemen lain. Kalau korang tengok I sekarang ni pun, nampak macam bangkai bernyawa je. Semua cikgu nampak I pucat. Cikgu Ruzina suruh check darah, takut ada penyakit lain. Cikgu Rozanita pulak cakap kalau klinik tak tutup, dia nak bawak pergi klinik. Takut I ada denggi. I ni dah teruk sangat ke?

Bieha cakap suruh mintak air jampi sebab penyakit senang sangat melekat dengan badan I ni. Lagipun PMR dah nak dekat. Macam mana nak amek exam kalau asyik absent sekolah sebab sakit? Ada siapa-siapa kat sini pandai jampi air? Kalau takde pun, tolong doakan supaya I cepat sembuh and maafkan I sebab I akan jarang update blog ni, teehee =P

0 comments