Pictures and videos

28.4.10

Comel kan? :)

p/s:Hari ni fly sekolah :D
Gua pun ada perasaan jugak

Kita kena sebut PAIN macam kita sebut PEN, baru kita tak rasa PAIN sangat -,-

27.4.10
Pernah tak rasa 'sesuatu' bila bertentangan mata dengan pakwe yang dah lama tak jumpa, dah lama break tetibe terjumpa balik? Lepas tu bertentangan mata pulak dengan makwe baru dia yang entah dah keberapa lepas dia ceraikan kita yang dok berkepit dengan dia konon macam merpati dua sejoli tu? Pernah tak rasa perasaan tu? PAIN kan?

Tilik punya tilik, makwe baru dia tu takde lah lawa sangat sampai dia tinggalkan kita. Dah tu apahal dia tinggalkan kita? Apa kurangnya kita? Kalau kita takde kuranggg, takdenya dia tinggalkan kita cari yang lain, ada faham? Kurang faham? Pergi cari apa kurang kau sekarang sampai dapat -,-

Memang sumpah sakit lah hati meluap-luap sampai nak meletup rasanya bila bertentangan mata dengan makwe baru dia. Tapi bertentangan situasi dengan yang kat atas tu, sebab makwe dia gila cun melecun kauuu, tu yang agaknya sangkut tu kot. Aku ni pun siapa je lah, tak layak dengan dia. Pilihan sume nak cun cantik menarik korang-memang-comel gitu, blah ah.

Ha'ah, aku memang emo pun sebab tu lepaskan kat sini. Agak-agak suci murni je minah tu pandang aku lain macam. Eceh, awak amek lah Encik Awak tu ha, dah tak berminat dah kat dia. Cinta untuknya dah lama aku campakkan kat Gunung Everest sinun. Korang bercintan cintun lah sampai kiamat ke sampai syurga ke, suka hati korang. Ah, panasss!

Lagi satu, pada bebudak kelas yang dah mula ada facebook tu, in case satu hari nanti korang terjumpa blog budak kelas korang yang tak semenggah ni, aku warning dulu awal-awal jangan mengada-ngada nak sebarkan cerita dalam blog ni. Dah habis baca kat sini, habis kat sini. Kang mula lah ada gosip liar segala bagai konon aku gila talak apa kejadah.

BYTHEWAY, Nur Musfirah Izzati dah delete posts lama yang ada berkenaan dengan Encik Awak tu supaya takde misunderstanding pulak kang. Benda lama dah tak payah nak diingat balik, buang karan =.= Encik Awak tu sape lah pulak? Ha, korang godeh lah posts lama kalau agak-agak rajin. Kalau dah rajin bebenau, meh sini tolong aku buat kerja kursus meh -___-


p/s:Minah tu takde buat salah kat aku pun, yang aku emo tetibe apahal?
Plain random

Air Jampi.

26.4.10
Sabtu lepas baru lah Nur Musfirah Izzati menjejakkan kaki ke sekolah setelah 3 hari tak datang sekolah. Selasa pun setengah hari je, lepas rehat Abah amek sebab badan dah menggigil seram sejuk macam orang gian dah lama tak dapat bekalan =.=" Selasa tu mula macam malas nak datang, tapi sebab ada Gerak Gempur, go on je lahhh.

Sabtu pun malas tapi Abah dah membebel, ikutkan jugakkk. Cikgu-cikgu semua sporting, macam mana tak sayang lebih ni? ^^ Indra ajak ikut bahas Selasa ni, nak fly sekolah ke tak eh? Pening satu hari jangan cakap lah. Rasa macam tak berpijak di bumi yang nyata gitu. Masa Agama, Ustazah Melati suruh duduk bilik kesihatan. Fly waktu Maths dengan Bie :D

Teacher Bee Bee pesan suruh amek suplemen lain. Kalau korang tengok I sekarang ni pun, nampak macam bangkai bernyawa je. Semua cikgu nampak I pucat. Cikgu Ruzina suruh check darah, takut ada penyakit lain. Cikgu Rozanita pulak cakap kalau klinik tak tutup, dia nak bawak pergi klinik. Takut I ada denggi. I ni dah teruk sangat ke?

Bieha cakap suruh mintak air jampi sebab penyakit senang sangat melekat dengan badan I ni. Lagipun PMR dah nak dekat. Macam mana nak amek exam kalau asyik absent sekolah sebab sakit? Ada siapa-siapa kat sini pandai jampi air? Kalau takde pun, tolong doakan supaya I cepat sembuh and maafkan I sebab I akan jarang update blog ni, teehee =P
Family which is sooo familiar -_-'

When I Was 5...

19.4.10
Cewahh, tajuk tak boleh blah. Sebenarnya kan, I suka and admire gilaaa dengan penulisan Kak Seha Hisham. Baca blog dia jek, sumpah tetiba muncul awan comel atas kepala flashback kenangan masa kecik dulu. Maka, dalam entry ni, I nak cerita masa I kecik-kecik dulu. When I Was 5 tu saje jek konon metafora, hiperbola gitu ah =P

1. Masa kecik dulu, I tak reti makan pedas-pedas. Sos cili pun tak berani. Dah besar sekarang, pun tak berani lagi. Tak pernah lagi makan asam pedas, sambal belacan, sambal tumis dan yang sewaktu dengannya. Sos cili pandai makan kat rumah jek. Kat rumah orang lain tak reti, HAHA pelik -_-'
2. Masa kecik dulu, keluar rumah jek mesti pakai gaun kembang yang kalau kita main pusing-pusing tu kain dia ternaik nampak seluar dalam =.=" Tapi sampai darjah 1 something macam tu je lah. Dah besar sekarang, I pakai apa yang I nak pakai lah. Tapi teringin jugak lah nak pakai gaun kembang lagi :)
3. Masa kecik dulu, suka pakai barang kemas. Pulak tu, nak emas jek materialistik betul. Dah besar sekarang, pandang emas jugak, tapi emas putih lah naik sikit standard. Tapi dah tak pakai lagi sejak rantai emas putih tu tetiba putus sendiri masa orang tengah minum air, sengaaal! >.< 4. Masa kecik dulu, jatuh dari pokok tinggi mana pun tak rasa sakit. Dah jatuh gedebuk, boleh senyum kambing lagi :D Dah besar sekarang, jatuh cinta pun dah boleh rasa sakit. Ha'ah, sakit hati. Pandai menangis pulak tu. Eh apahal tetiba emo?
5. Masa kecik dulu, pergi tadika mesti tocang rambut dulu. Sampaikan kena marah dengan Mama sebab dah lambat sangat. Dah besar sekarang, jangan kata nak tocang rambut, ikat ponytail pun tak boleh. Rambut dah pendek gilaaa!
6. Masa kecik dulu, minuman kegemaran sepanjang zaman semestinya Milo! Nak kejut bangun pergi tadika pun kena letak botol susu berisi Milo kat mulut dulu. Dah habis sebotol Milo tu baru bangun pergi bilik air. Dah besar sekarang, baru minum Milo seteguk dah pening sampai muntah-muntah. Apasal en?
7. Masa kecik dulu, langsung tak reti minum susu tepung. Dah habis tempoh nenen, *Faham kan nenen tu apa? Ala, susu ibu lah! cuma reti minum Milo jek. Memang tak minum susu tepung. Dah besar sekarang, eleh, sama jek. Perubahan yang agak ketara, dah reti minum susu soya =.="
8. Masa kecik dulu, cuti sekolah mesti hilang dari pandangan mata Mama Abah. Ikut Nenek balik kampung. Selalu terlepas Mama Abah pergi holiday ke sana ke mari. Dah besar sekarang, jarang sungguh balik kampung. Kalau balik pun, kena make sure takde kelas tambahan. Benci dah jadi besar!
9. Masa kecik dulu, tidur pun ada shift. Malam ni tidur dengan Nenek, malam esok tidur dengan Mama. Siap tulis dalam kalendar lagi. Tapi kalendar dalam kepala otak je lah, heh. Dah besar sekarang, kebiasaannya tidur ramai-ramai kat living hall ni. Sofa I chop dulu! :)
10. Masa kecik dulu, pergi sekolah pakai beg roda, pheewitt! Time tu bajet cool a tarik beg roda masuk kelas. Dah besar sekarang, back to basic. Pakai beg galas biasa je. Takut badan senget sebelah pakai beg tali satu trend remaja masa kini, cehh cehh.

Dah lah, 10 cukup lah en. Kadang-kadang, recall balik kenangan manis dulu-dulu buat kita sayang sangat nak hancurkan masa depan. Ok lah, sebelum I keluarkan segala macam falsampah, better I blah. Chow!

p/s:Dah potong rambut lagi! Rambut sekarang dah lebih kurang macam Zoela + Nad AF8 :)
Perasan kejap jadi artis

Terima kasih daun keladi, lain kali tak payah lah bagi lagi, tag dan award ini sungguh memenatkan diri =.='

16.4.10
Tag

Ni Kak Myza tercinta bagi.

1. Siapakah diri anda di rumah?
Aku rasa soalan ni bengong kot. Apa aku kat rumah dengan kat luar bukan sama jek (?), tatap manusia, nokk!

2. Siapakah diri anda di samping rakan?
Tukang dengar masalah, tukang bagi nasihat, tukang buat lawak, tukang gelak kuat dan supporter terhebat. Mereka jek tak ingat saya :(

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai.
  • Blackberry satuuu! Abah cakap nak bagi kalau dapat perfect score for PMR ^_^
  • Nokia 3500 Classic. Dari Form 1 mintak tak dapat :(
  • iPhone 3GS *berangan lebih :P
  • Jeans baru! Masih tak dapat sebab jeans yang beli masa Raya Form 1 masih labuh. Bayangkan lah betapa pendeknya aku =.='
  • 8A PMR. Insya-Allah boleh :) Blackberry punya pasalll.
4. Siapakah nama pasangan anda?
Audi and Jemmi. Sekali aku letak 2, kauuu!

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
  • Mereka biruuu :)
  • Handsome :D
  • Mereka tak pernah marah saya sebab mereka memang tak boleh bercakap :P
  • Mereka bukan living things jadi tak berapa susah nak handle.
  • Tiap-tiap malam mesti temankan saya tidur. Aww!
6. Bila tarikh anda couple?
Dengan Jemmi, 5/3/2009. Dengan Audi pulak, 13/3/2010.

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Dengan Audi, belum lagi. Dengan Jemmi, memang banyak masalah. Suka rosak tak tentu masa. Benci tahu takkk!

8. Lagu tema cinta anda?
Dengan Audi, belum ada lagi sebab belum terror lagi bab petik gitar ni. Dengan Jemmi, lagu tema yang sama masa couple dengan Encik Awak. Eh masa tu ada lagu tema ke? :P

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Audi, boleh tak you buang curve you tu bagi kat I? Hehe :P Jemmi, stop rosak, okay! Nanti I ceraikan you, baru tahuuu!


10. Tag 10 rakan yang lain.
Malas :)
Simple pimple dimple kan jawapan mak, nyah? ^_^

Award


First :)


Second :)

1.Thank & link the person that gave you the award.
Kak Myza, Kak Ain and Kak Finaz. Terima kasih, kakak-kakak.

2.Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.
Malas jugak. Sekian terima kasih.

Instructions number 3 ada kena mengena dengan number 2. So, consider tak payah a.

4.State seven things about yourself.
  • Orang selalu mispronounce nama saya MUSRIFAH. Ingat seronok lah ye nama salah sebut?
  • Pelik tak kawan-kawan sekelas semua panggil saya Moi? Sejarah silam nama tersebut malas nak cerita.
  • Gemini. So, memang I ada alter ego. Sebelah pendiam, sebelah ceria. Tengok keadaan lah ^_^
  • Single mingle pringle. Eh apakah?
  • Pencinta biruuu :D
  • Baru lepas menjalani pembedahan ACL. Nak tahu macam mana operation tu? Klik SINI. Amacam, seram tak?
  • Rambut I pendek jek, macam Zoela bak kata Nur Nabihah. Tak berapa suka rambut panjang. Membazir shampoo -_-
p/s:Berzaman dah tak buat tag segala bagai ni. Kekok lah pulak.
Pictures and videos

Favourite(s) #4

14.4.10


Apasal kali ni video Alif sorang jek aku letak? Suka aku lah. Oleh sebab Sabtu lepas emosi terganggu sebab insiden babih tu, so aku tengok performance dia sorang jek. Yang lain aku tak layan sangat. Well, not bad a dia bawak lagu dangdut. Juri je kedekut tak nak bagi lampu hijau. Kalau aku jadi juri, aku bagi semua lampu yang aku ada. Traffic light pun aku sanggup cabut bagi kat mamat ni -_-

Tapi, sayangnya. Alif dah terkeluar dah. Tu lah, kutuk Anum sekali terkena dekat Alif pulak. Nasib baik tak nangis sebab dia keluar macam masa Aril dulu. Cuma moody satu hari jek kat sekolah. Eh, kantoi masa Aril keluar dulu aku nangis :P Tapi lepas tu Aril masuk balik. Kalau ada AFMASUK pun tahun ni, boleh ke Alif masuk balik? Harapannn -_-

Okay, enjoy!

p/s:Masih rasa marah.
Gua pun ada perasaan jugak

All Of A Sudden;

12.4.10
Lebih kurang macam kau, tapi versi perempuan.

Saturday turned out to hell! Worst day ever in my life. And all of a sudden, aku mula terfikir. Boleh ke kita benci orang yang buat kita marah? Padahal, sebelum ni, dia baik dengan kita? Cuma, sekali ni je dia buat kita marah. Marah yang betul-betul tak pernah kita rasa sebelum ni. Marah tahap nak terjun bangunan. Sumpah, aku dah lama tak rasa marah macam ni.

Mana tak marah. Sesuka hati je selongkar beg orang, check duit kita ada berapa dalam purse. Lepas tu, demand belanja mahal-mahal sebab dah tahu duit kita ada berapa. Padahal duit tu kita dah bajet nak beli barang yang dah lama kita usha. Siap ikat perut lagi ni semata-mata nak beli barang tu. Tapi last-last, balance tinggal RM5. Nak beli apa dengan RM5?!

Kau nak mintak belanja, okay, aku tak kisah. Tapi cukup aku tak berkenan orang selongkar beg aku. Takde adab eh? Kau pandai-pandai bawak makwe, tapi kau tak bawak duit pulak. Dah makwe kau tak nak makan tu, dah lah. Kau order jugak makanan untuk dia, tapi siapa yang bayar? Aku jugak kan. Murah takpe, ni nak RM30++. Erghh!

Kau nampak aku tarik muka sebab bajet aku tak cukup, kau marah aku. Kau marah aku sebab buat perangai depan kawan-kawan aku. Habis tu, baik sangat ke kau dengan perangai macam tu depan kawan-kawan aku? Memang sumpah shit lah perangai kau. Aku ajak kau bawak aku dengan kawan-kawan aku sebab aku nak belanja diorang. Apasal bawak makwe, bodoh?!

Agak-agak dompet tu tipis, fikir la dulu sebelum pasang makwe. Tak malu ke konon belanja makwe makan, tapi yang bayar, aku? Konon nak gentleman, makwe tak nak makan siap orderkan lagi. Pandai order, pandai a bayar sendiri, tolol. Bukan main mula-mula kau order makanan kau sendiri sikit punya banyak konon nak share. Tapi last-last, aku yang tak makan.

Dari sebelum pergi hospital, aku tak sarapan pun. Nak pitam jugak lah aku buat physio. Dengan sakit, menjerit menangis macam nak apa, aku ingat lepas tu aku boleh enjoy. Tapi orang lain pulak yang enjoy dengan duit aku. Adil ke kau dengan makwe kau makan sedap-sedap, tapi aku telan air liur je? Tak rasa macam palat ke?

Dah a. Kau jangan ingat aku anggap kau macam abang aku yang selama ni aku sayang, kau boleh buat aku macam ni. Aku cukup tak sangka selama ni kau baik, rupanya sekarang dah pandai pijak kepala aku. Aku bukan jenis orang suka cari gaduh. Jadi kau jangan ingat aku diam, aku cool. Aku cuma tak nak keruhkan keadaan. I just want you to change.

p/s:Semerah Cinta Stiletto sumpah superb! Masa tengok SCS jek lah, aku tak berapa rasa marah dengan kau. Habis je SCS, muka kau pun tak hingin aku nak hadap lah!
Gua pun ada perasaan jugak

Great Feeling :)

9.4.10
Woh, sumpah first day sekolah lepas dah sebulan lebih cuti rasa heaven gilaaa! Everyone acts nice towards me. HAHA bukannya I maksudkan sebelum ni semua orang jahat, bukan. Cuma rasa lain. Rasa rindu yang membuak-buak tu dah tercurah dah. Undescribable, yeah!

First person tegur, Azhar :) First person salam, tak ingat sebab masa tu gelap, kelas dah tutup lampu. HAHA datang lambat, konon surprise XD First person peluk, Timah gedok yang langsung tak datang visit. Siap menjerit dia lagi tau! And letak je beg, AIN DATANG! Salam and then I cakap, "Selama kita jadi kawan, sekali pun kau tak pernah peluk aku". HAHA apa salah manja sikit, kan? Then, dia terus peluk I. The very first time, percaya tak? Harap jek ultimate bestie, kan? T___T
Then, kemas beg kejap sebab nak pergi assembly. Pusing je, Bieha ada depan mata! Terus peluk cium dia apa semua, and frankly speaking, I nangis! Nangis-nangis sambil marah-marah Bieha dalam pelukan dia, comell tak? -_- Ramai lagi yang peluk cium lepas tu. Sera and... eh ramai lah HAHA bajet macam ramai tapi sebut nama Sera sorang jek =.="

Tiera, rakan sehati seiringan ke assembly, setia menanti I siap Drama Sebabak peluk cium semua orang. Macam mana tak sayang ni? :) Dekat assembly pun masih ada lagi yang peluk cium I. Kalau everyday, kan best. Rasa macam dihargai gitu, cewahh! Tapi tapi, orang tu tak datang. Eh apasal tetiba cerita pasal dia? Abaikan -_-


Paling best, Cikgu Ruzina mengalu-alukan kedatangan I and dia bagi I angkut anak dara dia, Adhwa ikut I pergi BP Mall Sabtu ni! Sayang Cikgu! Cikgu Melati pulak cakap tak payah buat latihan dia masa I cuti dulu. Tapi I nak buat jugak sebab dah terselang 10 muka surat akibat mengikut cakap Dada' yang terlupa nak bagi buku latihan I sampai dah naik sekolah dah pun. Bwekk Dada' =P


Classmates yang lain cakap I makin putih wee suka suka! Banggaaa I kejap :D Yang tak best, ada cerita pelik timbul. I masuk hospital private, office Abah sponsor lah, Abah upah orang jadi driver hantar I pergi hospital lah, entah macam-macam lagi lah. Amboi korang, laser jugak eh. Gosip tetap melekat dengan korang tau, nyahhh! Mak tak sukaaa, okayyy!


Apa pun, I sayang classmates I tauuu! Sayang semua, takde berbelah bahagi. Sayang sayang sayang, kau sudah berpunya... Hihi, ternyanyi pulak. Nak lagu, lagu emo 2 abad lepas :| Love and miss you all so strong! Mmuahh!
p/s:Azhar cakap I hebat sebab dapat tempat terakhir test yang I tak amek sebab masuk hospital tu. HAHA Azhar jeles, bwekk :P
Pictures and videos

Favourite(s) #3

7.4.10

Harusnya aku tak suka mamat ni? Never ever ever okay :)


Sukaaa!


She saved the whole night.

Sesungguhnya, hati ni kuat cakap Alif akan terkeluar sebab lately votes dia menurun jek. Memang dah confirm lah. Sampaikan masa dia perform tak sanggup nak tengok. Tapi alhamdulillah, dia okay jek. I pulak yang melebih. Maulana pun best! And Anum memang selamatkan malam tu.

Anum bawa lagu fav I, Kau Atau Aku by Elyana. Yeah, she rock-ed that song, of course! Selama ni memang tak minat Anum langsung sebab dia macam gedik-gedik gitu tau. Masa dia terkeluar, rasa macam tak percaya jek. Tergamam sekejap. Tapi lepas tu terus tepuk tangan lari keliling hall XD

HAHA tipu lah I lari, kan. Tapi rasa memang gila gaban best a Anum keluar. Adek I, dah macam nak nangis Anum keluar. I pun terdiam balik sambil terfikir, awat aku kejam sangat, kang Alif out macam mana? Anum memang best lah, overall. Jangan marah eh, Anum fans! Sorryyy!

And this post is dedicated to my little sister, Ani and Kak Finaz yang sedang berkabung atas penyingkiran Anum.

p/s:Oh, please!
Pictures and videos

Saya suka 03042010.

5.4.10
Macam biasa, every Saturday, mesti ada physio. Pergi dengan Amal and Sera. Mula-mula, Myra sepatutnya join sebab kitorang nak celebrate birthday dia. Tapi, terpaksa cancel sebab dia ada badminton match. Heh, menang tak pun :P Masa tengah buat therapy tu, Sera and Amal mintak excuse jap. Diorang kata nak pergi bank, pukul 11 datang balik.

Siol punya manusia, sampai dah habis therapy dalam pukul 12 something, tak sampai jugak korang en. Dah berduaan aku dengan Abang Adzrul kat situ HAHA XD Lepas tu boleh pulak, Amal sorang yang naik rehab jemput I. Masa tu dah lain macam dah Sera tak naik sekali. Biasanya tak berani dia sorang dalam kereta.

Turun jalan pergi kereta, muka ketat jek. Ye a, baru lepas nangis kan. Sumpah, therapy hari tu sakit gila gaban. Menangis menjerit dah macam orang histeria. I buka pintu belakang, toleh kanan tengok ada budak Convent jalan kaki balik sekolah, toleh balik kereta, ada Myra depan mata! Menjerit lagi sambil berpelukan! Apa ni birthday girl buat surprise untuk I padahal I yang nak buat surprise untuk dia :D

Lepas tu, kitorang pergi early lunch gitu kat McD. I lah belanja sebab kalah bet hari ni Abang Adzrul pergi kerja ke tak. Kenapa Abang Adzrul? HAHA tu yang kita tak tau tu :P Lepas makan, kitorang pergi Pantai Minyak Beku! Woohoo!



Minyak Beku takde lah indah bebenau tapi rasa tenang jugak lah :) Tercapai impian Form 1 kitorang nak hangout bertiga tepi pantai.




HAHA semua rawr tak menjadi. Ni semua salah Amal, the cameraman -___-




Lepas pergi Pantai, kitorang pergi Terminal pulak. Niat sekadar nak basuh kaki tapi lepas tu kitorang camwhore-ing lagi!


HAHA semua macam kena parkinson nampak mainan ni terus berlari-lari ke arahnya (awat skema jek ayat ni?) Tapi bila snap, semua buat muka penat apedehal?


I peluk pikachu I kuat-kuat sebab diorang terus serbu nak pikachu I. Eh ke diorang nak I?


Then, kitorang pergi BP Mall, usha Pikom PC Fair. Tak beli apa pun. Gila ramai orang kat sana. Terserempak dengan Kak Shikin. Kak Shikin mana? Kak Shikin physio, terima kasih :) HAHA then jumpa Abang Adzrul pulak. Boleh pulak main cak baa dengan I. Ingat orang tak nampak dia lah tu, wekk :P

Sesungguhnya cewahh, I love 03042010. Rasa macam birthday sendiri pulak :P Kalau boleh I nak rasa pengalaman ni lagi dengan Nur Nabihah Ab. Hamid pulak. RINDUUU BIEHA! Dah lah sampai orang nak naik sekolah Khamis ni, dia langsung tak jenguk sekali pun. Jahat lah Bieha ni tauuu! Tapi jahat macam mana pun kau, aku sayang kauuu!

And SAM, thanks for everything. Such a wonderful Saturday :)

p/s:Bad Romance tak best eh? Apasal kurang comment? ;"(
Home-made videos by me

Can I have you?

2.4.10


Friendship is the only ship that will never sink.-Zaty

Recorded: Tuesday, 30th March, 5.29 pm.
Costumes: Black shawl and green tee. Green tee ye. BUKAN GREEN TEA T___T
Status: Terhebat bhai aku post video ni sambil menahan kesakitan. Dan untuk kau, I don't wanna be friends.

Dari Putus, tukar Nobody tetibe boleh melalut nak guna lagu Bad Romance. Dalam banyak-banyak vid, this one is the worst ever. Expression entah hape-hape. Sungguh menahan kesakitan lepas azab physio pagi tadi. Aku kalau dah masuk awal bulan, macam ni punya harammm lah perangai. Adoi, takpe lah. Enjoy sudah :)

00:01 Ucapan ringkas yang sungguh banyak perkataan 'and' :P
00:17 Amek feel, weh!
00:29 HAHA terlambat masuk, bolayan sudaaa!
00:45 Hasrat sebenar nak tersenyum gembira, sekali jadi macam berlagak lah pulak.
01:18 Naik je tangan, terus hilang silau :P
01:24 Apa motif pegang bibir sendiri?
01:28 HAHA tiru Lady Gaga :P
01:34 Seriously, I hate that senget smile! Grr! >.<
02:09 Sumpah, tak tau kenapa tangan tetibe naik.
02:15 WOO! I LIKE THAT THING! RAWR!
02:29 Senyuman rosak lagi =.='
02:30 Masih pelik apa kena mengena love dengan gaya tangan tersebut.
02:40 Nampak psycho tak? Nampak psycho tak? Heh T___T
02:51 Gaya sebenar adalah lebih seksi. Kau gilaaa aku nak seksi pakai tudung?!
02:56 Nampak bengis tak? Nampak bengis tak? Heh T____T
03:00 Tersasul di situ. Harap korang tak perasan :)
03:03 Terkejut kan? Kan? Kan? *Kau cakap tak, ni last vid. Ugut ni, peduli hape aku.
03:07 Hai! Ini adalah saya dalam keadaan mengangguk.
03:09 Ini pula saya versi menggeleng pula, rakan-rakan -____-
03:31 Macam minah gian dah lama tak dapat bekalan =.=
03:39 Tangan ni suka tau tetibe naik tak tentu pasal.
03:43-03:59 Lidah terbelit :P
04:08 Bahasa apa ek? I main hafal lirik jek, tak tau pun ni bahasa apa, hee :D Sebab tu banyak tersasul.
04:15 First real expression.
04:23 Second.
04:31 Air mata tahan jek, don't wanna ruin this awesome feeling.
04:37 Third.
04:50 Terlambat masuk lagi.
05:03 Synchronised tak? Synchronised tak? Heh T___T
05:05 Cewahh, I senyum ikhlas, beb :)
05:11 Kembali ke posisi awal.
05:20 Wah wah, tangan turun sendiri lagi.
05:23 WHAT'S WITH THAT?!

Adoi, penat penat penat. I wanna show even more act in this vid. Tapi mengenangkan I pakai tudung, kang dalam kenangan pulak aku record vid tak senonoh seksi segala bagai. Sorry tau pada yang bagi suggestion, tapi I tak memenuhi citarasa masam manis tawar pahit korang. Vid ni harap Kak Seha suka :) And youuu, thanks for watching! *Kisses.

Ada rakan-rakan sekelas yang menonton vid ni? Hai, Efisien! Lihat, emosi aku dah stabil. Kaki je belum. I'll be joining you guys this 8th of April. Rindu korang gila babeng. Baiklah, mari kita sambung sakit. Adoiii!


Thank you, Ilyaaaaa! Sayang youuu!

Minah ni baru balik dari London. I punya bengap bukan nak mintak souvenir ke apa, tapi mintak satu pic dia kat either London or Paris. Takpe, halal -___- Dan ni kat London. Takpe lah. At least dia ingat I. Sayang youuu!

p/s:Ternoda kesucian Jumaat dengan vid sebegitu rupa di atas. Ohh this is a scheduled entry. Siap taip masuk dalam draft hari Selasa :)