A Week In Pain:Pre-Operation

5.3.10

Assalamualaikum.
Let's start Jurnal Orang Sakit (JOS) by singing a Happy Birthday song for my phone. Handset dah setahun dah woh! Kalau ikut real life in person, mesti dah pandai sebut mama papa. HAHA melalut ke laut. Ha'ah, hari ni jugak genap bulan ke-4 menjadi janda berhias. Kang aku cakap balu kau tarik muka pulak. Pergi ah date dengan makwe pujaan hati kau tu. *Cewahh, apahal tetibe emo?

Dah dah sebelum rumah banjir kerana air mata sendiri, jom start!

18/2/2010, Khamis.
Semalam mummy cakap Kak Som, agen insurance tu nak hantar pergi Pantai. Eh bukan Pantai Port Dickson ke, Pantai Cinta Berahi ke ape. Pantai Hospital. Saje jek sesuka hati panggil Pantai, comell woh ;) Akhir-akhir, last-last, *Eh apahal ada translation pulak tetibe? yang hantar pergi Laut eh Pantai bukan Kak Som tapi Cik Hashim. Sampai Pantai, doktor tengah rehat so kitorang pun singgah Restoran Asam Manis menjamu selera eh skema gila ayat. Singgah balik Pantai, masuk klinik, doktor check apa semua, dia suruh buat MRI. MRI gila mahal RM800 above, takut woh insurance tak cover. Call orang sana, call orang sini, buat jek ah MRI. Register masuk wad, tukar baju putih seksi tu. Baju hospital memang lawak kan =.='. Masuk MRI scanner tu dalam 5 lebih keluar jek dah start dah Na O Mei. Doktor dah balik so maybe result keluar esok kot. Bermalam ah kat wad. Dah kecoh dah kat Ain, Diyana Abdue, Ilyaa, Sera, Myra entah siapa lagi, weh aku masuk hospital. Padahal malam tu bafak gila best langsung takde takut rasa sakit ke apa sebab TV ada 2, mummy conquer remote sorang. BTW, dalam wad tu ada 4 katil tapi masa tu cuma ada I dengan lagi sorang makcik tu baru lepas operate sebab ada batu dalam hempedu. Hari yang sama, Madi adik Adhwa masuk wad jugak sebab demam panas.

19/2/2010, Jumaat.
Pagi yang indah dimulakan dengan menonton Adik-Adikku, Insya-Allah boleh! Tetibe doktor Bahar masuk. Tak cuak, doe sebab doktor tu senyum jek. Rupa-rupanya senyum membawa berita buruk. Dia check gerak-gerak lutut kanan apa semua. Dah tu selamba jek dia bagitau urat lagi 1/3 nak putus and tisu meniscus tu dah koyak besar. Dinasihatkan, ceh nasihat gitu, kena operate sebelum tambah teruk. Dia dah ah tak discuss dengan I, discuss dengan mummy jek konon nak bagi suspense ah macam dalam TV tu. Dia suruh fikir tanya bapak apa semua eh sejak bila aku panggil Abah bapak? Woh terus cuak suruh Bieha call. Nangis-nangis tanya Bieha and Ain patut operate ke tak padahal mesti dah tau jawapan better operate kalau tak nak tambah teruk apa sengal punya Zaty. Takut punya pasal terus tertidur lepas lunch alamak gemuk ah nanti -.-' Rupanya masa I tengah tertidur nyenyak apasal kena letak ter bukannya sengaja tidur? Mummy senyap-senyap jumpa doktor kat bawah macam I senyap-senyap jumpa ex-boyf masa nak date bagitau keputusan bapak suruh operate. Celik mata jek dah ada nurse bagitau operation scheduled hari Isnin yeay tak payah amek test! Lepas tu kena start puasa pukul 12 tengah malam. Petang pergi physio Abang Shahril dengan Abang Azrul handsome weh! Mummy cakap dia nak kerja esok sebab nak apply cuti 4 hari jaga lepas operation nanti. So call Sera ajak teman malam tu. Yeay, ada teman! Maka malam tu ditemani Sera! Adhwa dengan family datang tengok :)

20/2/2010, Sabtu.
Sera teman pergi physio. Dia pun setuju Abang Shahril dengan Abang Azrul tu handsome :DD Kitorang membuta jek lepas balik dari physio. Malam tu mummy amek turn jaga balik. Woot, mummy bawak Prosperity yang diidam-idamkan selama ni. Mentang-mentang dekat dengan McD. Eh lupa nak mention dari tingkap bilik I, jelas gila view Square One, Carrefour dengan McD. Kalau tak sakit tu, dah lama fly pergi McD. Alahai ;'(

21/2/2010, Ahad.
Bangun awal. Takde physio ke hari ni? Then, Ain, Emy, Azhar and Taruna datang visit saing dengan Abang Uji and family. Emy konon bagi surprise cakap tak nak datang busy ah. Hangguk kau punya busy! Tetibe Abang Shahril pun datang bagi current stimulator tu. Ain and the gang balik eh nampak diorang dari tingkap terus call Ain. Oh korang pergi Carrefour tak ajak eh putus kawan! Heh, takdenya nak touching segala kang tak pasal-pasal Ain patah balik sepak lagi tambah sakit. Then Abang Uji and family pun balik bye Afiq yang comel bermata bolat. Makcik yang operate hempedu tu dah boleh balik. Pergh, sunyi ah wad besar tinggal I dengan mummy jek. Malam tu, masa nurse check blood pressure, dia tanya I, sekarang ni kaki sakit tak? I jawab ah sakit. Then dia cakap, nanti lepas operate lagi sakit. Ingatkan nak tenangkan perasaan ke apa tapi tambah takut pulak. Macam mana ah operate esok eh? Hah, cuak cuak!

----------


Happy Birthday, sayang!

Eh you jangan mengada-ngada nak rosak lagi eh. Ingat I suka ke tetibe you off sendiri, mesej sweet-sweet hilang sendiri, lagu pun pandai pulak hilang sendiri semuanya nak sendiri-sendiri langsung tak nak bincang dengan I. Putus kang! Tetibe rasa nak bagi phone ni nama ah. Suggestion, please!

p/s:Lusa nak beli gitar. Yeay! Eh lusa Ahad eh?

6 comments

  1. HAHAK :D
    budakk nihh.
    dah okey belum?
    errr, bg jekla nama kat henset tuu moie.
    erk?
    tah pape jek nama tuu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. dah operate eyh?
    dok diam2. kalau tak akak putuskan trus kaki tuh.
    kehkehkeh ;p

    kasi nama boboy je sudah.
    HAHA! ;D
    alamak, teringat plak time couple. HUHU! =.='

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau aku yg jd hp tuh... hi hi

    ReplyDelete