A Week In Pain:Post-Operation

12.3.10

Assalamualaikum.
Berjumpa kembali kita di waktu dan hari yang sama dalam Jurnal Orang Sakit (JOS) bersama I lah dah blog I kan. Ok ah malas nak melalut ke laut lagi so jom start!

22/10/2009 eh 2010 malas nak backspace heh, Isnin.
Bangun awal beb. Terus tukar baju putih hari tu. Hee, gila lawak nasib tak snap kalau tak dah tempek kat sini dah. Dalam pukul 8 gitu, Cik Kamisan datang visit. Sekejap jek lepas tu dia blah ah. Pergh, cuak siot. Pukul 9.20 I dah kena usung keluar wad dah. Sampai kat area operation theatre tu, dalam 9.30 pagi. Kalau tak silap, operation I scheduled pukul 10.00 kot. Tapi start lambat sebab ada ramai orang beranak eh kurang sopan bersalin masa tu. Kejap kejap jek dengar baby nangis. Before melangkah masuk eh mana ada kan I kena usung dalam operation theatre tu, ada sorang doktor tu kalau tak silap nama dia Dr. Devindran inject masuk air. Then masuk jek operation theatre tu, I pun kena bius. BTW, operation theatre I operation theatre number 1 tau. HAHA tak penting pun saja nak mencapap. Lepas kena bius, apa lagi tidur ah. Sedar-sedar jek lutut kanan I dah berbalut. Tak boleh balik wad lagi ah tapi. Tunggu dalam recovery room tu lama jugak. Dr. Bahar jumpa mummy bagitau semuanya ok, urat dah sambung and tisu yang koyak besar tu dah repair pergh rasa macam dalam TV siot. Dalam pukul 2 lebih I pun balik wad. Start muntah-muntah masa tu. So I banyak tidurkan diri I jek. Kak Lela, cuzzy I datang tengok lagipun company dia depan Pantai jek. Boss mummy, Cik Ramli pun ada datang tengok siap bawak roti nan sedap gila tapi I tak dapat makan. I tak makan dari semalam start puasa sampai malam tu. Semua yang masuk mesti I muntahkan balik. Sampai 2 kali kena inject ubat tahan muntah.

23/2/2009 eh 2010 HAHA trick lama ah weh boo!, Selasa.
Belum pukul 5 pagi lagi, ada 2 nurse datang mandikan I. Mandi bukan maksudnya amek shower berbasah-basahan kat atas katil tu, bukan. Kira sponging ah lap-lap gitu. Pengalaman baru siot pee dalam bekas tu. Tu pun terpaksa sebab kalau I tak pee nanti doktor masukkan tiub dalam tutt lagi gila seram wok. Pagi tu, Dr. Bahar datang cabut tiub darah kotor kat lutut I tu. Bafak gila sakit! Lepas tu, terus pergi physio. Abang Shahril terkejut jugak ah sebab I dah ah baru lepas kena cabut tiub darah kotor tu tapi selamba jek datang dengan wheelchair bukannya bed. Terus dia ajar jalan pakai tongkat. Masa tu Mak Ju ada datang tengok. Balik jek wad, terus I pee kat toilet jalan pakai tongkat. Tak sanggup dah pee dalam bekas macam orang sakit pulak eh tak sedar diri memang sakit. Petang tu ada patient baru masuk sebelah katil I. Akak tu student UTHM. Depan akak tu, aunty Chinese. Sebelah dia pun Chinese jugak. Malam tu tengok episode last Tari Tirana tapi dapat tengok 1/2 jam jek sebab tertidur. Kenapa Neo mati?! Masih tak puas hati sampai sekarang.

24/2/2010, Rabu.
Well, macam biasa. Pagi pergi physio jumpa abang-abang hot stuff tu semua. Petang tu Adhwa datang. HAHA dia ponteng sukantara mentang-mentang ah anak Cikgu Ruzina peh aku protes ke apa ni? Akak sebelah I dah balik bye bye. Tapi datang pulak sorang aunty Chinese masuk. Ha, sekarang packed sudah satu wad dengan Chinese except I. Then, Cik Imah pulak datang. Cucu dia gila comel teringat pulak anak sedara sendiri si Afiq bermata bolat. Before Maghrib, second boss mummy, Cik Mat and his wife, Mak Ani datang. Banyak gila jajan diorang bawak macam tau jek I mengidam. Terima kasih, jiran lama ;) After Maghrib, kawan sepejabat mummy, Cik Buang pulak datang. Semua mummy, bila pulak kawan Abah nak datang? Diorang balik, Abah, Ani and Adek pulak datang. Bising ah diorang. Tak tau ke korang dalam hospital? Woh I hebat malam ni terus tukar baju biasa dengan shorts. Boring pakai baju hospital seksi tu.

25/2/2010, Khamis.
Ikut ayat atas tu. Well, macam biasa. Pagi pergi physio jumpa abang-abang hot stuff tu semua. Doktor Bahar check, dia cakap boleh balik hari ni, yeay! Balik wad, terus tidur. Jadi orang sakit ni penat rupanya en. Aunty Chinese yang masuk Selasa tu dah balik dah. Before balik, nurse datang cabut jarum kat tangan kiri yang masuk air tu. Doktor Bahar pulak buka bandage tukar dressing. I tak tengok sebab takut padahal lutut sendiri. Mummy tanya pasal urat dengan tisu tu. Tahu tak Doktor Bahar cakap apa? Dia cakap urat yang kena tebuk tu terlalu panjang so dia ketatkan guna skru. Tisu pulak takde yang koyak sebab dia dah check masa operation tu. WTF dia cakap benda yang lain lepas keluar dari operation theatre dengan before I balik? HAHA kelakar kan, doktor I? Yeay, finally I'm home!

Lepas ni harus berhati-hati supaya tak kena operate lagi serik woh. Semalam buka jahitan. Doktor buka jahitan I tak baring pun. Sakit! Kak Myza harus disaman! Bhaha ok lah, nak sambung sakit balik lagi, bye! ^_^

----------

Semalam balik dari hospital, singgah kampung kejap dengan Noh, mummy and Sera. Tinggalkan mummy kejap kat rumah kampung, kitorang chow pergi Laut. Then kitorang gerak pergi Parit Simin. Alahai, tenangnya dekat tepi laut. Baru lah aku boleh bernafas sikit. Takde serabut-serabut. Tapi aku tengok sekeliling, semua orang ada pakwe. Aku? Tetibe terus teringatkan Encik Awak.

And tetibe jugak tadi, dia text tanya apa perasaan sebenar aku kat dia sekarang ni. Apa aku dah jawab? Aku jawab ah kita cuma kawan. Aku tak tahu apa perasaan sebenar aku kat dia. Masa dia betul-betul dah tak nak kat aku dulu and aku selalu kena sound dengan makwe dia, aku terus keraskan hati. Takkan rasa sayang kat dia lagi walaupun dalam hati sendiri.

Bila semua orang tanya apa perasaan sebenar aku kat dia, aku cuma jawab tak tahu. Sebab aku memang tak tahu. Then bila tuan empunya diri sendiri tanya, aku lagi lah tak tahu. Siapa tahu apa perasaan sebenar aku kat dia, angkat tangan! Erk, aku ni desperate ke apa? Tapi aku memang dah... eh, entah!

p/s:Esok kot beli Audi.

8 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. finaz, zaty nih tak tahan sakit.
    thats why dy kate sakit.
    myza dah pena kena ape bukak jahitan, jahitan, masuk jarum sane-sini.
    kahkahkah :D
    nty akk byr gune daun keladi blkg umah tau zaty.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete