Surat cinta buat rakan sekelas 3 Efisien yang disayangi

8.3.10

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ke hadapan YAB Perdana Menteri eh salah budak kelas 3 Efisien peh skema gila ayat. Korang sihat tak? Eh jangan berani tanya soalan tu balik kat aku dah tau aku sakit buat cara dah tau kang aku emo tak pasal-pasal. Hee, saje jek aku tulis surat kat korang. Bafak gila boring duduk rumah makan tidur tengok tv online jek keje baik aku tulis surat kat korang kan.

Rindu aku tak? Baik cakap rindu kalau tak malam ni aku datang rumah korang jadi hantu eh bila pulak aku mati (?) cekik korang. Peh kejam gila moi nak cekik segala bagai. Aku rinduuuuu gila kat korang! Bila nak datang tengok aku ni? Bieha cakap korang semua busy kawad eh? Ok, takpe tapi kalau lepas sukan takde sape datang tengok aku, naik sekolah aku tuntut Cadbury tak pun Ferrero Rocher peduli apa aku. Kalau aku berani lah, heh T_____T

Kalau korang nak datang, bagitau ah awal-awal boleh aku pasang khemah ke buat kenduri doa selamat ke apa. HAHA jangan percaya weh hiperbola jek tu. Macam mana test? Aku dengar 8 org dapat perfect score Maths eh? Pergh, congrats congrats! Ruginya aku tak dapat amek test. Ni operate punya pasal ah ni marah ni marah ni.

Korang, aku naik sekolah lepas cuti bulan 3 nanti. So dalam 3 minggu aku absent plus 1 minggu lagi kalau ada kelas tambahan, aku mintak korang tolong ah aku sikit-sikit pelajaran aku yang tertinggal tu. Sedih weh tak dapat pergi sekolah asyik-asyik ulang-alik pergi hosp jek nasib baik ah abang-abang physio kat situ handsome gila boleh ah aku bernafas sikit whaha :P

By the way peh moi speaking eh serius ah, nanti bila aku naik sekolah maybe aku pakai tongkat aw. Wah wah Mizan versi perempuan! Hangguk korang ah! Eh aku mencarut ke? Jadi aku harap korang dapat ah bagi kerjasama, apa yang penting? kerjasama! bila aku pakai tongkat nanti eh. Jangan ah korang ejek ke buat main tongkat ke apa kang aku merajuk terus tak nak pergi sekolah susah korang eh apa kena mengena?

Aku mintak maaf pada korang yang aku tak bagitau aku masuk hosp tu. Aku bukan tak nak bagitau tapi aku tak larat so aku cuma bagitau beberapa org jek ah budak kelas harap diorang sampai-sampaikan pada yang lain. Jangan ah touching, tak rock ah. Timah, sorry gila! Tyra Syaz, thanks bagi aku choc. Sampai sekarang tak habis lagi aku simpan buat stok Hari Raya Puasa whaha. Hawa, apasal tak reply mesej aku? Kau guna num apa sekarang ni apasal susah sangat nak contact kau? Rinduuuuu! ;’((

Kutik, happy belated 15th birthday. Kena tepung tak hari tu? :P Fizi, selamat hari jadi eh selamat hari lahir yang ke-15 kau bukannya tau hari apa kau betul-betul jadi kan. Sorry ah takde hadiah aku malas nak keluar rumah pakai tongkat buang masa cari hadiah korang. Nanti ah aku bagi hadiah masa korang kahwin tu pun kalau korang jemput aku eh apahal jauh sangat aku fikir ni? Melalut melalut.

Thanks aku ucapkan pada korang sebab doakan operation berjalan lancar and aku cepat sembuh. Korang ada ah sikit siap visit kat hosp dgn kat rumah lagi, thanks. Kalau tak maybe sekarang korang dah berkabung hari keberapa entah untuk aku peh air mata dah nak meleleh siot. Padahal apa kena mengena lutut yang kena operate tetibe boleh pulak aku mati. Sayang korang ah eh tapi sebagai kawan jek ah kang melebih-lebih ada yang marah pulak kang. Metaforanya, macam mana Tirana sayang Ash lebih kurang macam tu ah, eh korang tengok Tari Tirana episode last tak? Kalau tak, buang masa jek aku bagi contoh :P

Surat ni aku tulis umum pada semua takde 18SX ke 18SG ke apa sebab tu aku suruh pass pass eh aku UMNO, beb politik kejap :P Nak balas ke tak? Of course ah, aku tau nanti mesti ada 43 surat untuk aku termasuk daripada Cikgu Fazila. HAHA kejam gila aku. Takde ah. Ikut suka korang nak balas ke tak. Tapi better balas ah sebab aku rindu gila kat korang. Pada yang selalu jumpa tu, Ain, Seha, Sera dll, mengada gila korang nak balas, kan dah selalu jumpa.

Satu lagi! Korang jangan nak menggedik tunjuk surat ni pada cikgu-cikgu pulak eh lebih-lebih lagi Cikgu Ruzina. Nanti dia tak ngaku aku ni murid dia pulak kang tulis surat untuk rakan sekelas langsung tak jaga tatabahasa format apa semua tau bagi surat kat PM jek tulis lawa-lawa bahasa berbunga segala bagai. Amaran keras ni sekeras batu kat Taman Botani tempat aku jatuh masa merentas desa hari tu sampai kena operate.

Ok, ah bafak gila panjang surat aku padahal cuma nak tanya khabar korang and nak cakap aku rindu korang tu jek tapi boleh pulak terpanjang. Ter tu sebab tak sengaja eh. Rasa macam tak sakit pulak kan padahal gila sakit, tahu?! Sebab tu tulisan buruk. Jumpa korang lepas cuti nanti. Daa! Wassalam.

Yang benar takkan salah pulak,
Zaty.

-----

Kenapa Idlan kalah?! Kenapa Kecik pulak yang menang?! Bukan tak suka Kecik menang dah tuah dia kan. Cuma tak puas hati Idlan favourite setiap minggu, final boleh pulak Kecik tetibe menang. Tak puas hati! Rasa tak puas hati dia sama macam rasa tak puas hati bila Sein & Nana yang menang Sehati Berdansa padahal Sazzy & Nazril lebih layak sepatutnya.

p/s:Nak bagi nama phone, Jemmi ok tak? Apasal rasa nama tu macam gay sangat ah? Lepas tu lepas tu, bapak cakap beli gitar tunda Ahad depan, benci!

6 comments

  1. ermm, I sangat-sangat tak suka time sakit nih.. sebabnya nak makan pun tak berselera.. time-time tulah orang nak kasik kita makan itu - makan yg best best sedangkan kita no appetite

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mmg budak ni melalut betul la haha

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete