Pictures and videos

Favourite(s) #2

31.3.10

Sumpah nak menangis tengok VT ayah Alif tu tsk tsk ;'(


Wah, baru lah berbaloi sokong orang Johor. Best performance :D Paling suka masa dia buat gaya love macam yang I buat dalam video sebelum ni :)


Sejak bila minat Adira? Tu yang kita tak tau tu.

Alhamdulillah, Alif tak dalam kelompok The Bottom Threes lagi. Berdebar jek masa tengok Debaran tu. Nama pun Debaran, kan. Yang tak puas hati, boleh pulak Maulana masuk The Bottom Threes lagi. Haishh -______- And kesian Adira. Ema tersingkir pulak minggu ni.

Apa pun, AFUNDI Audi Alif!

p/s:Naik sekolah 8/4 :)
Family which is sooo familiar -_-'

Once gemok, always gemok :P

29.3.10
Bhaha mati aku kena cekik kalau Ani nampak tajuk ni. Last entry pasal birthday Haziq tu pun hampir separuh mati kena cekik. Lepas tu, Ani request special entry macam yang aku buat kat Haziq jugak. Adoi, apasal birthday korang dekat-dekat a? Nah, entry stock baik-baik punye :P

Nur Musliha Izzani. Nama cantek punya panjang, sama macam aku. Dah gemok besar dah kau. Dah 12 tahun dah. Dah boleh kahwin dah hehe :P 12 tahun bersamaan tahun ni kau kena amek UPSR whaha *gelak tak berapa nak jahat sebab aku pun kena amek PMR tahun ni tsk tsk ;'(

Seingat aku, sejak aku darjah 2 lagi, ye lah masa tu lah tengah hit cerita Enot, aku panggil kau Enot. Sebab dari kecil, *haha kecil lah sangat, kau mesti lagi 'Enot' dari aku. Sekarang ni, aku dah maju sikit. Takde cover-cover dah. Dengan bangganya, aku panggil kau Mok whaha. Weh kau tak marah kan kan.

Benda yang aku suka pasal kau ni, kau buat jek apa yang aku suruh. Cuma mulut kau tu jek yang aku tak tahan. Melawan cakap, menengking, memaki memang makanan kau lah. Dah tu bercakap 24 jam. Dalam tidur pun bercakap. Heh, ngigau lah tu :P Adoi, budak! Stop lah bercakap. Sehari pun jadi lah, beb.

Satu keunikan kau, kau pandai baca muka orang. Kau tau jek mana kawan yang boleh ngam dengan aku, mana yang ada niat tersirat dengan aku. Lagi yang best, kau kuat lari. Asal jangan kahwin lari sudah lah, heh -_- Lepas tu, kau pandai zapin. Chaiyok a kau dengan Haziq zapin sampai negeri :)

Hobi kau? Mana boleh lupa. Makan kan? HAHAHA :)) Semua makanan kau sapu. Makan pandai, masak pun pandai. Kau masak, pun boleh lah. Not bad :D Brutal konon, tapi minat pink, hampeh! Lembut bila zapin jek. Tapi minah ni boleh masuk geng Kak Finaz a. Minat Daus AF8 :)

Dan lagi yang best, kau lebih tinggi, lebih besar dan lebih matang dari aku. Baju kau semua dah tak muat, asyik pakai baju aku jek. Benci tau takkk. Eh tadi best, sekarang benci pulak bhaha. Kasut pun saiz 6 eh (?), aku baru saiz 4. Keluar rumah, semua orang macam tak caye jek kau adek aku. Nampak kau kakak haha aku awet muda :P

Eh budak, tolong rajin belajar ye. Kau tak nak 5A ke, beb? Kau dapat 3A pun aku dah kira bersyukur lah. Tapi kalau boleh, up a sikit! Nanti kau dapat Ego, boleh pergi sekolah sama-sama. Tapi kau bawak aku a. Kau kan kakak ^_^

HAPPY 12TH BIRTHDAY, BUDAK GEMOK!

SUDUT MENGENALI ENOT BHAHA :P



Minah ni gila meroyan bila kakak kedai kek ni tersalah tulis nama dia jadi HANI atas kek birthday dia dengan Haziq tahun lepas HAHA





KENANGAN BERSAMA :D








----------

Patut ke I add diorang? Diorang bermaksud Abang Adzrul, Kak Shikin and Kak Aya kat physio tu. Ala, malunya!

p/s:Kalau tak selesaikan tag and award tu, boleh tak?
Family which is sooo familiar -_-'

9 years with you.

26.3.10
Firstly, aku nak cakap memang aku tak puas hati kat kau. Sebab Mem Besar asyik nak lebihkan kau jek. Tapi alhamdulillah, sejak aku sakit ni, kasih dia beralih arah pulak kat aku whaha *gelak jahat. Menatang Mentang-mentang kau kecik, kau boleh dapat semua. No no no, budak kecik.

Eh kau tau tak aku jeles nama kau sedap? Nama kitorang ni pulak yang ada Mus segala. Apasal kau yang terlepas? Kenapa?! Jap, aku cuba bayangkan nama kau ada Mus. Mustaqim? Musytari? Musta'mal? HAHAHA :)) Takpe, nasib badan kan, HAZIQAH :P


Tapi aku tak nafikan kau memang Grade A punya budak. Belajar pandai, tak pernah jatuh nombor 3. Even kau tak sentuh buku. Kalau baca buku, mesti lagi malatopp a kau
punya result en. Sukan pun terror, lagi terror dari aku. Aktiviti lain, jangan cakap. Semua kau nak masuk. Semua pulak tu kau nak menang. Heh. Hebat a tu?

Dah tu, kat sekolah, semua budak
perempuan nak melekat dengan kau. Kejap-kejap kau, kejap-kejap kau. Entah macam takde budak lelaki lain ke apa kat dalam kelas tu. Sebab tu a semua budak lelaki macam anti dengan kau. Tu lah pasal kau kena belasah teruk dengan diorang last year kan. Kesian kau, lebam sana sini. Eh tapi tu ke sebabnya?

Not to mention, muka babyface kau tu.
Memang senyuman kau menawan. Kalau kau senyum jek, tulang pipi kau both naik macam ex-boyf aku. Tsk tsk ;'( Jadi, bila dengan sedare ke, dengan mana-mana hot babes ke, mula a kau nak tunjuk muka comell kau tu. Suke a kau bila diorang cubit-cubit pipi kau? Ah, dasar budak kecik.

But the most important thing is; I love you! Umur baru 9 tahun, tapi matangnya kau, masya-Allah! Sumpah aku jeles kau boleh get along dengan Noh earlier than me. In fact, kau boleh get along dengan semua orang tak kira muda mudi, tua tui. Walau macam mana sakitnya hati aku kat kau, kau tatap adek terhebat aku wokk! Jom supel jom! (baca:shuffle)

Nanti dah besar, dah ada kerja best, dah ada duit banyak, jangan sekali-kali lupa aku. Aku tuntut kan
g di pintu syurga bhaha. Jangan nakal-nakal, jangan degil-degil lagi eh budak. Belajar betul-betul. Aku tahu kau pandai, beb. 5A sure dalam tangan kalau kau buat betul-betul *Advance punya wish 3 tahun :P Sayang kau gila a, muhammad adek!

HAPPY 9TH BIRTHDAY TO YOU, MUHAMMAD HAZIQ!

Ucapan sebenar tanpa hipokrit adalah; sudah-sudah a asyik birthday kau every year sambut. Bagi chance a kat aku dengan Ani sambut birthday pulak. Kitorang nak jugak merasa potong kek, tiup lilin segala. Last sekali aku sambut birthday ada kek, masa tadika T_T Kalau tahun ni Abah tetap lebihkan kau sorang jek yang ada kek, aku korbankan kau jadi kek birthday aku tahun ni whaha *gelak jahat lagi.

SUDUT MENGENALI HAZIQ









Kakak terhebat,
Zaty.
Pictures and videos

Favourite(s) #1

24.3.10

Annoyingly, I just wanna say, BAGUS, BAGUS DAN BAGUS! Bhaha :P


I love the dance masa chorus tu. Even nampak gila gay, tapi comell :)

Hampir-hampir boikot AF8. Walaupun hanya berada dalam zon bahaya ataupun as I usually say, The Bottom Threes, itu dah mampu membuatkan jantung I luruh.

p/s:Alif memang lembut SIKIT, so what?!
Jurnal Orang Sakit

A month already.

22.3.10
22nd, tarikh I operate bulan lepas. Pejam celik pejam celik, dah sebulan dah operation berlalu. Dah sebulan jugak lah tak pergi sekolah. Harap-harap Khamis ni bila jumpa doc, dia tak bagi MC lagi. Kalau tak sampai bila lah tak pergi sekolah. Nak PMR pulak tu. Adoi.

Sehari lepas operation, keadaan masih tak berubah. Sampaikan nurse terpaksa inject ubat tahan sakit. Morphine kot, I tak pasti. Lepas tu, I demam. Seboleh-boleh I cuba fight demam tu sebab nak balik awal. Alhamdulillah, demam I kebah the next day. Khamis pulak I dah boleh discharge :)

Seriously, I tak suka sakit. Tapi Tuhan ada kata, sakit tu membantu menghapuskan dosa. So, I bersabar jek lah. Dan sebab tu lah I fight sakit ni dengan sepenuh kekuatan. I wanna walk just like other people. I tahu Tuhan bantu I mengurangkan sakit ni. Dia bagi I family and friends yang sangat supportive. Thanks, guys ;')

3 hari lepas balik rumah, I cuba jugak naik tangga. Seminggu, doc dah bagi pijak penuh, I try jalan tak pakai tongkat. 2 minggu + 1 hari lepas operation, I dah jalan teroka Square One. 2 days after that, dah start jalan pakai tongkat sebelah jek bila doc dah buka jahitan. Jahitan belum baik sepenuhnya, I dah teroka Summit pulak 2 days after.

Sabtu masa physio, Chew (my physiologist) dah bagi jalan tanpa tongkat. Yeay! Bafak gila seronok. Terus lepas balik dari physio, meneroka Square One lagi. Fun gila tengok Alice In Wonderland with the rest of SAM. Thanks, Sera and Myra :) Thanks jugak pada Noh sebab belanja makan :D

Chew cakap bila parut jahitan yang colour hitam tu dah gugur sendiri, I dah boleh massage lutut I sendiri untuk keluarkan kepala lutut yang langsung tak nampak lagi sekarang. Nak tunggu parut tu okay, bila lagi? So, I kopek sendiri parut tu. Hee, I tahu memang tak elok. Tapi I tak suka nak terima the fact yang I sakit. Tapi seram jugak tengok parut yang masih merah darah ni.

Sebab tu lah I buat jugak apa yang doc and physiologist tak bagi. Sepatutnya, I kena naik tangga satu-satu, well, korang tau kan orang tua naik tangga macam mana. Diorang naikkan both of legs on each stairs. Tapi I berkeras jugak nak naik tangga macam orang biasa. Tanpa tongkat jugak, walaupun Chew tak bagi.

Dan maybe kedegilan I tu, menyumbang kepada cepatnya I sembuh. Sekarang ni I dah boleh bend kaki masa meniarap more than 90 degrees :) I love fast healing process. Terima kasih Chew, Abang Shahril, Kak Shikin, Kak Aya and Abang Azzrul. Susah act nak handle budak degil ni :P

And thanks pada classmates yang dah banyak bagi tunjuk ajar dalam pelajaran I yang dah tertinggal ni. Nak sebut semua, nanti ada yang terasa tak disebut. So, umum lah I tujukan pada semua Efisiens. And pada all friends di alam maya ni, a lot of thanks jugak :) Sayanggg korang!

p/s:Takziah pada keluarga and fans Yanie Mentor yang telah meninggal dunia 4 petang semalam. Nak tahu lebih, click SINI. Al-Fatihah :((
Gua pun ada perasaan jugak

Fated.

19.3.10
It's fated; Nur Musfirah Izzati masih tidak bertegur dengan jiran depan rumah, Noor Diyana Nasuha sejak 2008.

It's fated; less than half of my classmates came to visit me.

It's fated; that total moron left me for my own best friend and it sucks!

It's fated; I still keep this feeling for him.

It's fated; kakak angkat sendiri mahupun nenek langsung tak ingat siapa saya.

It's fated; I still have Kak Seha, Kak Ziqa, Kak Myza, Kak Ain and other girl cousins that loves me :)

It's fated; nuffnang baru RM11.50 langsung tak berganjak. SIKIT PUN T_T

It's fated; there's still some guys out there keeping their feeling for me, waiting to confess.

It's fated; post yang lepas pasal Alif takde siapa pun yang bagi comment.

It's fated; jiran depan rumah, ayah kepada Noor Diyana Nasuha, alhamdulillah dah balik rumah. I felt sorry for him. Kaki dia patah :(

It's fated; ada jugak orang dalam dunia ni yang mengalami nasib yang sama macam kita.

----------

Kenapa dekat status ym awak ada number phone saya? Awak jual number saya to your friend list ke? Sampai hati :(

p/s:Alice In Wonderland, here we come!
Love KONONNYA

Cinta baruuu ♥

17.3.10
Mood hari ni tak berapa nak ok sangat. BTW, entah kenapa rasa sakit sangat. Kaki sakit, kepala sakit, badan sakit senang kata semua lah. Tapi demi memperkenalkan cinta baruuu I ketepikan sekejap sakit tu. And here it goes;


Idk what to say. Tergugat iman aww!

Before Konsert Tirai, I nampak mamat ni macam handsome lah pulak. Terus minat bhaha cinta pandang pertama. Lepas I tengok Konsert Tirai, apasal mamat ni suara lain macam? Perasan tak suara dia lain dari yang lain? Dah lama tak dengar suara macam tu. Woh comel kan kan kan. Tapi I tak nak panggil dia Alif. I nak panggil dia Audi boleh tak boleh tak?

Yeah, kalau dah cerita pasal Audi, tentu lah lepas ni cerita pasal Jemmi pulak. Jemmi versi manusia pulak pun dalam AF8. Senang kata act post kali ni nak promote AF8 jek. Siapakah Jemmi?


Bhaha nama dia Maulana :P

Mana boleh tak sokong orang Johor, beb. Bangga ah orang Johor masuk AF. Bhaha sebelum ni Mawi menang, apasal aku takde rasa bangga pun? Rupanya dia ni a good friend of Haziq AF4 kan?

AF tahun ni ok kot. Apa ni dah jadi review AF pulak? Sebenarnya nak introduce Audi and Jemmi versi real person jek. Apa pun, AFUNDI Alif. Eh kalau I taip AFUNDI Audi, Astro terima tak? *Wandering.

----------

Perasan tak ruang pelengkap hidup kat sidebar tu dah berubah? Dah masukkan pujaan hati sepanjang zaman, Pierre Andre, Aril, Adi 6ixth Sense, Sharifah Amani, Mila, Yuna, Ungu and casts of Tari Tirana. Sayang mereka pluss pluss :)

p/s:Looking forward to watch Alice with SAM this Saturday.
Family which is sooo familiar -_-'

A Week In Pain:Post-Operation

12.3.10
Assalamualaikum.
Berjumpa kembali kita di waktu dan hari yang sama dalam Jurnal Orang Sakit (JOS) bersama I lah dah blog I kan. Ok ah malas nak melalut ke laut lagi so jom start!

22/10/2009 eh 2010 malas nak backspace heh, Isnin.
Bangun awal beb. Terus tukar baju putih hari tu. Hee, gila lawak nasib tak snap kalau tak dah tempek kat sini dah. Dalam pukul 8 gitu, Cik Kamisan datang visit. Sekejap jek lepas tu dia blah ah. Pergh, cuak siot. Pukul 9.20 I dah kena usung keluar wad dah. Sampai kat area operation theatre tu, dalam 9.30 pagi. Kalau tak silap, operation I scheduled pukul 10.00 kot. Tapi start lambat sebab ada ramai orang beranak eh kurang sopan bersalin masa tu. Kejap kejap jek dengar baby nangis. Before melangkah masuk eh mana ada kan I kena usung dalam operation theatre tu, ada sorang doktor tu kalau tak silap nama dia Dr. Devindran inject masuk air. Then masuk jek operation theatre tu, I pun kena bius. BTW, operation theatre I operation theatre number 1 tau. HAHA tak penting pun saja nak mencapap. Lepas kena bius, apa lagi tidur ah. Sedar-sedar jek lutut kanan I dah berbalut. Tak boleh balik wad lagi ah tapi. Tunggu dalam recovery room tu lama jugak. Dr. Bahar jumpa mummy bagitau semuanya ok, urat dah sambung and tisu yang koyak besar tu dah repair pergh rasa macam dalam TV siot. Dalam pukul 2 lebih I pun balik wad. Start muntah-muntah masa tu. So I banyak tidurkan diri I jek. Kak Lela, cuzzy I datang tengok lagipun company dia depan Pantai jek. Boss mummy, Cik Ramli pun ada datang tengok siap bawak roti nan sedap gila tapi I tak dapat makan. I tak makan dari semalam start puasa sampai malam tu. Semua yang masuk mesti I muntahkan balik. Sampai 2 kali kena inject ubat tahan muntah.

23/2/2009 eh 2010 HAHA trick lama ah weh boo!, Selasa.
Belum pukul 5 pagi lagi, ada 2 nurse datang mandikan I. Mandi bukan maksudnya amek shower berbasah-basahan kat atas katil tu, bukan. Kira sponging ah lap-lap gitu. Pengalaman baru siot pee dalam bekas tu. Tu pun terpaksa sebab kalau I tak pee nanti doktor masukkan tiub dalam tutt lagi gila seram wok. Pagi tu, Dr. Bahar datang cabut tiub darah kotor kat lutut I tu. Bafak gila sakit! Lepas tu, terus pergi physio. Abang Shahril terkejut jugak ah sebab I dah ah baru lepas kena cabut tiub darah kotor tu tapi selamba jek datang dengan wheelchair bukannya bed. Terus dia ajar jalan pakai tongkat. Masa tu Mak Ju ada datang tengok. Balik jek wad, terus I pee kat toilet jalan pakai tongkat. Tak sanggup dah pee dalam bekas macam orang sakit pulak eh tak sedar diri memang sakit. Petang tu ada patient baru masuk sebelah katil I. Akak tu student UTHM. Depan akak tu, aunty Chinese. Sebelah dia pun Chinese jugak. Malam tu tengok episode last Tari Tirana tapi dapat tengok 1/2 jam jek sebab tertidur. Kenapa Neo mati?! Masih tak puas hati sampai sekarang.

24/2/2010, Rabu.
Well, macam biasa. Pagi pergi physio jumpa abang-abang hot stuff tu semua. Petang tu Adhwa datang. HAHA dia ponteng sukantara mentang-mentang ah anak Cikgu Ruzina peh aku protes ke apa ni? Akak sebelah I dah balik bye bye. Tapi datang pulak sorang aunty Chinese masuk. Ha, sekarang packed sudah satu wad dengan Chinese except I. Then, Cik Imah pulak datang. Cucu dia gila comel teringat pulak anak sedara sendiri si Afiq bermata bolat. Before Maghrib, second boss mummy, Cik Mat and his wife, Mak Ani datang. Banyak gila jajan diorang bawak macam tau jek I mengidam. Terima kasih, jiran lama ;) After Maghrib, kawan sepejabat mummy, Cik Buang pulak datang. Semua mummy, bila pulak kawan Abah nak datang? Diorang balik, Abah, Ani and Adek pulak datang. Bising ah diorang. Tak tau ke korang dalam hospital? Woh I hebat malam ni terus tukar baju biasa dengan shorts. Boring pakai baju hospital seksi tu.

25/2/2010, Khamis.
Ikut ayat atas tu. Well, macam biasa. Pagi pergi physio jumpa abang-abang hot stuff tu semua. Doktor Bahar check, dia cakap boleh balik hari ni, yeay! Balik wad, terus tidur. Jadi orang sakit ni penat rupanya en. Aunty Chinese yang masuk Selasa tu dah balik dah. Before balik, nurse datang cabut jarum kat tangan kiri yang masuk air tu. Doktor Bahar pulak buka bandage tukar dressing. I tak tengok sebab takut padahal lutut sendiri. Mummy tanya pasal urat dengan tisu tu. Tahu tak Doktor Bahar cakap apa? Dia cakap urat yang kena tebuk tu terlalu panjang so dia ketatkan guna skru. Tisu pulak takde yang koyak sebab dia dah check masa operation tu. WTF dia cakap benda yang lain lepas keluar dari operation theatre dengan before I balik? HAHA kelakar kan, doktor I? Yeay, finally I'm home!

Lepas ni harus berhati-hati supaya tak kena operate lagi serik woh. Semalam buka jahitan. Doktor buka jahitan I tak baring pun. Sakit! Kak Myza harus disaman! Bhaha ok lah, nak sambung sakit balik lagi, bye! ^_^

----------

Semalam balik dari hospital, singgah kampung kejap dengan Noh, mummy and Sera. Tinggalkan mummy kejap kat rumah kampung, kitorang chow pergi Laut. Then kitorang gerak pergi Parit Simin. Alahai, tenangnya dekat tepi laut. Baru lah aku boleh bernafas sikit. Takde serabut-serabut. Tapi aku tengok sekeliling, semua orang ada pakwe. Aku? Tetibe terus teringatkan Encik Awak.

And tetibe jugak tadi, dia text tanya apa perasaan sebenar aku kat dia sekarang ni. Apa aku dah jawab? Aku jawab ah kita cuma kawan. Aku tak tahu apa perasaan sebenar aku kat dia. Masa dia betul-betul dah tak nak kat aku dulu and aku selalu kena sound dengan makwe dia, aku terus keraskan hati. Takkan rasa sayang kat dia lagi walaupun dalam hati sendiri.

Bila semua orang tanya apa perasaan sebenar aku kat dia, aku cuma jawab tak tahu. Sebab aku memang tak tahu. Then bila tuan empunya diri sendiri tanya, aku lagi lah tak tahu. Siapa tahu apa perasaan sebenar aku kat dia, angkat tangan! Erk, aku ni desperate ke apa? Tapi aku memang dah... eh, entah!

p/s:Esok kot beli Audi.
Jurnal Orang Sakit

MC bukan untuk disalahgunakan.

10.3.10
Takde idea nak post apa hari ni maka lahirlah post ni dari rahim blog ni :) Sorry lambat, kakak-kakak sekalian. Jangan bunuh saya, saya tak bersalah.

Tag daripada Kak Finaz and Kak Ain.

Soalan 1 ~ Where is your cell phone ?
Tak ingat. Atas sofa kot.

Soalan 2 ~ Relationship ?
Dengan siapa lah pulak aku nak ber'relationship' segala?

Soalan 3 ~ Your Hair ?
Panjang paras tengkuk, colour hitam.

Soalan 4 ~ Work ?
Orang sakit. Sesungguhnya jadi orang sakit sangat penat dan menguji kesabaran. Tapi duit tatap masuk, nokk.

Soalan 5 ~ You sister ?
Sumpah tak faham soalan ni.

Soalan 6 ~ Your favourite thing ?
Used to be his pictures. Tapi starting this week, insya-Allah Audi and Jemmi :D

Soalan 7 ~ Your dream last night ?
Pregnant WTF?!

Soalan 8 ~ Your favourite drink ?
Apple juice, Nescafe, iced tea and Vanilla Coke.

Soalan 9 ~ Your dream car ?
Mini Cooper :)

Soalan 10 ~ Your shoes ?
Baru putus semalam tepat-tepat depan kedai kasut kat Carrefour lepas keluar dari MBO. Bhaha balasan orang sakit kaki tak padan nak berjalan kat shopping mall tak pakai tongkat.

Soalan 11 ~ Your fears ?
Tak dapat berlari macam biasa. And tak dapat perfect score for PMR.

Soalan 12 ~ What do you want to be after 10 years ?
Isteri yang sah kepada si dia :)

Soalan 13 ~ Who did you hang out with last weekend ?
Last weekend? Sera and Myra :) Tu hari Sabtu. Ahad, Ain :)

Soalan 14 ~ Missing ?
Him.

Soalan 15 ~ What are you thinking about right now ?
Bhaha kesian budak-budak yang nak datang tengok aku lepas ni aku tak hidangkan makanan pun. Weh korang makan kenyang-kenyang ah dari rumah ye :P

Soalan 16 ~ Favourite colour ?
Blue and purple.

Soalan 17 ~ Love ?
Dah lama tak merasa.

Soalan 18 ~ So who wants to share their one ? How about ?
Pun sumpah tak faham soalan ni apasal bengap sangat aku hari ni?

Ni pulak tag dari Kak Ain.

1 - Adakah anda rasa HOT???
Saya tak hot, saya cool bhaha. Yup, panas gila sampai badan ditumbuhi pelbagai jenis bangsa dan kaum ruam sudah.

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
Kalau tak nak? Alahai, nanti merajuk bagitahu mak pulak. Nah!


3 - Cerita pasal gambar wallpaper itu.
Malas. Dah terang-terang ada muka 3 budak kat situ, pandai-pandai ah kau elaborate sendiri sekian terima kasih.

4 - Bila kali terakhir anda makan pizza?
Ada hari tu tapi tak ingat bila.

5 - Lagu terakhir anda dengar?
Sunsilk theme sebab Azua text cakap nak datang visit kejap lagi.

6 - Ape yang anda buat selain menyelesaikan tag ni.
Pakai spec sebab dah rabun.

7 - Selain nama sendiri, anda dipanggil nama ape?
Nama saya Nur Musfirah Izzati binti Musiran seperti yang tertera dalam I/C saya. Mak bapak dan saudara mara serta rakan-rakan mereka panggil saya Zetty atau Zati. Kawan-kawan panggil saya Moi atau Mus. Yang jahat sikit panggil saya Peah. Cikgu-cikgu panggil saya Musfirah. Dalam dunia maya, ramai kenal saya sebagai Zaty, Momoie atau Mila. Abang dan kakak kat physio panggil saya Nur *Macam Nur Amina ;)

8 - Tag lagi 8 orang.
Malas. Baik kan saya?

Soalan nombor 9-15 ada kena mengena dengan 8 orang yang saya perlu tag. Memandangkan saya tak nak tag siapa-siapa, maka saya terlepas daripada menjawab soalan-soalan tersebut :)

16 - Berikan 5 yg anda tahu tentang orang yg mengtag anda.
-She's wonderful!
-Pernah jumpa dia dulu. Jangan jealous.
-She's a sleeping beauty, kalau korang nak percaya lah.
-Saya suka tengok dia pakai baju pink :)
-Mangsa SPM 2010.

17. 5 perkara yg saya tahu tentang cik ASMA.
-Siapakah
-pemilik
-nama
-cantik
-tersebut?

17 - Persamaan antara KAMBING dan LEMBU.
Binatang wahai adik-adik.

18 - Perasaan anda buat tag ini.
Nak demam.

19 - Adakah anda tahu si Razman itu sengal?
Saya tak kenal mana-mana Razman melainkan Razman yang ni. Jadi jawapan saya, ya, pakwe kepada Azzaliena tersebut memang sengal, harap maklum.

20 - GAY or LESS?
Razman ke saya? Kalau Razman, dia dua alam. Kalau saya, saya straight :) Meh ah tackle!

Terima kasih, kakak-kakak sekalian :) Jenuh nak menyiapkan.

----------

Semalam lepas physio, I punya hormon adrenalin tetibe memuncak terus ajak mummy tengok wayang kat MBO. Kitorang tengok Percy Jackson and The Lightning Thief. Sumpah best! HAHA tak padan sakit tapi berjalan sana sini. I tunjuk hebat berjalan meneroka Square One and Carrefour tak pakai tongkat. Padahnya balik rumah kaki bengkak tapi dapat kasut baru :) Balik rumah, kena marah dengan bapak balik lambat! Hehe. Moralnya, orang-orang sakit kaki, jangan tiru aksi ini :P

p/s:Ahad ni nak beli Audi dengan housing Jemmi :)
Plain random

Surat cinta buat rakan sekelas 3 Efisien yang disayangi

8.3.10
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ke hadapan YAB Perdana Menteri eh salah budak kelas 3 Efisien peh skema gila ayat. Korang sihat tak? Eh jangan berani tanya soalan tu balik kat aku dah tau aku sakit buat cara dah tau kang aku emo tak pasal-pasal. Hee, saje jek aku tulis surat kat korang. Bafak gila boring duduk rumah makan tidur tengok tv online jek keje baik aku tulis surat kat korang kan.

Rindu aku tak? Baik cakap rindu kalau tak malam ni aku datang rumah korang jadi hantu eh bila pulak aku mati (?) cekik korang. Peh kejam gila moi nak cekik segala bagai. Aku rinduuuuu gila kat korang! Bila nak datang tengok aku ni? Bieha cakap korang semua busy kawad eh? Ok, takpe tapi kalau lepas sukan takde sape datang tengok aku, naik sekolah aku tuntut Cadbury tak pun Ferrero Rocher peduli apa aku. Kalau aku berani lah, heh T_____T

Kalau korang nak datang, bagitau ah awal-awal boleh aku pasang khemah ke buat kenduri doa selamat ke apa. HAHA jangan percaya weh hiperbola jek tu. Macam mana test? Aku dengar 8 org dapat perfect score Maths eh? Pergh, congrats congrats! Ruginya aku tak dapat amek test. Ni operate punya pasal ah ni marah ni marah ni.

Korang, aku naik sekolah lepas cuti bulan 3 nanti. So dalam 3 minggu aku absent plus 1 minggu lagi kalau ada kelas tambahan, aku mintak korang tolong ah aku sikit-sikit pelajaran aku yang tertinggal tu. Sedih weh tak dapat pergi sekolah asyik-asyik ulang-alik pergi hosp jek nasib baik ah abang-abang physio kat situ handsome gila boleh ah aku bernafas sikit whaha :P

By the way peh moi speaking eh serius ah, nanti bila aku naik sekolah maybe aku pakai tongkat aw. Wah wah Mizan versi perempuan! Hangguk korang ah! Eh aku mencarut ke? Jadi aku harap korang dapat ah bagi kerjasama, apa yang penting? kerjasama! bila aku pakai tongkat nanti eh. Jangan ah korang ejek ke buat main tongkat ke apa kang aku merajuk terus tak nak pergi sekolah susah korang eh apa kena mengena?

Aku mintak maaf pada korang yang aku tak bagitau aku masuk hosp tu. Aku bukan tak nak bagitau tapi aku tak larat so aku cuma bagitau beberapa org jek ah budak kelas harap diorang sampai-sampaikan pada yang lain. Jangan ah touching, tak rock ah. Timah, sorry gila! Tyra Syaz, thanks bagi aku choc. Sampai sekarang tak habis lagi aku simpan buat stok Hari Raya Puasa whaha. Hawa, apasal tak reply mesej aku? Kau guna num apa sekarang ni apasal susah sangat nak contact kau? Rinduuuuu! ;’((

Kutik, happy belated 15th birthday. Kena tepung tak hari tu? :P Fizi, selamat hari jadi eh selamat hari lahir yang ke-15 kau bukannya tau hari apa kau betul-betul jadi kan. Sorry ah takde hadiah aku malas nak keluar rumah pakai tongkat buang masa cari hadiah korang. Nanti ah aku bagi hadiah masa korang kahwin tu pun kalau korang jemput aku eh apahal jauh sangat aku fikir ni? Melalut melalut.

Thanks aku ucapkan pada korang sebab doakan operation berjalan lancar and aku cepat sembuh. Korang ada ah sikit siap visit kat hosp dgn kat rumah lagi, thanks. Kalau tak maybe sekarang korang dah berkabung hari keberapa entah untuk aku peh air mata dah nak meleleh siot. Padahal apa kena mengena lutut yang kena operate tetibe boleh pulak aku mati. Sayang korang ah eh tapi sebagai kawan jek ah kang melebih-lebih ada yang marah pulak kang. Metaforanya, macam mana Tirana sayang Ash lebih kurang macam tu ah, eh korang tengok Tari Tirana episode last tak? Kalau tak, buang masa jek aku bagi contoh :P

Surat ni aku tulis umum pada semua takde 18SX ke 18SG ke apa sebab tu aku suruh pass pass eh aku UMNO, beb politik kejap :P Nak balas ke tak? Of course ah, aku tau nanti mesti ada 43 surat untuk aku termasuk daripada Cikgu Fazila. HAHA kejam gila aku. Takde ah. Ikut suka korang nak balas ke tak. Tapi better balas ah sebab aku rindu gila kat korang. Pada yang selalu jumpa tu, Ain, Seha, Sera dll, mengada gila korang nak balas, kan dah selalu jumpa.

Satu lagi! Korang jangan nak menggedik tunjuk surat ni pada cikgu-cikgu pulak eh lebih-lebih lagi Cikgu Ruzina. Nanti dia tak ngaku aku ni murid dia pulak kang tulis surat untuk rakan sekelas langsung tak jaga tatabahasa format apa semua tau bagi surat kat PM jek tulis lawa-lawa bahasa berbunga segala bagai. Amaran keras ni sekeras batu kat Taman Botani tempat aku jatuh masa merentas desa hari tu sampai kena operate.

Ok, ah bafak gila panjang surat aku padahal cuma nak tanya khabar korang and nak cakap aku rindu korang tu jek tapi boleh pulak terpanjang. Ter tu sebab tak sengaja eh. Rasa macam tak sakit pulak kan padahal gila sakit, tahu?! Sebab tu tulisan buruk. Jumpa korang lepas cuti nanti. Daa! Wassalam.

Yang benar takkan salah pulak,
Zaty.

-----

Kenapa Idlan kalah?! Kenapa Kecik pulak yang menang?! Bukan tak suka Kecik menang dah tuah dia kan. Cuma tak puas hati Idlan favourite setiap minggu, final boleh pulak Kecik tetibe menang. Tak puas hati! Rasa tak puas hati dia sama macam rasa tak puas hati bila Sein & Nana yang menang Sehati Berdansa padahal Sazzy & Nazril lebih layak sepatutnya.

p/s:Nak bagi nama phone, Jemmi ok tak? Apasal rasa nama tu macam gay sangat ah? Lepas tu lepas tu, bapak cakap beli gitar tunda Ahad depan, benci!
Family which is sooo familiar -_-'

A Week In Pain:Pre-Operation

5.3.10
Assalamualaikum.
Let's start Jurnal Orang Sakit (JOS) by singing a Happy Birthday song for my phone. Handset dah setahun dah woh! Kalau ikut real life in person, mesti dah pandai sebut mama papa. HAHA melalut ke laut. Ha'ah, hari ni jugak genap bulan ke-4 menjadi janda berhias. Kang aku cakap balu kau tarik muka pulak. Pergi ah date dengan makwe pujaan hati kau tu. *Cewahh, apahal tetibe emo?

Dah dah sebelum rumah banjir kerana air mata sendiri, jom start!

18/2/2010, Khamis.
Semalam mummy cakap Kak Som, agen insurance tu nak hantar pergi Pantai. Eh bukan Pantai Port Dickson ke, Pantai Cinta Berahi ke ape. Pantai Hospital. Saje jek sesuka hati panggil Pantai, comell woh ;) Akhir-akhir, last-last, *Eh apahal ada translation pulak tetibe? yang hantar pergi Laut eh Pantai bukan Kak Som tapi Cik Hashim. Sampai Pantai, doktor tengah rehat so kitorang pun singgah Restoran Asam Manis menjamu selera eh skema gila ayat. Singgah balik Pantai, masuk klinik, doktor check apa semua, dia suruh buat MRI. MRI gila mahal RM800 above, takut woh insurance tak cover. Call orang sana, call orang sini, buat jek ah MRI. Register masuk wad, tukar baju putih seksi tu. Baju hospital memang lawak kan =.='. Masuk MRI scanner tu dalam 5 lebih keluar jek dah start dah Na O Mei. Doktor dah balik so maybe result keluar esok kot. Bermalam ah kat wad. Dah kecoh dah kat Ain, Diyana Abdue, Ilyaa, Sera, Myra entah siapa lagi, weh aku masuk hospital. Padahal malam tu bafak gila best langsung takde takut rasa sakit ke apa sebab TV ada 2, mummy conquer remote sorang. BTW, dalam wad tu ada 4 katil tapi masa tu cuma ada I dengan lagi sorang makcik tu baru lepas operate sebab ada batu dalam hempedu. Hari yang sama, Madi adik Adhwa masuk wad jugak sebab demam panas.

19/2/2010, Jumaat.
Pagi yang indah dimulakan dengan menonton Adik-Adikku, Insya-Allah boleh! Tetibe doktor Bahar masuk. Tak cuak, doe sebab doktor tu senyum jek. Rupa-rupanya senyum membawa berita buruk. Dia check gerak-gerak lutut kanan apa semua. Dah tu selamba jek dia bagitau urat lagi 1/3 nak putus and tisu meniscus tu dah koyak besar. Dinasihatkan, ceh nasihat gitu, kena operate sebelum tambah teruk. Dia dah ah tak discuss dengan I, discuss dengan mummy jek konon nak bagi suspense ah macam dalam TV tu. Dia suruh fikir tanya bapak apa semua eh sejak bila aku panggil Abah bapak? Woh terus cuak suruh Bieha call. Nangis-nangis tanya Bieha and Ain patut operate ke tak padahal mesti dah tau jawapan better operate kalau tak nak tambah teruk apa sengal punya Zaty. Takut punya pasal terus tertidur lepas lunch alamak gemuk ah nanti -.-' Rupanya masa I tengah tertidur nyenyak apasal kena letak ter bukannya sengaja tidur? Mummy senyap-senyap jumpa doktor kat bawah macam I senyap-senyap jumpa ex-boyf masa nak date bagitau keputusan bapak suruh operate. Celik mata jek dah ada nurse bagitau operation scheduled hari Isnin yeay tak payah amek test! Lepas tu kena start puasa pukul 12 tengah malam. Petang pergi physio Abang Shahril dengan Abang Azrul handsome weh! Mummy cakap dia nak kerja esok sebab nak apply cuti 4 hari jaga lepas operation nanti. So call Sera ajak teman malam tu. Yeay, ada teman! Maka malam tu ditemani Sera! Adhwa dengan family datang tengok :)

20/2/2010, Sabtu.
Sera teman pergi physio. Dia pun setuju Abang Shahril dengan Abang Azrul tu handsome :DD Kitorang membuta jek lepas balik dari physio. Malam tu mummy amek turn jaga balik. Woot, mummy bawak Prosperity yang diidam-idamkan selama ni. Mentang-mentang dekat dengan McD. Eh lupa nak mention dari tingkap bilik I, jelas gila view Square One, Carrefour dengan McD. Kalau tak sakit tu, dah lama fly pergi McD. Alahai ;'(

21/2/2010, Ahad.
Bangun awal. Takde physio ke hari ni? Then, Ain, Emy, Azhar and Taruna datang visit saing dengan Abang Uji and family. Emy konon bagi surprise cakap tak nak datang busy ah. Hangguk kau punya busy! Tetibe Abang Shahril pun datang bagi current stimulator tu. Ain and the gang balik eh nampak diorang dari tingkap terus call Ain. Oh korang pergi Carrefour tak ajak eh putus kawan! Heh, takdenya nak touching segala kang tak pasal-pasal Ain patah balik sepak lagi tambah sakit. Then Abang Uji and family pun balik bye Afiq yang comel bermata bolat. Makcik yang operate hempedu tu dah boleh balik. Pergh, sunyi ah wad besar tinggal I dengan mummy jek. Malam tu, masa nurse check blood pressure, dia tanya I, sekarang ni kaki sakit tak? I jawab ah sakit. Then dia cakap, nanti lepas operate lagi sakit. Ingatkan nak tenangkan perasaan ke apa tapi tambah takut pulak. Macam mana ah operate esok eh? Hah, cuak cuak!

----------


Happy Birthday, sayang!

Eh you jangan mengada-ngada nak rosak lagi eh. Ingat I suka ke tetibe you off sendiri, mesej sweet-sweet hilang sendiri, lagu pun pandai pulak hilang sendiri semuanya nak sendiri-sendiri langsung tak nak bincang dengan I. Putus kang! Tetibe rasa nak bagi phone ni nama ah. Suggestion, please!

p/s:Lusa nak beli gitar. Yeay! Eh lusa Ahad eh?